Bolehkah Orang Islam Baca Kitab Selain Al-Quran?

Bolehkah Orang Islam Baca Kitab Selain Al-Quran?

Dikalangan kita ni ramai Melayu Islam syok sendiri. Bila rasa diri tu lahir-lahir dah mewarisi Agama Islam dalam diri (mewarisi ISLAM dari Keturunan (Ibu & Bapa) yang ber Agama Islam) kita dah mula perasan yang kita lebih bagus dan lebih Agung dari penganut Agama lain.

Apa perbezaan kita dengan Penganut Agama yang menyembah selain Allah Subhanahu wa Ta’ala terutama mereka yang menyembah berhala?

Tiada bezanya sekiranya Islam yang di dalam diri hanya menjadi Agama ikutan tanpa Ilmu & tanpa Akhlak seorang Muslim yang sejati

Dalam bab Mengaji (belajar) kita tak nak. Tapi bila orang menghina Agama kita, Bukan main Juara & Hebatnya kita nak jadi Hero. Akan tetapi bila orang bukan Islam mula berhujah pasal Al Quran dengan kita. Barulah kita terkebil-kebil nak cari Ustaz la Ulama la Agamawan la. Tak pun paling “HEBAT” kita jadi Ustaz Google. Itupun kalau Handphone ada Data. Kalau tak terkebil kebil sebab tak tahu nak jawab Ayat Ayat dari Al Quran sendiri.

Itu pun lagi nak mengaku Al Quran & Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu Pegangan dan Paduan Hidupku. Takda rasa Malu dalam diri ke?

Untuk pengetahuan.

Mungkin ramai tak tahu dikalangan Pelajar Pelajar Kolej dan Universiti ramai dah berpaling dari Agama Islam sebab telah berjaya Dimurtadkan oleh Missionary/Mubaligh Kristian dan Pendakwah Bebas Atheis. Benda ni kita mungkin tak nampak dan anggap remeh benda yang kita tak tahu. Tak mustahil Melayu hanya tinggal nama tanpa Agama Islam. Sebab kita masih berfikiran takpelah kerja Dakwah ni kerja Ustaz, Ulama, Daei, PU dan sebagainya.

Jangan lupa ya. Di Neraca Mizan nanti kalau Allah SWT tanya kita adakah kita pernah Dakwah Kawan kita atau Jiran kita yang Non Muslim tentang Islam? Jangan disebabkan sayang kawan kita yang Non Muslim dia akan seret kita sekali ke Neraka sebab tak tahu tentang Islam.

Akan tetapi jika ingin membaca buku-buku berkenaan muqaranah al-adyan atau agama-agama lain, maka hendaklah seseorang itu:

– Sudah mengetahui dan mendalami agama Islam.

– Mempelajari dan berguru dengan guru yang thiqah dan dipercayai.

– Adanya keperluan untuk menangkis sebarang bentuk syubhah.

– Untuk memberi kefahaman yang jelas kepada umat Islam.

– Mempelajari untuk menjauhkan dari terpesong sepertinya.

– Tidak mengambil faedah yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan oleh Islam sepertimana sabda Nabi SAW kepada Saidina Umar R.A.

– Sentiasa mengutamakan kitab-kitab yang dikaryakan oleh ulama’ Islam yang thiqah dan masyhur seperti Imam al-Syahrastani, Syeikh Abu -Zahrah dan lain-lain.

– Mempunyai asas akidah yang kukuh, makrifah serta kefahaman yang jelas berkenaan Islam dan perkara yang boleh membatalkannya.

Kesimpulannya, kita boleh belajar pasal Kitab lain untuk kita lagi faham Ajaran Islam bagi tujuan Dakwah.

Sebelum diturunkan Al Quran. Kitab-Kitab terdahulu telah mengajar Ummat-Ummat Nabi-Nabi yang datang sebelum Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Nabi Yang Terakhir & Penutup bagi segala Nabi tentang Tauhid dan menyembah Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai Tuhan Yang Esa sebelum sebahagian dari Petikan Kitab Kitab berkenaan telah dipesongkan & diolah oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

– Tiang Dakwah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit