Bonda Mertua

Assalamualaikum.. Terima kasih jika nukilan ini disiarkan. Saya D (bukan nama sebenar). Maaf ye penulisan saya ni berterabur..

Oklah.. Saya mulakan cerita. Saya dah berkahwin selama 3 tahun. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami dan bonda bapa mertua yang sangat baik.

Bonda mertua saya seorang yang tidak banyak bercakap, tapi bonda sentiasa cuba mencari topik untuk bersembang jika duduk dengan menantu-menantunya termasuklah saya.

Kalau bonda pergi berjalan mana-mana, mesti akan ada buah tangan untuk menantu-menantu dan cucu-cucu. Kami geng menantu bonda ni sangatlah bahagia dapat bonda mertua yang baik yak mat ni. Kami geng menantu ni memang kamcing cuma jarang jumpa sebab duduk jauh. Bila dah jumpa banyak la resepi-resepi yang nak dikongsi.

Saya dan suami balik jenguk bonda dan bapa mertua 3 kali dalam seminggu sebab rumah kami 30 minit je nak ke rumah bonda. Dekat rumah bonda ada seorang abang ipar dan biras saya Kak T yang dah kahwin duduk bersama bonda.

Saya dengan Kak T ok.. Cuma bila balik tiap minggu rumah bonda jarang dapat jumpa Kak T. Kak T ni cantik, saya selalu belajar tips kecantikan dengan Kak T masa Kak T baru kahwin dengan abang ipar dulu.

Kak T baru setahun kahwin dengan abang ipar. Sebelum mereka kahwin, bonda ada cakap dekat saya bonda kurang setuju abang ipar nak kahwin dengan Kak T sbb Kak T tua 12 tahun dari abang ipar. Tapi abang ipar berkeras nak jugak kahwin dengan Kak T. Bonda dengan bapa kena terima pilihan abang ipar.

Seminggu dua selepas abang ipar dan Kak T kahwin, semuanya ok. Kak T sembang-sembang dengan saya, biras2 lain dan bonda. Tapi saya perasan bila balik je rumah bonda lepas sebulan  diaorang kahwin, Kak T keluar dari bilik bila nak mandi, ke tandas dan basuh baju. Kalau makan tu biasanya tunggu abang ipar balik.

Biasanya pagi bonda akan beli sarapan kalau bonda tak masak, tapi abang ipar beli makanan lain makan dengan Kak T kadang2 tu depan bonda( bonda memasak untuk tengah hari awal) dan tak makan pun makanan yang bonda beli atau masak.

Kalau tengah hari pulak Kak T tak keluar makan apa yang bonda masak, abang ipar belikan nasi dari kedai dan Kak T makan dalam bilik. Malam Kak T keluar makan dengan abang ipar.

Keluar bilik bersembang dengan bonda dah tiada lagi. Kadang bila saya balik rumah bonda, Kak T lah biras yang paling dekat, teringin jugak saya nak bersembang dengan Kak T macam masa mula Kak T kahwin dulu.

Ada sekali je masa saya datang lawat bonda, macam biasa bonda suka duduk depan tv dekat ruang tamu, saya pun duduk tepi bonda bersembang dan Kak T keluar sekejap sembang sekali. Lepastu masuk bilik balik. Bonda ni seorang yang sangatlah jarang tanya hal peribadi menantunya dekat menantunya yang lain.

Ada sekali tu bonda nak kepastian, bonda tanya saya yang Kak T mengandung ke. Saya jawab tak.. Sebab masa tu baru lepas sembang dengan Kak T. Saya tak pasti kenapa Kak T asyik berkurung dalam bilik. Bila suami saya tanya dekat abang ipar, abang ipar cakap Kak T malu.

Hmmm tapi sampai bila nak malu tak nak bersembang dengan bonda dan bapa. Saya tengok bonda dengan bapa dah sehabis baik terima Kak T sebagai menantu macam bonda dan bapa terima saya dan menantu yang lain.

Masa minggu pertama dan kedua lepas kahwin tu saya tengok Kak T rajin je masuk dapur tolong kitaorang masak. Bonda pun sekali dua ada minta tolong Kak T masak. Mungkin bonda nak merasa air tangan menantu baru.

Kak T pun ok je masak.. Sebulan lepas tu takde dah Kak T nak masuk dapur sampai sekarang. Masuk dapur cuma makan pagi dengan abang ipar. Itu je.. Lepastu masuk bilik semula.

Bonda kadang2 tu rajin ikut kawan-kawan bonda sertai rombongan. Masa tu saya di rumah dan kebetulan suami seorang je balik ke rumah bonda. Bapa mertua dan adik ipar yang tak kahwin ada di rumah.

Suami saya bagitahu saya apa salahnya kalau Kak T tolong masak. Ini takde satu lauk pun untuk bapa dan adik ipar. Bonda bukan pergi selalu. Setahun sekali dua je rombongan bonda dan kawan-kawan.

Setiap hari yang bonda ada dekat rumah, tak pernah pun bonda suruh menantu2 yang masak kecuali kalau bonda nak rasa masakan menantu. Itupun sekali dua je.

Bilik air rumah bonda pulak ada 2. 1 lagi dalam bilik bonda. Bonda dan bapa guna bilik air dalam bilik. Kami anak menantu guna bilik air lagi 1 ni. Biasanya seminggu sekali saya akan berus lantai bilik air tu sebab memang akan licin.

Ada sekali tu saya biarkan sampai sebulan nak tengok Kak T beruskan tak kalau saya tak berus. Sebulan sampai berlumut lantai tak berus dan tersangatlah licin. Macam mana diaorang guna bilik air yang kotor tambah dengan lantai yang licin.. Tak jatuh ke..

Tak sanggup dah saya nak biarkan lebih dari sebulan, saya teruskan je rutin memberus bilik air tu.. tak kan nak tunggu bonda yang beruskan.. Malu muka nak letak kat mana.

Menantu2 dah besar panjang, takkan nak harapkan mak mertua buat.. Rasa tanggungjawablah sikit.. Walaupun tu bukan rumah sendiri, mak mertua tu dah ibarat mak sendiri. Pastu dah diterima sebagai menantu, dilayan baik pulak.. Takkan tak boleh nak berjasa sikit untuk mak bapak mertua.. (maaf ayat saya kasar).

Saya dapat luah dekat sini dah rasa lega sikit. Saya ni menantu bonda je bukan anak perempuan bonda takkan saya nak tegur perangai Kak T yang tak berapa boleh diterima tu. Saya tak nak gaduh2..

Cuma saya kesian tengok bonda.. Mesti bonda mengharapkan dapat berkumpul dengan menantu2 bercerita itu ini macam kawan.. Biras2 saya yang lain alhamdulillah semuanya lagi rajin dari saya.

Saya ni setakat tolong apa yang patut je. Nak masak tak berapa pandai. Boleh tolong bonda siang lauk, goreng2 je.. Tapi biras2 saya yang lain memang tip top. Banyak saya nak kena belajar dengan mereka.

Kalau kita boleh bahagiakan mak ayah kita, apa salahnya kita bahagiakan mak ayah mertua kita.. Mereka pun layak merasa bahagia dari menantu.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *