Beza Ketelitian dan Berlebihan 

Terima kasih admin andai penulisan ini disiarkan.

Nama aku Ratna, 23 tahun. Aku seorang muslim tapi aku bukan melayu. Ayah aku seorang mualaf, alhamdulillah ayah aku berjaya menarik lebih ramai rakan2nya untuk masuk islam. Hidayah ini macam – macam. Dan yang membuatkan ayah aku tertarik pada islam kerana kesatuan, ketelitian dan kesederhanaan.

Disini, aku ingin meluahkan rasa kecewa tentang apa yang berlaku baru – baru ini.
” kedai dobi untuk muslim sahaja “. Kita antara penganut mazhab syafie ( kepada non – muslim : kami dalam islam ada 4 mazhab) , dimana dikenali sebagai aliran yang sangat teliti dalam beragama.

Aku berasa sedih dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin baru – baru ini. Kadang aku terfikir, pemimpin ini tidak cukup ilmu kah? Atau mengeluarkan pernyataan untuk mendapatkan sokongan semata? Wallahuallam.

Dan baru – baru ini, ada petition yang disebarkan berkenaan pernyataan yang dikeluarkan oleh pejabat agama. Pada pendapat aku, betul apa yang pemimpin itu kata, tentang kebersihan dan sebagainya. Kita sebagai orang Islam haruslah menjauhi perkara – perkara yang was – was atau shubhah. Tapi cara penyampaian pemimpin tersebut sangat tidak berhikmah dan menyebabkan banyak salah faham diantara muslim dengan yang non – muslim. Dan akhirnya dilabel rasis. Kena ingat yang kita hidup pelbagai kaum. Seharusnya, orang yang tinggi ilmu agama ini, haruslah berusaha untuk memahamkan non muslim dengan cara yang baik dan tenang. Bukankah Islam itu indah?

Ada beza antara ketelitian dan berlebihan dalam agama. Kadang aku pelik, kenapa orang sanggup mengenepikan ketelitian dan lebih hebat melabel ketelitian itu sebagai extremist atau racist? Why like this? Do you really understand what Islam is before you comment? Did you really go in deep? Or you just give a comment based on mental /emotional judgement? This question not only for non muslim but also for muslim. Did you really understand your religion or did you ever try to understand it? Did you? Tepuk dada tanya iman.

Para penganut, tidak kiralah mana – mana agama pun, kalau hidup dalam prinsip ketelitian, penganut tersebut mampu hidup dalam keharmonian, sebab apa? Sebab appreciate value respect each other dan kesederhanaan yang diamalkan. Seperti yang dinyatakan dalam surah al kafirun ayat 6
“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”

Kalau extremist dia berbeza, memang dahsyat sungguh perjuang dia.

Untungnya diMalaysia ramai yang Lahir – Lahir dah beragama Islam. Tapi sayang tidak ramai yang cuba untuk Faham. Aku sendiri malu pada ayahku yang seorang mualaf, yang hari – hari Berusaha untuk Faham. Tak lekang buku – buku dari tangan. Ayah aku selalu pesan terutamanya waktu nak final exam.

” kakak ilmu ini, kita kena belajar dari hati. Supaya benda itu lekat sampai bila – bila. Jangan jadi macam flush toilet. Lepas penuh tangki je, flush !, Study pulun punya pulun, hafal punya hafal, lepas exam lupa segalanya. ”

Dan aku pun nak pesan benda yang sama. Bila beragama, belajar dari hati. Faham dari hati. Jangan terus bagi assumption sesuka hati. Jangan menghukum sesuatu mengikut nafsu ,akal dan kata – kata orang ( paling pantang, sebab orang selalu cakap tentang perkara yang didengar berbanding perkara yang dirasai sendiri atau dilihat sendiri) Jangan kerana kita, orang lain turut salah faham sama. Ingat sebaran ilmu tu bekalan pahala yang berterusan, tapi akan jadi bekalan dosa yang berterusan jika kita sebar perkara yang salah.

Adalah tanggungjawab kita, sebagai muslim untuk menyebarkan kefahaman yang betul dengan cara yang berhikmah.

-Ratna Sri Devi-

– Ratna Sri Devi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit