Buat Apa Sambung Ijazah, Buang Masa Je

“Jangan sambung belajar, buang masa je. Tengok abang, sekarang ni buat bisnes tak gunakan satu pun ilmu yang abang belajar waktu buat ijazah” itulah perkataan yang pernah dilontarkan pada aku satu ketika dulu.

Dulu aku pernah gagal STPM kerana aku tersalah subjek, mata pelajaran yang aku ambil aku tak boleh bawa dan aku pun tak mahir bercakap english.

Jadi apa aku belajar memang keluar lah dari otak, selepas dari kegagalan STPM aku nekad aku nak buat bisnes.

Aku kerja pasar malam, kedai runcit, kedai makan, berpindah randah tempat kerja aku. Sambil itu aku buat bisnes online dan bisnes kecil kecilan, selang beberapa tahun reality hit me.

Aku bukannya nak jadi tauke kedai pasar malam? Tapi aku nak jadi tauke bisnes juta-juta, apa benda aku boleh buat dengan bisnes ini?

Jadi aku pun niat nak sambung belajar, aku terjumpa lah dengan kenalan yang dah habis belajar.

Dia tak silap ada double degree bidang law.

Satu benda dia cakap kat aku jangan sambung belajar, sebab ilmu untuk bisnes tak ada dekat ijazah. Aku pun percaya pada dia sebab dia pelajar cemerlang dan dia suruh aku sertai kursus dia.

Maklumat sikit, selepas dia habis belajar dia buat kursus untuk orang nak berniaga.

Tapi aku tak join, maklumlah masalah kewangan juga.

Jadi aku teruskan je buat bisnes dan ditakdirkan adik aku masuk kolej.

Apa yang aku belajar, sebenarnya kau sambung belajar ni bukan untuk degree sangat pun tapi dapatkan, attitude dan networking itu yang penting.

Kau bayangkan aku nak buat bisnes setakat SPM, kabel kenalan aku baru nak lompat masuk universiti. Jadi siapa je aku nak call? Siapa je kenalan aku untuk besar kan bisnes.

Berbanding kalau aku ada ijazah, kenalan aku pun baru nak cari kerja. Ada yang dah dapat kerja dan sebagainya. Ada anak orang kaya, ada yang baru nak berniaga. Ini semua satu networking yang sangat luas.

Cuba bayangkan, kebetulan kenalan kau dapat kerja di syarikat yang bagus. Kau boleh jadi kan itu networking untuk jual produk atau dapatkan projek di syarikat tersebut.

Selain itu kau akan dapat satu lesen, lesen lepasan universiti untuk kau buat bisnes. Berbanding lesen lepasan SPM, kau buat bisnes sewaktu kawan-kawan yang lain sambung universiti.

Aku dah pernah kena, orang bodoh je yang buat kerja kau ni. Tak ada pelajaran pun boleh. Macam-macam makian pernah diterima, sedih dan perit woi.

Kau masuk universiti gerak kerja kau dan attititude kau pun berbeza. Cara penulisan kau akan jadi lebih menarik, kau baca tulisan aku nampak sangat orang SPM punya tulisan bukan ijazah.

Jadi adik-adik jangan jadi macam abang, abang dah 29 ni masih tergapai gapai mencari tali untuk ke atas. Jangan tertipu dengan golongan yang mengatakan education dan ijazah itu tak penting.

Mungkin betul, ada yang berjaya dapat income ratus ribu tapi percayalah sambung ijazah itu lebih baik.

Sekarang ni aku nak kahwin, siapa nak kahwin dengan aku?

Orang tengok aku pun mereka tak berkenan, aku sendiri pun sedar nak hidup pun perlukan duit. Ini kerja tak tetap, pengalaman kurang siapa yang nak kerja dengan kau?

Ok sekian, harap confession ini dapat membantu adik-adik yang sedang ditipu dengan pempengaruh media sosial.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Salam Sazali, masih belum terlambat untuk sambung belajar. Kumpul duit & kewangan, lepas tu mohon mana mana universiti dgn STPM awak.

  2. Itula kau, lepas SPM/SPTM nk buat bizz terus. konon nak jadi cepat kaya, nak jadi lagi hebat dari membe2 terkial2 abeskan study. tuptap2 bizz xmenjadi mulala semua xkena. kalau menjadi xdenye ko nk tulis kat sini, lagi menyombong lagi ko dgn membe2 tadi. so xperlu nk sekolahkan budak2 ni. rezeki tuhan tu maha luas, ko tu je yg xreti nk berbizz xyh nk salahkan ijazah la apa la.

    • ENGKO PUN APA KURANG DER?

      CARA MENULIS PUN LINTANG PUKANG.

      EJAAN KELAUT.

      APATU, DAK-DAK WICET PUNYA STYLE EN?

    • Minta maaf, tp sya perasan komen2 awk slalu bole membuatkn confessor tu jd lg ‘down’.. x baik mcm tu, bayangkn klaw awak ada msalah atau perlukn pandangan & nasihat yg +ve.., tp apa yg awk dpt ialah sudut pandang yg -ve, x tau la kot2 tu cara awk nk ‘motivate’ irg ln utk bangun semula.. letakkn diri awk dlm situasi mrk, dan berilah kata2 utk membina semangat mrk semula, & bkn lagi ‘meruntuhkan’ emosi seseorang.. mohon maaf skali lg.. wasalam. 😔

  3. Memang betul ada ijazah tu tak menjaminkan ilmu yg kita belajar tu akan digunapakai kalau nak berbisnes. Tapi, dengan ada nya segulung ijazah tu, kita boleh kurangkan kesalahan try n error dlm meniaga. Dan dengan segulung ijazah jugak, kita boleh kurangkan kos utk kita masuk kursus2 tertentu disebabkan kita kurg ilmu dalam bidang tersebut. Macam rakan awak cakap, x guna ambil ijazah, tp kenapa dia ada double degree? Sebab orang law ni mmg pandai berkata2 & dari air liur dia ni lah, bos2 yg kurang ilmu ni akan percaya apa sj cadangannya.

    – dr pengalaman sy yg bekerja di bawah bos yg addict dgn kursus & hire mentor yg jgk ex lawyer yg banyak habiskan duit company

  4. Ye betul tu dik, tp belum terlambat nak sambung ijazah dik. Mungkin dengan pengalaman meniaga ko ni boleh menjadikan ko dpt ijazah kelas pertama.So jgn give up.Akk doakan ko dik.

    Akk ni lulusan ijazah profesional tp hati ni minat ke benda lain.Lalu bila dah masuk industri mmg baru sedar bahawa networking antara faktor utama boleh bawa seseorang tu pi jauh. Jadi point yg ko btau ni mmg betul.
    Education dan pengalaman dpt jadikan seseorang itu berkarisma dan berkeyakinan diri. Jadi pergaulan pon akan attract org2 gini dan percayalah, org2 classy ni duit berkepuk.

    Ko tgk je lah geng2 t20 tu, sbb tu org ckp yg kaya makin kaya. Sebab netwroking depa bkn kaleng2.yg miskin dpt jd kaya tu bkn semua, minoriti je.Apa2 pon bkn miskin harta yg membawa ke neraka.Tapi miskin ilmu dan adab.gituuu penutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *