Betulkah Tindakan Aku?

Assalamualaikum semua. Aku harap sangat2, admin post luahan aku. Maaf aku tak tahu nak luah kemana lagi. Tiada yang sudi mendengar, tiada yang sudi memberi jawapan, tiada yang sudi meminjam bahu mereka untuk aku menangis.

Aku berusia awal 30 an. Seorang isteri dan ibu. Kalau nak diluahkan segala2 nya. Terlalu panjang.. jadi sekarang aku cuma nak luahkan mengenai anak aku. Anak aku berusia 6 tahun pada tahun 2019. Zuriat yang kami tunggu selama 5 tahun. Melalui hidup seperti biasa sebagai rakyat marhen. Kais merata mencari rezeki. Tapi keutamaan adalah anak.

Semua bermula pada anak aku berusia 3 tahun. Anak aku mengalami speech delay dan tak fokus. Dan bermula dari itu, rutin kami bawa dia ke terapi hospital kerajaan dan juga ke swasta. Oh ya, sejak ada anak rezeki pun tak putus2.

Masa usia 5 tahun, permulaan hantar anak ke tadika. Dari sini bermula tekanan dalam diri aku. Anak aku tidak diterima, tidak diberi peluang untuk bersekolah. Bertukar2 tadika kami mencari. Pada bulan 7 baru dapat 1 tadika yang nak terima. Sumpah! Aku gembira.

Ku sangkakan berakhirnya pencarian. Tapi tahun 2019, mencari lagi. Kerana tadika lama terpaksa ditutup kerana kurang sambutan. Yuran yang agak mahal. Mencari lagi, dapat lagi tadika, bertahan sampai bulan 2. Stress.. aku putus asa. Biarkan anak aku tanpa ke sekolah. Tapi sampai bila, aku bangkit. Mencari lagi.

Alhamdulillah aku ditemukan dengan guru tadika yang sangat baik dan menerima anak aku. Katanya, Allah sudah aturkan pertemuan ini. Syukur.. Tahun 2020 anak aku akan masuk darjah 1. Tapi boleh ke dia masuk ke aliran perdana?

Setelah dihitung, difikirkan semasak2nya. Aku dan suami putuskan, tak mungkin dia boleh ke sekolah biasa. Jadi aku dapatkan temujanji pakar psikiatri kanak-kanak untuk pertama kalinya dan anak aku di diagnosis sebagai ADHD. Doktor dah isikan borang untuk dapatkan kad oku. Bermula lagi tahap stress aku.

Hati aku berbolak balik. Betul ke tindakkan aku ni, dapatkan kad oku untuk dia. Setiap hari aku menangis, memikirkan masalah ni. Makan, terfikir bab anak. Makan dengan air mata. Bila tengok wajah anak, menangis. Bercerita bab anak menangis.

Aku masih bertanya pada tuhan, kenapa? Kenapa anak aku? Kenapa aku? Sumpah aku dah tak kuat menahan segala perasan dan persoalan yang tiada jawapan. Dalam sujud aku, tak pernah aku lupa meminta pada Allah supaya dia sembuhkan anak aku. Izin kan anak aku untuk petah bercakap. Izin kan anak aku untuk menjadi seperti anak orang lain.

Sekarang anak aku suka pukul2 aku, sambil ketawa bila aku respon nak marah dia. Stress lagi. Kadang2 rasa macam nak pukul dia kuat2. Allah.. maafkan aku anak.

Kadang2 hilang juga kesabaran aku. Aku pukul dia. Aku sayang anak aku, tapi aku tak kuat untuk hadapi semua ini. Anak aku akan bergelar oku. Aku takut akan penilaian orang nanti. Sekarang pun kadang2 orang tengok anak aku macam pelik. Suka buat bising.

Dia tak hyper sangat, cuma tak boleh duduk diam, nak bergerak jer, tak fokus, speech delay. Masih belum boleh bercakap dengan lancar. Dia satu2 nya anak aku. Macam mana dengan masa depan dia nanti kalau aku dan bapa dia takda. Sedangkan aku ibunya pun pernah terfikir, kenapa Allah kurniakan dia pada aku. Demi tuhan aku tak kuat.

Kadang2 sebagai ibu bapa pun terasa beban, bagaimana orang lain. Takkan ada yang sudi. Aku mencuba untuk redha tapi hanya dibibir. Tidak hati aku, aku masih bertanya setiap kali menadah tangan pada yang Esa.

Korang doakan aku supaya mampu redha, doakan jugak untuk anak aku semoga ada keajaiban dari Allah. Aku tak minta banyak, cukuplah dia mampu bercakap, uruskan diri, tau bezakan baik buruk dalam kehidupan ini.

– Najwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *