Bos dan Keluarga Yang Toksik

Hi semua pembaca IIUM Confession. Aku nak share dengan korang luahan hati aku hari ni sebab aku dah lama tahan dan memang dah tak tahan sangat bekerja kat sini and cerita ni memang panjang berjela, harap maaf!

Memandangkan PKP masih berlangsung dan banyak company yang tutup, maka aku masih stuck di sini menunggu hari untuk masuk ke hospital gila (ok ni gurau).

Pertamanya aku cuma nak cakap yang aku bukan seorang yang racist, aku ada ramai kawan yang berbangsa ini dan selalu gather sama-sama, and history hidup aku selama ni memang kerja dengan Chinese company dan kebanyakkan nya okay cuma aku agak tak bernasib baik kali ni .

Sedikit intro, aku berusia 30 tahun, jurusan diploma perakaunan dan bekerja di area sri kembangan, dengan gaji sebagai hr officer sebanyak RM2500 dan bekerja selama setahun. Tempat kerja aku ni, ada 2 company dalam 1 building (building besar nampak gah ), diuruskan oleh anak-anak Chairman.

Hampir 90% dalam ni berbangsa cina, tinggal beberapa kerat sahaja orang melayu macam aku yang tersesat. Oleh kerana aku HR, aku banyak sangat tahu rahsia company yang terbongkar dari hari demi hari. Bos aku mungkin nampak aku macam urban dan tak kisah, hakikatnya hanya Allah yang tahu perasaan aku.

Company pertama ialah company O, diuruskan oleh anak ke 3 Chairman iaitu Kenny dan isteri beliau merangkap “account manager”, aku namakan sebagai Carin .

Company kedua ialah company D, diuruskan oleh anak Chairman yang ke 5 iaitu Edwin dan isteri beliau sebagai “hr manager”, aku namakan sebagai Nancy . Tapi ada special sikit, Nancy ni bekerja juga sebagai “hr manager” di company O. Kiranya dia pegang 1 jawatan dalam 2 company.

Dalam cerita ni aku cuma nak focus pasal company O sebab aku kerja kat sini. Maka apabila anak beranak disatukan dalam 1 company, aku rasa korang pun dah boleh teka apa yang jadi.

Sebelum aku lupa, mereka semua tinggal 1 rumah (sebuah banglo besar), dari Chairman, isteri Chairman, anak Chairman 4 orang dan para isteri serta cucu yang ramai (aku agak berbelas orang gak lah). Kau boleh agak kan, kalau dah ramai-ramai camni, akan ada masalah dalaman keluarga, tapi yang tak best nya akan kacau mood bos sampai ke office.

Kedua-dua company ni dizaman dahulu kala diuruskan oleh Chairman. Dengan hasil usaha keras Chairman, company D dan O dapat bertahan selama lebih 40 tahun. Kini Chairman berusia 80 tahun, maka anak-anak beliau mengambil alih business ayah mereka.

Semenjak urusan bertukar tangan, company mengalami kerugian yang teruk dan hampir tiada sales, tetapi masih mampu bertahan hasil suntikan dana Chairman.

Bayangkan lah, anak-anak Chairman mana tahu buat sales, terlalu berkira dengan customer , tak boleh berlebih kurang dengan customer dan berlagak. Mana-mana customer baru mereka pandang sebelah mata je.

Normally hanya company besar dan ternama je yang akan sign kontrak dengan mereka tapi satu demi satu company besar tarik diri, sapa je nak berunding dengan orang sombong! Pada pandangan mata kasar aku, anak-anak dan menantu chairman ni hidup nak menepek dengan harta ayah dia, tak reti untuk berusaha sendiri.

Mereka kuat claim! Pendek kata start dari kereta, petrol, touch & go, medical, makan malam dengan Chairman, bayaran register di kelab golf pun company bayar dan macam2 lagi lah semua kaum kerabat mereka sebat.

Kau tau lah kan company tak untung, patutnya dah faham-faham sendiri untuk mengurangkan expenses tu. Ini tak, kau makan sedap-sedap , kereta mewah, melancong keluar negara, setiap orang ada kredit kad (company bayarkan dulu, pastu nanti boleh bayar sikit-sikit kepada company).

Tapi yang tak bestnya, akibat nak hidup bersenang lenang, gaji-gaji staff di potong, kenaikan gaji memang dah tak ada, kenaikan pangkat memang tak mungkin sebab semua jawatan berpangkat telah dipelopori oleh ahli keluarga Chairman.

Elaun di potong, bonus tak usah disebut, selama berpuluh tahun mereka langsung tak merasa bonus, bertahun-tahun tak pernah ada sambutan apa-apa walaupun Chinese new year! Annual dinner memang jauh sekali, company trip hanya dalam mimpi, angpaw pun hanya RM10 seorang, sedangkan lambat seminit dah dipotong gaji.

Kau bayangkan masa Chinese New Year, kalau company lain mesti dah panggil staff semua berkumpul bakar mercun yang panjang tu kan, office aku boleh pulak aku tengok bos aku bakar mercun panjang tu seorang diri depan tokong. Tu pun aku intai dari tingkat atas selepas aku bunyi mercun meletup. Punyalah taknak bergaul dengan orang!

Kat office ni ada 2 orang pakcik yang dah melebihi umur 60 tahun. Apa yang bos aku buat, bos aku tamatkan kontrak pakcik-pakcik ni dan jadikan pakcik-pakcik ni as ‘casual workers’ dengan gaji fixed, tak ada OT, bekerja setiap hari non stop.

Dengan cara ni bos aku boleh sewenang-wenangnya membuat sesuka hati.Sedih aku tengok pakcik-pakcik ni, sebab sebaya ayah aku je memasing , memang nampak dipergunakan sangat.Tapi pakcik tu pun satu hal, macam dah terdesak sangat je nak keje kat sini.

Staff yang lain pulak dipijak habis-habisan .Ada yang ditukar kontrak sebagai part time, gaji diturun separuh dari dulu dan annual leave berkurangan. Mereka berani buat begini sebab pekerja-pekerja kebanyakkan nya berusia 40 ke 50 tahun. Jadinya mereka tahu yang staff disini hanya redha, tak berani nak mintak kerja di tempat lain.

Aku pulak, kenapa la aku terperangkap kat sini kan? Sebabnya dalam pemerhatian aku, area sri kembangan susah nak dapat kerja 1 hal lepas tu kebanyakkan company bagi gaji RM1800 paling tinggi.

Aku ni bermula dari bawah, aku start kerja dari gaji aku RM1000, pastu selama 9 tahun aku lompat-lompat kerja untuk dapat gaji macam sekarang. Untuk patah balik, aku rasa macam penat dah.

Okay berbalik kepada company O, aku dapat tahu semasa Chairman mentadbir, dia memang seorang yang garang dan tegas, tetapi dia akan rewards para pekerja dengan hadiah seperti emas dan sebagainya.

Sejak anak dia pegang company O, semua benefit telah dihapuskan demi kepentingan mereka. Mereka takut anak beranak mereka tak cukup makan kalau terlalu melebihkan staff.

Waktu company O berada di zaman kegemilangan, mereka hanya memberikan RM500 seorang sebagai bonus, apabila sales berkurang, mereka membuat taktik untuk melepaskan pekerja dengan cara menekan mereka dengan peraturan yang tidak masuk akal. Dengan cara ini, pekerja dengan rela hati akan resign.

Aku nak tambah lagi, bos-bos aku tak mesra alam. Tak cuba nak memahami agama orang lain, budaya dan adat resam, aku rasa aku dh beberapa kali tukar tempat kerja tapi bos-bos kat sini paling pelik.

Mereka boleh dikatakan antara keluarga cina yang kuno , masih mengikut adam resam, tak menghormati orang, cuma nak bergaul dengan yang sekufu, dan berpegang teguh dengan kepercayaan mereka.

Mereka sentiasa merasakan mereka betul dan menolak fahaman yang berlainan dari mereka. Kalau kau kenal Chairman dan family dia, baru kau tahu bahawa fikiran mereka tak sama dengan orang cina Malaysia yang lain. Dia ada 1 tembok tebal yang mereka sendiri cipta dan fikiran keluarga mereka sangat tertutup.

Pernah sekali, manager akaun yang berkhidmat selama berpuluh tahun tender resignation, last day dia disitu, bos aku mengajak semua yang under office department untuk turut serta ke farewell celebration. So dalam hati aku, bila dah ajak kami yang islam ni, mesti lah mereka akan pergi ke fast food branch seperti pizza, mcdonalds atau KFC kan, lagipun harganya berpatutan.

Masa tu tergerak hati aku untuk tidak ikut serta sebab aku bawak bekal. Rupa-rupanya mereka ke restoran cina di kawasan lot kedai, siap order pork lagi. Ya Allah, aku tak sangka sampai macam ni tahap ignorant mereka. Ego dan sombong! Mana aku tahu? Aku risik dengan budak cina depan aku ni.

Nancy :

Bos Hr department! Dia ni kadang-kadang okay sangat, boleh bergelak ketawa dengan kau tapi bila mood swing dia datang, habislah kau. Cakap gagap sikit pun dah kena marah dengan teruk. Bos perempuan kan, mudah terbawa-bawa emosi, selalu bawak masalah dari rumah, sampai-sampai je dah melenting.

Nancy ada 1 perangai yang aku cukup tak berkenan, dia sejenis yang cepat melenting dan melulu tanpa sempat pun kita explain.Nancy paling pantang apabila mendapat tahu orang mencampuri urusan department dia dan paling pantang apabila mendengar aduan orang kepada staff bawahan dia.

Umpama minyak yang sedia panas dan disimbah air. Padahal benda tu kadang-kadang bukan salah kita, pulak tu kau takkan sempat nak mencelah apa-apa pun, sebab dia akan marah kau non stop, membebel panjang berjela serta menekan-nekan suara dan meninggi kan suara. Kiranya 1 level akan dengar yang kau tengah dimarahi Nancy.

Kata-katanya memang menghiris hati dan tajam.Bila dia marah kau, dia akan ungkit segala kelemahan dan kesalahan kau. Pastu kadang-kadang direction dia tak cukup jelas, hari ni dia cakap lain esok belum tentu macam tu dan dia pandai putar belit ayat dengan menafikan yang dia pernah bagi direction macam tu .End up nya memang kau jela yang kena marah.

Pernah dia suruh aku siapkan 1 jadual untuk production, so after dia dah explain, aku pun dengan pantasnya menyiapkan kerja tersebut. Bila time aku nak present kat dia (aku ikut segala arahan dia tau), dia boleh maki-maki aku sebab tak dapat nak faham kehendak isi hati dia. Ya Allah, aku memang tak boleh baca fikiran kau dan hati kau lah Nancy!

Aku kadang-kadang rasa macam aku ni kambing hitam je, contohnya haritu dia nak marah secretary Chairman, tapi tak boleh! Jadi dia lepaskan marah kat aku, dengan sebut nama aku supaya jangan buat lagi kesalahan tu.

Aku tak buat pun masalahnya and apa yang dia bebelkan pun tak ada kaitan dengan aku . Dengan suara dia yang nyaring macam tu memang sah dia sedang perli seseorang. Aku geram je nak lawan tak boleh, bini bos kot!

Nancy ni jenis cakap tak serupa bikin. Haritu masa kerajaan mula beri kebenaran beroperasi, dia kata dia tak berani nak benarkan semua orang datang kerja serentak sebab takut COVID 19 menjangkiti salah seorang dari kami.

Tidak lama kemudian Nancy memberi arahan supaya semua datang kerja seperti biasa dan mengamuk apabila ada staff yang minta pelepasan untuk tidak bekerja pada hari sabtu atau meminta untuk balik awal.

Yela memang lah kerajaan dah beri kebenaran untuk bekerja semula tapi sedar kah atau tidak bahawa virus COVID masih ada diluar sana, selagi kita boleh kurangkan aktiviti diluar maka kurangkanlah, kalau semua kerja dapat disettlekan awal, why not berikan pelepasan awal. Tak rugi pun sebenarnya.

Lagipun office ni memang tak ada sales, aku perasan bahagian production memang akan tidur je sepanjang hari dari pagi sampai pukul 5 petang untuk balik.

Carina :

Bos Account department. Memegang jawatan sebagai ” akaun manager “ hanya atas nama. Hakikatnya Carina memang tak tahu apa-apa pasal akaun dan suka bertindak sesuka hati. Berpewatakan lembut tetapi sangat memeningkan kepala sebab dia queen control, cerewet, kedekut, suka mencampuri urusan kerja orang dan department kami sampai Nancy bengang!

Dia akan datang kepada husbandnya Kenny untuk mengadu perihal staf, atau apa-apa isu berkaitan pejabat, sedangkan isu tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Tindakan dia secara automatic dah interfere dalam hal department lain.

Apabila mendengarkan aduan Carina , tanpa usul periksa Kenny akan memarahi staff terbabit serta memberikan arahan melulu. Kadang-kadang geram dengan Carina, dia umpama batu api tapi tak tahu apa-apa dan selalu salah faham!

Dah banyak kali Nancy bersemuka dengan Kenny untuk menerangkan bahawa arahan nya tidak relevan untuk diguna pakai. Yelah, apa-apa hal berkaitan Hr, kau harus merujuk “Akta Pekerjaan 1957” dan paling utama harus berbincang dengan Nancy, bukan main sesuka hati je langgar.

Benda ni berlarutan sampai sekarang, aku pening tak tahu nak ikut arahan siapa sebab Nancy akan masuk lewat, so aku terpaksa dengar arahan dari Kenny dulu. Masing-masing nak tunjuk power, memang susah!

Perangai Carina suka menyusahkan orang dengan perkara remeh dan mencipta pelbagai SOP yang sukar untuk diikuti, kadangkala tak masuk akal langsung! Berkenaan dengan akaun, dia suka ambil lewa. Dia boleh bantai hentam general ledger sesuka hati dengan harapan accountant yang dilantik (Company Auditor) akan tolong ubahkan untuk dia.

Pernah dia hire orang untuk ajarkan dia akaun, nampak gaya memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri last-last suruh orang tu betulkan semua benda yang dia hentam . Semuanya caca marba! Sampai sekarang Carina tak reti pun nak key in item dalam account software.

Tak cukup dengan itu, dia curiga sangat kat orang sekeliling and staff, contoh kata kalau technician datang nak repair aircond, atau maintenance datang nak repair lift, akan ada seorang pakcik yang dah ditugaskan untuk monitor orang-orang tu tapi dia boleh pulak bagi arahan kat orang bawah dia (account assistant) untuk tunggu bersama-sama dengan pakcik tu,

Kalau sekejap tak apa, ini memakan masa selama 30 minit hingga sejam weh! Kesian budak tu terkejar-kejar sebab dia banyak kerja lain lagi nak buat, pastu Carina suka panggil-panggil dia masuk bilik untuk buat benda yang tak penting atau tanya-tanya pasal akaun. Bila budak tu lambat buat kerja, Carina banyak soal pulak !

Carina suka membuli kakak cleaner (orang Indonesia), suka complaint macam-macam , dimata dia kakak tu pemalas dan tak buat kerja.

Kadang-kadang dia complaint computer berhabuk, tapi aku tak nampak celah mana pun habuk, macam sengaja nak cari pasal. Nanti akan salahkan aku sebab katanya aku tak alert, aku nak alert macam mana lg! Takkan aku nak ekori kakak cleaner tu 24jam, aku pun ada kerja lain jugak!

Di mata Carina juga, aku ni tak banyak kerja dan free sepanjang masa. Jadi dia akan mengadu kepada Kenny dan Kenny akan keluarkan arahan bukan-bukan untuk aku pantau kakak tu lah, pantau pakcik guard lah, pantau orang sales lah,

Kalau setakat pantau tak pe, ni siap kena buat report untuk tunjuk kat Kenny. Tapi bila report tu siap, Kenny tengok acuh tak acuh je pun, Carina je melebih dan cukup merimaskan, ada saja tidak kena dimata dia. Hal yang terlalu ringan pun dia nak sibuk!

Carina pun kadangkala suka memberi arahan kepada aku untuk update kepadanya tentang mana-mana staff yang tak hadir pada hari tersebut, aku tak faham apa motif dia, sedangkan sebelah tempat duduk aku ni pun dah diletakkan “white board “ besar gedabak untuk aku update.

Tinggal nak baca je,nak juga aku updatekan. Dan sekiranya aku tak update, dia akan tanya dengan nada perli! Aku stress betul sebab kadangkala aku nak masuk bilik dia pun dia tak bagi sebab konon nya busy.

Macam haritu dia busy bergaduh dengan Nancy dari pukul 10 pagi sampai lunch, memekak sehingga 1 office boleh dengar suara Nancy yang nyaring, sampaikan husbandnya Kenny masuk campur dan Chairman hanya mampu mengeluh and after lunch bila aku update, dia start memerli aku, padahal kau yang busy bergaduh pagi tu.

Ada jugak kes bila aku dah update, dia tak de catit kat calendar then marah-marah aku balik, dia tuduh aku tak update padahal aku dengan yakinnya memang dah update kat dia. Baru-baru ni mereka ada buka iklan jawatan kosong untuk position “account executive” , dan pastilah ini didalam bidang kuasa Nancy sebab dia bos Hr kan.

Hari pertama diiklan kan, Carina dah tak tentu arah, dia bengang sebab Nancy tak ada update kat dia apa-apa pun pasal orang yang dah apply position tu. Patutnya dia kena lah sabar kejap, mesti lah Nancy nak kena tunggu sampai seminggu –dua sebelum process application tu.

Tapi disebabkan ke tidak sabaran dia, dia boleh bagi arahan kat aku suruh mention email dia kepada sesiapa yang call. Aduh , kat email Nancy dah ada orang apply pastu kat email dia pulak ada lagi orang apply. Macam mana time process nanti! Tapi dia bagi arahan senyap-senyap tanpa tanya Nancy.

Sepatutnya kalau dah tak sabar sangat, jumpa lah Nancy untuk bincang hal ni. Aku yang kat tengah-tengah ni tersepit dengan perangai diorang. Nanti kalau Nancy tahu, mengamuk lagi dia.

Kalau aku yang bagitahu Nancy, macam aku pulak batu api. Nancy sejenis yang serang-serang, kan dah kantoi pulak aku punya mulut. Sungguh , mereka ada masalah communication!

Pastu Carina ni seorang yang sangat-sangat kedekut. Setiap inchi barang yang keluar masuk mesti harus direkodkan. Kalau boleh kertas A4 sehelai pun kena rekod tau. Macam-macam isu yang dia nak sangat ambik tahu. Pastu kalau terlupa rekod, siap lah kau! Beribu soalan dia akan tanya, cukup merimaskan!

Kenny:

Managing director ok! Tapi aku rasa inilah bos paling &*%$# pernah aku ada. Knowledge tak de, manage company dengan membuta tuli. Luaran nampak baik, tetapi sangat kedekut sama je dengan wife dia Carina.

Berbeza dengan perwatakan abang sulung nya Karl, Karl bermuka serius tetapi akan cuba mencukupkan keperluan staff. Selagi boleh cut keperluan staff, selagi tu lah dia akan cut.

Arahan Kenny memang caca marba, kalau dia dah keluarkan satu arahan tu, aku sebagai Hr Assistant akan sebarkan arahan tu kepada supervisor dan staff lain. Pastu bila supervisor datang menghadap dia personal, eh boleh pulak U-turn. Then tak bagitahu aku yang dia dh U-turn!

Aku geram betul kadang-kadang. Macam tadi lah aku cakap, sebelum keluarkan arahan, bincang lah dulu dengan pihak terbabit.

Pastu ada pulak , orang ni dapat special treatment, orang ni tak de, then special treatment nya tak sama. Memeningkan kepala aku yang nak kira ni nanti. Then kalau tak de siapa-siapa cucuk dia, dia okay je kat tempat dia. Kalau datang bini dia mencucuk, mula lah dia tunjuk power.

Chairman :

Chairman ni orang asal China, Masih tebal tahap racistnya dan kurang bergaul dengan orang selain dari orang cina yang kaya. Selain dari itu, dia menolak agama, pemikiran, dan adat resam orang lain. Hasilnya dari dulu masa dia mentadbir, boleh kira dengan jari berapa orang je staff dia yang bukan berbangsa cina dan hal ini berlarutan sehingga kini.

Masa Krismas day, dia pernah berbisik dengan seorang staff dihadapan aku yang dia sangat anti orang Kristian. Time aku mula-mula masuk pun, Chairman cakap “ kat sini melayu cina india semua sama “, ayat dia macam pelik sebab tiba-tiba je dia sentuh pasal kaum.

Kat office ni memang dipenuhi dengan patung-patung keagamaan Buddha, bermacam-macam jenis ada. Bilik chairman dah umpama macam pameran!

Sikap pilih kasih chairman memang ketara, pada staff dihadapan aku (orang china Sarawak tetapi sangat rapat dengan aku) , dia selalu menyelitkan duit, sekali beri dalam RM300 dan kerap pulak bagi. Aku hanya mampu terkulat-kulat tengok.

Tak pe lah, bukan rezeki lah tu, tapi dalam hati aku tetap terfikir, apa salah aku, aku buat kerja yang sama je dengan budak depan ni. Yelah, nak jeles lebih-lebih pun tak guna, setakat itu jela mampu.

Oklah aku rasa mcm dah panjang sangat taip. Aku dah tak sanggup menempuhi drama-drama dari mereka semua. Penat badan dan otak sebab kena layan pelbagai kerenah, ini aku tak cerita lagi pasal staff-staff berumur yang kuat complaint.

Aku mohon doa kalian semua supaya urusan aku dipermudahkan dan cepat –cepat dapat kerja lain. Kat sini pun aku tak dapat nak solat dengan sempurna, sebab ada je halangan-halangan dari mereka ni. Aku nak cepat-cepat berhenti dari sini. Sekian Terima Kasih!

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *