Assalamualaikum.
Thanks admin kalau sudi publish kisah aku ni. Lately ni aku banyak baca orang confess pasal boleh nampak hantu, cerita pasal makhluk halus dan sebagainya. Sampai at one point aku rasa macam ada yang saja mereka reka cerita pun ye. Tapi takde lah aku tak percaya langsung, percaya je makhluk halus tu memang wujud. Cuma aku pernah jumpa dengan orang yang tipu2 pasal benda ni, buat aku rasa cam “tah ye tidak diorang ni punya cerita.”
Masa aku sekolah dulu, sekolah asrama. Memang tiap tiap tahun akan ada je kes histeria la, rasuk dan sebagainya. Memang seram la kan, dah la baru first time masuk asrama. Paling banyak masa aku form 2. Batch form 5 time tu memang alim2 belaka. Gangguan2 tu paling banyak berlaku time senior2 banyak yang alim2, yang ustat2 and ustazah2. Aku pun taktau. Maybe time batch2 yang tak alim, benda tu tak kacau sebab dah tau satu kepala kot. Salah satunya batch kitorang la hahah.
Okay, ni time form 2 ke form 1 tah, tengah nak tunggu pergi kelas tambahan malam. waktu tu tunggu dekat bawah asrama. In between 2 blocks, tengah2 tu ada ampaian. Kawan aku si XXX ni tetiba cakap time borak2. “Aku sebenarnya boleh je nampak. Tu kat belakang kau ada je.” Dengan muka kereknya. Lebih kurang macam tu la. Aku tak ingat aku rasa takut ke apa time tu.
Lepastu, ada satu hari tu , kitorang pergi masjid untuk solat. Batch kitorang je time tu yang ada. Lepas isyak, tetiba si XXX ni macam meracau racau la dalam masjid. Panas bagai, siap bukak tudung. Semua pun baca la yasin, ayat kursi semua. Kat bahagian tempat solat lelaki, siap mintak tolong senior azankan (mesti orang confuse tibah azan banyak2 kali lol). Time tengah2 meracau tu, si XXX ni boleh pulak tanya “siapa yang ada kat sebelah (merujuk kepada senior2 lelaki yang tolong)?” Kata meracau sempat pulak tanya siapa yang membantu kann. Kat situ dah ada kemusykilan, kenapa dia nak tau sedangkan dia tengah meracau.
Kemuncak dia, bila kawan aku macam spray2 air dari botol mineral. Kan biasa kalau orang histeria ke meracau ke orang percik2 air yassin semua kan. XXX ni kemain kata panas la apa la. Time tu kantoi. Rupanya air tu takde baca yasin ke apa, air kosong, air paip sahaja okay. Mau tak bengang and terkejut orang. Dah la aku time tu aku cuak2 lagi encounter benda2 gini, tetiba dapat tau XXX tu buat macam tu.
Start dari tu aku rasa cam, XXX ni mungkin perlukan lebih perhatian, sebab tu dia buat macam tu kot. Tapi ni cerita dah lama la. Sekarang si XXX ni aku tengok dah okay dah kot. Sebab aku tak rapat sangat dengan dia lagi2 lepas kejadian tu.
Nasihat aku, kalau nak perhatian jangan la main2 benda2 camni. Nanti kesian orang yang betul2 kena orang ingat diorang pun main2 jugak. =)
Assalamualaikum.
– Yang pernah tertipu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit