Hi semua, nama aku Dahlia. Aku nak share sikit kisah ni mungkin boleh jadi semangat untuk certain orang juga. (disclaimer, aku tak pandai sangat nak karang cerita tapi aku cuba lah ye, harap korang faham. Hehe)
Aku ni sejak zaman kanak2 dulu boleh dikatakan seorang anak yang sopan dan baik lah. Mak aku pernah kata yang aku ni paling senang jaga sejak bayi lagi.
Aku anak bongsu daripada 5 beradik. Selalunya orang kata anak bongsu dapat privilege kasih sayang extra & manja kan? Well, hal tu memang bertentangan dengan aku.
Jarak umur aku dengan kakak atas aku tu jauh juga dalam 7 tahun. So aku takde geng la, macam banyak buat hal sendiri sebab kakak aku dah besar panjang dah masa aku tengah menginjak remaja.
Family members aku ni ada satu toxic traits tau, which is diorang suka demotivate aku & buat aku rasa sangat down and dumb.
Dalam bidang pelajaran, masa zaman sekolah rendah, aku biasa2 aje. Tapi masuk je zaman sekolah menengah, prestasi pelajaran aku boleh dikatakan agak baik & lepas PMR aku masuk kelas pertama sebab berjaya dalam 7A.
Masa tu family aku terkejut & tak sangka lah dengan achievement aku masa tu. Mak ayah aku sangat happy,
Tapi adik beradik aku selalu cakap “alaa pihak KPM turun kan grade pemarkahan untuk PMR tahun tu, senang la dapat A.. sebab budak2 sekarang ni semua belajar teruk..” and macam2 lagi lah ayat2 yang buat aku rasa agak down.
Kadang tu kan, kalau aku bercakap something time borak2 dengan family, mesti diorang akan condemn2 aku, tak percaya dengan sebarang pendapat aku, selalu perlekehkan idea2 aku.
Pernah satu masa tu aku masuk pertandingan debat peringkat daerah, aku menang tempat kedua dan kalahkan pihak lawan dari sekolah berasrama penuh masatu. Mak aku cerita lah yang aku menang pe semua kat adik beradik aku, then diorang hanya kata,
“Ala menang tempat kedua pun nak happy sangat.. kalau betul hebat, patutnya menang nombor 1..” yang aku geram nya, mak aku tak marah pun diorang kata macam tu kat aku, mak ayah aku diam aje sengih. Haish..
Aku ni memang dari kecik suka berkawan & bergaul. Kira ramah la dengan semua orang. Aku ni jenis yang sentiasa buat baik pada orang untuk orang lain senang dengan aku tau.
Sama jugak dengan adik beradik, aku sentiasa tolong diorang, mudahkan kerja diorang, jagakan anak2 diorang, melayan anak2 diorang masa diorang tengah busy, aku terus je buat baik seikhlas hati kat diorang meskipun diorang selalu buat aku kecik hati & rasa down dengan diri sendiri.
Aku teruskan buat baik kat diorang dengan harapan diorang buat baik kat aku balik & layan aku sama baik dengan orang lain. Yelah, kan ada pepatah kata “Buat Baik Dibalas Baik”. Tapi aku tetap dibalas tahi.
Zaman study degree pun mereka masih sama, aku dapat 4 flat untuk 2 semester yang pertama, tapi itu pun adik beradik aku kata “memang patutlah dapat result bagus sebab mak ayah dah keluar duit banyak untuk kau belajar, duit makan lagi..” takde pun kata2 tahniah dari diorang.
Zaman study dulu memang aku rajin sangat tolong classmates aku yang low grades buat study group, aku buat notes cantik2 and photocopy untuk diorang baca masa test & exam. Sampai ada yang dari pointer 2.0 terus naik 3.6 sebab kitorang study group sama.
Kawan2 & lecturers semuanya baik dengan aku, hargai aku & respect aku. Tapi family sendiri tak pernah anggap aku penting, tak pernah respect aku & tak pernah kagum pun dengan kebolehan dan pencapaian aku.
Yelah bila difikir kan balik, apelah sangat pun pencapaian aku selama ni, semuanya biasa2 aje. So semua tu buat aku terpikir2 bahawa mungkin aku ni je yang nak sangat dihargai & dahagakan penghargaan diorang.
Penghargaan dari keluarga sendiri lain kan rasanya berbanding daripada kawan2 & orang luar. Aku curious cemana la perasaan nya kalau family sendiri yang appreciate kita & layan kita dengan kasih sayang, utamakan kita dalam semua benda. Tapi tu semua aku mampu bayangkan jelah.
Selalu je aku nangis sorang2, kenapa family aku layan aku macam ni, kenapa diorang berat sebelah dengan aku. Aku tak pernah susahkan mak ayah atau sesiapa pun.
Selalu tengok member2 happy bersayang2 dengan kakak abang sendiri, dapat teddy bear besar masa birthday, family diorang post gambar kat FB sambil wish congrats sebab dapat result best. Syoknya lah.
Tapi aku bersyukur sangat2 even aku kurang kasih sayang keluarga, aku still tak putus asa untuk jadi lebih terbaik, tak pernah terlintas untuk buat benda pelik2 atau depression sampai nak bunuh diri ke apa ke. Nauzubillah.. aku selalu doa moga aku akan bahagia dan disayangi satu hari nanti.
Few years later, aku dipertemukan jodoh dengan someone yang aku panggil suami sekarang ni. Suami aku beza umur 5 tahun dengan aku, dia ada kerja yang stable, Allah kirimkan aku seorang suami yang sangat2 hebat, soleh, sangat baik, rajin & sangat penyayang. Subhanallah..
Aku juga dikurniakan keluarga mertua yang sangat baik dan sayangkan aku sepenuh hati. Background family nya juga dari golongan educated.
Mak mertua aku selalu hadiahkan macam2 barang mahal untuk aku time convo even masatu aku masih lagi bertunang dengan suami. Setiap kali birthday atau apa2 achievement aku, mak mertua tak pernah missed bagi hadiah & duit sbg tanda penghargaan.
Aku juga dikurniakan anak kembar yang sangat comel dan sihat, kedua2 nya senang dijaga. Masya Allah, sekarang ni si kembar masing2 dan berusia 4 tahun. Bijak dah tahu semua huruf dan nombor, banyak mulut dan suka baca buku. Hehe.
Alhamdulillah, aku tenang dan sangat bahagia. Semua orang sekeliling sayangkan aku, aku kini fokus dengan keluarga kecil aku, sehinggakan aku terlupa semua perkara yang pernah buat aku down dulu. Aku rasa akulah wanita yang paling bahagia saat ini.
Rupanya perbuatan baikku sebelum2 ni diganti dengan kebahagiaan & nikmat yang jauh lebih indah dari yang aku sangka. Semuanya sempurna bagi aku.
Aku dikurniakan suami dan mertua yang sentiasa menghargai aku, tak pernah buat aku rasa down, sentiasa utamakan aku dalam semua aspek. Aku rasa terharu sangat. Terima kasih, Allah.
Tak rugi kan buat baik dan sabar?
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdullilah, selalu bersyukur semoga nikmat ini terus kekal untuk kamu dan keluarga kamu