Biar Lambat Asal Selamat

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua yang baca confession aku ni. Hi, nama aku Cinta. Kenapa cinta? Sebab aku rasa kehidupan aku sekarang penuh dengan rasa cinta. Aku baru je join team 30an tahun ni.

Ohh lupa pulak, aku ni perempuan dan baru je kahwin awal tahun ni. Confession ni mungkin akan jadi confession yang pendek atau mungkin panjang berjela, aku tak pasti, ikut je la takat mana aku syok nak tulis.

Aku baru je keguguran, dan masih lagi dalam tempoh berpantang. Semoga anak aku jadi saham akhirat untuk aku & suami, Aamiin.

Di sebabkan cuti panjang ni, dan aku pun baring je taka da buat apa, jadi ada la masa sikit untuk menulis. Al-maklum dah lama sangat tak menulis mungkin jadi kelam-kabut penulisan aku ni, maaf awal-awal ye.

Entah layak atau tak untuk aku tulis ni, mungkin akan ada yang kata “alaa baru lagi kentut pun bau Febreze”, terserah, aku cuma nak berkongsi, yang baik ambil yang buruk tolak tepi. Harap semua berlapang dada baca confession aku ni.

Actually confession aku ni aku tujukan kepada sesiapa yang struggle mencari jodoh, atau sesiapa jelah yang rasa ada kebaikan dalam confession ni, hehe.

Okay, aku start sekarang. Sama macam orang lain aku pun pernah bercinta sebelum aku kenal suami aku sekarang ni, aku mula bercinta monyet masa umur aku 19 tahun, sebab mak aku garang, dia kata selagi tak habis SPM jgn gatal nak bercinta, minat-minat tu ada tapi aku syok sendiri je la.

Masa zaman tu zaman YM, FB pun masa tu baru nak up, hahaha, b****h pulak fikir balik dok main YM smpai tgh malam, yelah tapi tu semua pengalaman zaman muda, bukan aku je, ramai yang gila YM zaman tu, cuma aku tak main MySpace.

Since aku habis SPM dan masuk kolej mak aku bagi green light kat aku nak bercinta tapi satu yang mak aku selalu pesan yang aku memang pegang sampai kesudah.

Mak aku selalu kata kat aku, jaga maruah & kena ingat mahkota kita orang perempuan bukan kat atas kepala tapi kat bawah tu (maaf kalau lucah), tapi kalau fikirkan itulah hakikatnya kan?

Dia selalu jugak ingatkan kalau nak pasangan yang baik, kita yang kena jaga diri sendiri, insyaAllah, Allah bagi pasangan yang sama dengan akhlak kita, sebab pasangan kita ialah cerminan diri kita.

Itulah pesanan mak aku yang aku selalu pegang. Walaupun aku ni tak adalah alim ataupun sok-sok suci, biasa je jauh sangat nak nampak macam ustajah.

Sebelum aku kenal suami aku, ada tiga kali aku berkawan serious. Yang first ni agak stabil, kerja beruniform walaupun pangkat rendah, secara jujurnya aku tak pernah minat orang berdasarkan kerja, mungkin kebetulan je aku knal dia dan sangkut.

Aku namakan dia Jebon, sebab apa Jebon? Korang dengar cerita aku ni kenapa Jebon. Aku bercinta 2 tahun dengan Jebon. Jebon ni pendiam orangnya, tak banyak cakap nak borak sangat dengan aku pun tak,

Jebon ni boleh tahan sayang kat aku, sanggup kumpul cuti nak jumpa aku, baru bercinta dia da ambikkan plan telefon untuk kitorg, yelah dulukan pakai message, jadi mahal, lagipun kitaorang LDR kononya.

Jadi dia ambik plan post-paid, dia bayar bulan2 untuk aku, walaupn last2 tak guna pun sebab dia mula-mula je excited, kemudian dia kata tak tau nak cakap apa dengan aku. Lama sikit tu dia belikan smartphone kat aku walaupun lepas putus dia mintak balik..

Hahaha tak senonoh perangai dasar Jebon. Jebon ni baik masa dengan aku, tak pernah ambik kesempatan pada aku. Macam alim-alim gitu, selalu nasihatkan aku benda-benda yang baik. Ingatkan aku pasal solat, dia pun mintak aku pakai tudung labuh kalau boleh berpurdah lepas kahwin, masa tu aku berjiwa muda, mana maunya, memberontak aku.

Dia ni memang serious nak kan aku siap jumpa mak ayah aku walaupun dia shy-shy cat. Dia memang tunggu aku habis belajar lepastu nak masuk minang aku, masa tu aku muda lagi baru masuk 20 tapi sebab umur kami ni beza jauh juga, ingatkan dia dah cukup matang but unfortunately, dia ni tak tau aku nak kata apa.

To cut the story short, hubungan kitorg bergoncang-goncang ditiup angin China Selatan, lalu putus. Lepas putus adalah drama tamil yang berlarutan smpai setahun lamanya, masa tulah aku tau yang Jebon ni tak sealim yang aku sangka disebalik shy-shy cat rupanya shy-shyton.

Rupanya selama ni Jebon berlakon alim untuk mengaburi mata aku, Jebon bukan saje tak alim malah tak solat pun, sebab lastly dia mengaku dia berlakon je depan aku. Bukan tu je, Jebon jugak mengamalkan s3ks rambang dengan ramai perempuan termasuk isteri orang.

Aku bukan tuduh, aku jumpa sekali dengan bukti. Macam mana aku jumpa tu panjang ceritanya, kalau aku tulis mungkin cerita ni kite kena tukar tajuk ‘Jebon’ dan untuk confession aku ni, aku pun tak ada niat nak cerita buruk2 sangat pasal ex aku ni, yang berlalu biarlah berlalu.

Ok, next. Lepas settle aku dengan Jebon, aku kenal dengan Athif, kenapa aku letak nama Athif? Sebab sedap bunyi nya, walaupn ex aku ni jauh benar nama dia dengan Athif, hahaha. Athif tengok aku kat fb best friend aku, dia terus pm tepi best friend aku dan cakap nak kenal aku, masa tu aku pun single jadi aku pun ok je nak kenal-kenal.

Masa aku kawan dengan Athif ni aku baru habis diploma dan baru mula kerja, Athif pulak masih belajar degree. Athif ni sangat serasi dengan aku, Athif pun dari keluarga yang baik-baik, senang kata bila aku dengan Athif aku boleh cakap I finally found my Mr. Right, walaupun Athif agak panas baran sikit.

Aku taknak elaborate banyak-banyak nanti korang kata aku tak move on pulak. Memang sampai saat ni aku akan cakap kat orang Athif seorang yang baik tak ada sebab aku nak burukkan Athif. Tapi langit tak selalu cerah kadang-kadang hujan di tengah hari, kilat pulak sabung menyabung, tak pasti ok tak perumpamaan ni, hahaha.

Macam aku excited dengan Athif, Athif pun excited dengan aku habis semua kawan-kawan dia jumpakan dengan aku & family dia kenalkan kat aku, tapi tak sempat jumpa cuma tengok gambar. Semua family members boleh terima aku dengan Athif kecuali mak Athif.

Mak Athif tak suka sebab aku bukan dari negeri yang seangkatan dengan keluarga Athif.. Allahu cuma tu je. Jadi suka atau tak, aku dan Athif terpaksa berpisah. Walaupun tak sampai setahun aku dengan Athif tapi it took me 3 years to move on from Athif.

Masa aku tau Athif nak kahwin meraung aku memang aku tak dapat terima, sebab aku rasa aku tak mungkin jumpa lagi lelaki sebaik Athif but slowly aku ajarkan diri aku cinta tak seharusnya memiliki, lama-lama aku redha dengan takdir.

Selepas 3 tahun, aku kenal dengan Meon. Nama pn Meon kan, macam nama merak kat sekolah aku dulu. Hahaha. Meon ni kawan office aku yang kenalkan. Masa tu Meon masih belajar di timur tengah. Meon ni bakal ustaz kononnya.

Aku malas nak cerita panjang-panjang pasal Meon ni sebab macam takde faedah sangat, sebab Meon ni lebih kurang Jebon. Cuma Meon suka nak try aku. Dia banyak ajak aku buat benda yang tak sepatutnya.

Tapi cinta itu buta, walaupun perangai Meon mcmtu dan iman aku pun senipis kulit bawang tapi aku tak pernah minta putus, dengan harapan semoga Meon insaf bila habis belajar nanti.

Pendekkan cerita, setelah 2 tahun setengah aku menunggu Meon habis belajar Meon pun balik ke tanah air dan menjadi Ustaz Meon di sekolah yang kebetulan dekat betul dengan rumah aku.

M4ti-m4ti aku ingat Meonlah bakal imam aku, sebab masa tu aku rasa takdir mendekatkan kitorang tapi ternyata dia hanyalah Da’i Meon ataupun kadang-kadang nama dia boleh tukar jadi PU Meon. Senyap-senyap Meon mentigakan aku. Tapi biasalah perempuan ada six sense jadi aku pun dapat hidu kecurangan Meon.

Lastly Meon pilih salah seorang dari dua orang yang dia curang tu iaitu ustazah satu sekolah dengan Meon. Aku kembali sedih, mengenangkan umur pun semakin ke hujung 20an, kawan-kawan dah anak dua aku pulak merana sebab dua tahun lebih aku tunggu Meon last-last Meon tak pilih aku.

Aku kenal suami aku tak lama sangat, sebulan je aku kawan dengan suami aku dan dia jumpa parents aku, selang berapa minggu dia bawa datang keluarga dia jumpa keluarga aku. Kira merisik dan kami ikat dalam setahun sebelum nikah. Semua berlaku dengan cepat & sangat smooth.

Ohh, aku kenal dengan suami aku dekat dating apps, jujurnya aku tak cadang nak cari jodoh kat situ, cuma nak hilangkan bosan dan suami aku memang bukan dalam list lelaki pilihan, tak ada pun ciri-ciri yang aku cari. Tapi mungkin jodoh, Allah mudahkan flow setiap urusan kami.

Suami aku sangat soft orangnya, jujur aku bukanlah orang yang penyabar tapi suami aku sangat cool, tak pernah nak tengking aku marah aku, sentiasa boleh mengalah, walaupun gaji aku lagi besar dari suami aku.

Dia tak pernah nak ambil kesempatan kat duit aku, dan suami aku tak pernah berkira dengan aku perangai dia tak pernah berubah dari hari pertama aku kenal dia sampai ke hari ni.

Tak berkira tulang urat, mudah untuk aku minta tolong, nak kata perfect tu tak lah juga, tapi sangat menyenangkan aku.

Sebelum jumpa suami aku, aku selalu terfikir kenapa Allah kejam pisahkan dengan lelaki yang baik macam Athif dan jumpakan aku dengan lelaki yang tak semegah macam Jebon, Meon, dan beberapa lelaki lain yang aku cuba nak kawan sebelum aku jumpa suami aku.

Walaupun aku jaga diri aku elok, tapi seolah-olah aku macam ditakdirkan untuk lelaki tak semegah perangainya dan macam tak layak untuk lelaki yang baik-baik mcam Athif.

Tak baik sungguh aku bersangka buruk dengan Allah. Bila aku jumpa suami aku, aku boleh kata suami aku berganda lebih baik dari Athif, aku tak pernah terfikir untuk dapat lelaki sebaik suami aku.

Bukan tu je mak mentua aku pun lembut orangnya, layan aku sangat baik, tak pernah lupa aku, bila message dengan aku mesti sebelum end the conversation mak mentua aku cakap I love you. Hehehe. Family suami aku pun semuanya baik-baik. Alhamdulillah.

Apa yang buat aku terpanggil untuk buat confession ni sebab aku baru keguguran jadi aku nampak macam mana effort suami aku jaga aku layan aku, yang buatkan terdetik dalam hati aku, tak mungkin aku dapat layanan yang sama kalau aku dengan orang lain.

Untuk pengalaman aku ni, aku cuma boleh kata, jaga diri kau baik-baik InsyaAllah Allah pasangkan kau dengan pasangan yang baik itu janji Allah. Untuk gadis-gadis, ingatlah mahkota kita bukan ada atas kepala, mahkota kita ada kat bawah, hilang tu tak ada apa yang tinggal untuk kita.

Don’t settle for less, jangan ikut nafsu bercintalah seadanya, jangan sesekali bagi mahkota kita untuk lelaki yang tak layak, sebab percayalah satu hari nanti kau akan jumpa juga lelaki yang akan layak keatas kau.

Dan kepada siapa-siapa yang baca confession aku ni, yang masih tercari-cari jodoh, sabarlah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang Allah elakkan dari kita ada sebabnya, kita cuma hambaNya yang tak tahu apa-apa sedangkan Dia mengetahui semuanya.

Jangan putus asa berdoa, doalah minta di pertemukan jodoh yang baik. Aku tau struggle nya nak jumpa jodoh lebih-lebih lagi bila usia makin meningkat memang stress, sedih dan akan selalu tertanya-tanya, kenapa Allah lewatkan jodoh aku?

Cepat atau lambat jodoh kita, itu yang terbaik untuk kita. Biar lambat asalkan jumpa dengan jodoh yang terbaik dan pandai menghargai.

Tips aku untuk jumpa jodoh (ini apa yang aku amalkan), rajinlah bangun malam buat solat taubat, solat tahjjud dan solat hajat, doalah hajat kita setiap kali sujud terakhir. Aku juga amalkan baca Yasin, Al-waqiah & Al-Mulk.

Setiap kali lepas solat aku juga amalkan doa penarik jodoh dan minta supaya ditemukan jodoh yang baik. Selain tu, rajinkan bersedekah dan setiap kali sedekah niatkan dalam hati semoga dipermudahkan bertemu jodoh. Itu yang aku selalu amalkan.

Jangan anggap diri tu desperate sebab buat semua ni, semua ni ikhtiar dan kita ikhtiar untuk perkara yang baik, InsyaAllah Allah mudahkan. Aku juga doakan sesiapa saja yang masih struggle mencari jodoh, semoga Allah mudahkan setiap usaha korang dan di pertemukan dengan sebaik-baik pasangan.

Sebelum aku mengundurkan diri, diharapkan korang dapat doakan semoga jodoh aku dan suami dipanjangkan, dan kekal sampai syurga dan rumahtangga aku sentiasa dirahm4ti oleh Allah, dan direzekikan aku untuk mengandung semula dan dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah..

Tu je dari aku.. Assalamualaikum..

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *