Bff Ke Macam Ni?

Assalamualaikum reader. Ni kali yang entah ke-berapa aku menulis di sini. Sekadar info, aku Mira berumur sekitar 20an.

Aku introvert, tak ramai kenalan jadi aku lebih suka meluahkan isi hati melalui penulisan. Please enjoy my writing. Kalau ada salah dan silap aku mohon maaf ya.

Baiklah berbalik kepada tajuk, aku ada seorang bff sejak zaman kuliah lagi. Persahabatan kami dah masuk tahun yang ke-8.

Sejujurnya aku sangat ikhlas dan sayang sahabat yang aku gelar Nina ni. Dia sangat berbeza dengan aku. Kalau aku introvert, dia extrovert. Aku dari keluarga susah dan dia dari keluarga senang.

Tapi aku tak pernah cemburu dengan dia malah kagum dengan kemahiran yang dia ada terutama sekali kemahiran berkomunikasi sebab dia bekas pemidato di sekolahnya dulu.

Walaupun kami bff, ada beberapa point yang menyebabkan aku terasa dengan dia. Contohnya dia suka langgar privacy aku.

Dulu kami duduk sebilik di universiti. Pernah sekali aku tinggal handphone di bilik dan pergi ke toilet. Bila aku balik ke bilik aku dapati handphone unlock dan ada orang buka whatsapp sedangkan aku belum read. Bila aku tanya dia tak mengaku.

Kejadian ni banyak kali ya berlaku walaupun aku dah tukar password dia tetap boleh buka sebab dia suka tengok bila aku type password.

Bila ada duit sikit baru aku tukar handphone yang ada fingerprint supaya lebih selamat. Sejak tukar handphone dia dah tak buka whatsapp aku.

Point yang kedua, dia suka record untuk buat ig story. Followers dia agak ramai tau.

Pernah sekali tu dia record barang-barang di meja belajar aku dan kebetulan waktu tu ada tabung yang aku tulis barang yang aku nak beli. Sambil record dia tanya aku ada duit ke nak beli tu? Nampak duit syiling je banyak pastu dia gelak tak ingat dunia.

Malu aku memandangkan followers dia ramai juga yang belajar sekelas dengan aku. Ada juga dia hina aku pakai mekap murah. Tak sayang kulit katanya dan dia promote barang mekap yang dia beli di sephora.

Point seterusnya, dia suka pinjam pakaian aku tapi tak pulangkan. Aku jenis suka beli pakaian walaupun tak berduit sangat sebab bagi aku penampilan tu agak penting. Tapi tak lah banyak sangat koleksi pakaian aku ni.

Bila dia pinjam dan tak pulangkan aku tak ada pakaian nak pakai. Bila aku mintak balik dia cakap tertinggal dalam kereta, tertinggal di kampung, ada kawan pinjam dan akhirnya aku pun malas nak minta balik.

Oh ya bab pakaian, dia pernah tengok aku lipat baju. Then dia tanya ni baju ke kain buruk? Aku pun cakap la balik kain buruk pun ada yang berkenan sampai pinjam tak bagi balik. Pastu aku gelak macam yang selalu dia buat kat aku.

Guess what? Dia merajuk dengan aku sampai berhari-hari. Pernah juga dia tegur kenapa kasut aku buruk sangat. Suara dia dah lah kuat pastu ramai lah yang dengar.

Point yang lain, dia suka ajak keluar. Tapi setiap kali keluar dia suka minta aku belanja atau pinjamkan duit dekat dia. Kadang bayar kadang tak bayar. Sampaikan aku dah jadi lali dan faham sangat karenah dia.

Yang peliknya, bila keluar dengan kawan baharu dia yang akan belanja orang tu. Aku pernah tengok story kawan dia cakap thank you sebab belanja makan.

What? Dengan aku memanjang ye ko takde duit? Dengan orang lain bukan main belanja yang mahal-mahal. Nak show off?

Nak list satu-satu perangai dia memang banyak sangat sampai aku pun dah tak ingat. Aku bukan tak pernah mengelak, aku selalu mengelak untuk dibuli tapi faham-faham lah aku tak ramai kawan jadi aku terpaksa lingering dengan dia.

Tapi walaupun dia banyak sakitkan hati aku dia tetap ada kebaikan contohnya caring, sweet talker sometimes, suka puji, dan banyak juga bantu aku.

Cuma ada beberapa point yang aku terasa dengan dia je lah. Mungkin aku yang childish tapi ntah lah. Aku pun manusia biasa ada perasaan kan.

Jadi setakat tu dulu penulisan aku, tolong jangan kecam ya. Sis tak kuat. Kalau ada tips boleh komen di bawah. Terima kasih!

– Mira Erina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *