BMF

Assakamualaikum. Aku ingin berkongsi pengalaman aku mengenai BMF (Buy Muslim First). Aku diberitahu mengenai BMF ni dari adik-beradik aku.

Mereka selalu post di watapp group family setiap kali mereka membeli barang2 keperluan dari buatan muslim, siap post beberapa website/apps untuk cek samada barang yang ingin kita buatan muslim atau bukan.

Mulanya aku tiada la ambil tahu. Aku rasa mereka ingin mendorong kami sekeluarga untuk berBMF. Mak ayah aku plak dari kami kecil memang kalau berbelanja selalu nya di kedai besar.

Kalau sekarang seperti TF, TESCO, MAIDIN, kecuali barang mentah memang di pasar pagi la. Lebih selesa bagi mereka, semua barang lengkap. Begitu juga dengan husband aku, dia pun suka berbelanja di mall2 termasuk bahan mentah. So perasaan nak berBMF tu memang tiada pada waktu itu.

Hinggalah satu ketika entah macam mana, aku terdorong nak ajak suami aku ke MAIDIN mall tahun lepas untuk belanja barang dapur.

Suami aku pada mulanya agak keberatan, dia kata, lengkap ke barang dapur di situ? Pujuk punya pujuk, kami pun pergi la ke MAIDIN. Memang aku pilih barang-barang buatan muslim la waktu tu.

Aku dalam kereta memang sudah bagi tahu dia awal-awal yang nak cuba beli barang-barang buatan muslim sahaja untuk kali ni. Kalau tiada ada pilihan, baru pilih yang lain. Semasa di kaunter untuk membayar, suami agak terkejut. S

ampai je dalam kereta, suami bagi tahu, kenapa murah sangat, kan biasa sekali belanja 500 lebih, tapi kali ni, 300 lebih je. Aku pun agak terkejut sebenarnya, tapi ye la, MAIDIN kan. So sejak itu maka bermula rutin bulanan kami ke MAIDIN.

Sejak aku berBMF, aku perasan aku memang lebih cenderong untuk pilih buatan muslim sahaja. Hingga sampai satu tahap, nak beli sayur fucuk pun terpaksa beli melalui online sebab di pasaraya dan kedai2 runcit susah nak jumpa sayur fucuk buatan muslim.

Aku siap beli sayur fucuk di fb, punya la semangat nak berBMF. Apa yang aku nak tekankan, memang kadang-kadang kita rasa BMF ni biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila kita dah mula menjinakkan diri dengan dengan barang buatan muslim, jiwa kita akan ragu-ragu nak beli yang lain, melainkan tiada pilihan.

Dulu kami semberono je beli, tapi sekarang siap cek jenama sesuatu barang tu samada buatan muslim atau bukan. Biasa aku cek di website ‘mukminbrand’. Even makanan kucing pun aku beli yang buatan muslim.

Ada yang kata buatan muslim mahal, setakat ini aku rasa biasa sahaja. Tapi terpulang la pada ekonomi masing-masing. Tapi aku yakin, barang buatan muslim lebih bersih dan terjamin status halalnya, InShaaAllah.

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *