Buat Mereka Yang Ingin Berkahwin

Assalammualaikum, beberapa harini kerap saya terbaca tentang lelaki dan perempuan yang ingin mencari pasangan hidup. Kalau disiarkan, Alhamdulillah, kalau tak disiarkan, Alhamdulillah jugak.

Intro yang paling ringkas ye, saya seorang isteri, berumur 20-an. Sebelum tu semoga Allah terima semua amalan yang membaca ini, semuanya dari Allah. Ilmu yang sedikit ini saya cuba kongsikan.

Alhamdulillah dikurniakan rupa yang ‘sedap mata memandang’, tapi pernah putus cinta (5 tahun bercinta). Yang ni tak berapa penting pun.

Selepas saya putus cinta, saya tak rasa nak menikah atau serius dengan sesiapa konon nak kerja, nak kejar macam2.

Dan ada family member yang bercerai, jadi saya takut sangat, ada sepupu yang nak kenalkan dengan kawannya, tapi masih tak sedia, jadi saya tolak dengan baik.

Saya ni suka buat benda tak berfaedah jugak, hehe,habis masa dengan main game, tengok movie hari2.

Dan ada sekali tu tergerak hati nak kawin, rasa dah bersedia dengan sebuah hubungan yang halal ( dah taknak haram). Tapi pasangan pulak tak ada.

Saya pun pikir kalau saya asek pikir pasangan, tapi tak ubah diri saya, macam mana lah nak dapat yang soleh.

Saya pun mula kurangkan main game, kalau sebelum ni sampai 2/3 pagi, saya main sampai 12 sahaja, tak boleh lebih.

Saya mula bangun tengah malam, solat taubat, mula dengan 2rakaat sahaja, tahajud 2rakaat, dan mula jaga amalan lain.

Untuk saya, nak berkahwin untuk dapat pahala, jarang orang cerita tentang pahala mendirikan rumahtangga ni ;

*Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Dia akan dapat kebaikan.

*Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya, Dia akan dapat kebaikan.

*Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, Dia akan dapat kebaikan.

Dan banyak lagi, saya banyak membaca tentang pahala dan saya baca jugak dapat dosa (baca untuk hindarkan).

Saya banyak dengar ceramah agama untuk prepare dengan Sebaik2nya.

Sebab itu syaitan akan hadirkan rasa takut untuk berumahtangga pada setiap orang, sebab syaitan takut ummat Nabi masuk syurga.

Sebab nak kahwin ni bukan kena sediakan harta, rumah kereta sahaja, tapi kene sediakan mental, fizikal dan amalan untuk dapat rumahtangga yang bahagia dunia akhirat.

Saya berdoa, ‘Ya Allah beri seorang lelaki yang dapat bimbing saya di dunia dan di akhirat, jika engkau redha ke atasnya, maka aku redha dia ke atas aku, jika kau redha ke atas kami, kekalkan lah rumahtangga kami hingga ke jannah’

Dan doa supaya Siapapun dia dapat terima baik buruk, masa cantik pun dapat terima, masa buruk pun dapat terima.

Dalam masa 2 minggu Allah hadirkan suami datang minang, bertunang dan nikah dalam masa yang singkat tapi membahagiakan.

Dan Allah kurniakan saya bunting pelamin, muka naik jerawat hingga tak ingat dunia, boleh dikatakan wajah berubah terus,

Tapi Alhamdulillah, suami selalu puji saya wanita paling cantik, walaupun saya tahu dia cuma ambil hati sahaja.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik walaupun tak kaya sangat, kami ada kekurangan sendiri, tapi bila Allah berada dalam rumahtangga kami, rasa membahagiakan.

Semoga Allah temukan jodoh yang baik buat yang sedang mencari, semoga Allah menjaga rumahtangga setiap orang dalam dunia ini.

Mintak maaf andai ada terguriskan perasaan sesiapa. Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya. Semoga bermanfaat.

– Puan Cat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *