Bongkak Betul

Terima kasih admin approve post aku.

Kerana medium untuk aku menulis sudah tiada disebabkan one issue happened, jadi aku hanya mahu kongsi kat sini dengan kau orang semua yang awesome.

Baru-baru ni aku ada tengok interview budak SPM yang straight A+ tu. Aku rasa majoriti mesti tahu apa budak hebat ni kongsikan rahsia kejayaan diri. Budak perempuan ni hanya sandarkan kejayaan dia kepada Yang Maha Satu. Apa-apa semua kembali pada Allah.

Antara ayat yang menusuk terus ke hati aku adalah bila dia cakap “Apa tujuan kita hidup ni? Adakah untuk berjaya dalam hidup? Tidak. Kita dijadikan hanya untuk beribadah kepada Allah. Sebab itu dalam segala perkara, buat kerana Allah. Biar Allah berkat apa yang kamu buat. Setiap kali bangun tido tu, benda pertama yang saya baca adalah Quran dulu, bukan buku sekolah.” (Lebih kurang macam tu la yang aku ingat)

That really taken me back. Baru-baru ni banyak betul masalah yang berlaku kat aku, dan kita manusia cuba sebaik mungkin untuk selesaikan. Tapi aku lupa si Dia Yang Maha Tahu. Secara tidak sedar, selama ni aku melakukan perkara semata-mata untuk mendapat approval daripada manusia sekeliling. Sebaik atau seperform mana pun aku buat benda tu, kalau Allah tak redha tetap takkan jadi.

Pagi tadi terdetik hati nak baca Quran sekejap. Sejujurnya lama juga aku tak pegang Quran, hanya jadi hiasan di sisi katil astaghfirullah. Tup tup buka akaun tengah hari tadi, tengok duit bertambah dalam beratus juga. Alhamdullilah sekejap betul Allah balas. Okay kisah BRIM pula. Tahun ni sebenarnya aku tak mohon pun untuk BRIM bujang. So rasa menyesallah tak apply dan tentu duit tak masuk. Tup tup RM450 masuk dalam akaun. Even ramai yang komplain tak dapat BRIM tahun ni, tapi aku yang tak mohon ni boleh dapat erk. Amazing. Malunya pada Allah. Mohon maaf kapada siapa yang mohon tapi tak dapat hehe.

Bila difikirkan balik, selain bekerja di siang hari, aku juga ada buat part time tuisyen. Boleh bayangkan kadang tu tak cukup masa untuk study sebelum mengajar (selalu kelas add math yang jadi isu). Mula la kabut fikir bila nak study. Balik kerja sampai rumah dah pukul 7pm. Nak mandi, solat. Kelas pukul 8pm. Tapi amazingly, setiap kali pada hari yang aku tak sempat study tu, mesti petang tu student akan request untuk ganti kelas. Btw, student aku hanya 2 orang. So bila seorg tak datang, akan ganti kelas sebab taknak membuang masa ajar benda sama 2 kali.

Anyway, terima kasih adik memberi pengajaran dekat akak. Allah menghantar kamu untuk sedarkan akak yang bongkak ni. Semoga Allah merahmati kamu dan sekeluarga.

– rosalinda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit