Buat Tatapan Suami & Isteri

[Bingkisan dari Ust. Pahrol Juoi]

Wahai para suami..
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita.
Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’
Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’
Mereka menjawab: ‘Benar.’
Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’
Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)
# Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini.
Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka.
Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga.
Bersedekahlah kerana cinta !
~ ust Pahrol Muhamad Juoi

Peringatan buat isteri/wanita

Perkara yg sudah menjadi trend pada wanita/isteri zaman ini ialah ‘tag’ pasangan/suami masing2 di Post yg ada kaitan dgn suami/lelaki … Sebaliknya trend ini kurg dilakukan oleh lelaki/suami.

Maaf, wahai para isteri dan wanita, dgn hanya ‘tag’ suamimu di ruangan komen adalah tidak ‘proper’ dan kurang adabnya.
Sebaiknya, tulislah something seperti mohon bantuan suami dgn lebih beradab sepertimana adab seorg isteri terhadap suami. Wahai kakak2/adik2, suamimu bukan temanmu seperti teman sekolah/universiti/tempat kerja, tapi suamimu ialah ‘Suami’.

Bila ‘tag’ suami,…suami akan baca seolah-olah isteri meminta ‘Nah kamu kene baca post ni/ nah kamu kene ikut nasihat ini/ nah kamu kene jadi macam ni/ nah kamu suami perlu jadi mcm ini …. tidakkah ia dilihat kurang beradab?

Kakak2/adik2 yg dirahmati Allah, bila nak berckp pd suami pun ada adab apatah lagi meminta sesuatu dari suamimu. Benar, wanita paling mudah masuk Syurga, Tpi paling ramai dlm Neraka kerana perkara yg paling sukar dijaga ialah menjadi yg solehah utk seorg suami.

Kakak2 dan adik2, suami paling byk tanggungjwbnya didunia ini pd ibubapa, isteri, anak-anak, masyarakat, Agama…dll.. Manakala isteri hnya taat pd suami pun dh byk pahala, tpi yg SATU itulah yg ramai wanita/isteri gagal.
Saat suami hampir meninggalknmu didunia ini, jika terdetik dihatinya aku tidak reda dgn isteriku. tersedialah tempatmu di Neraka (ini bukan main-main) , kerana kedudukan suamimu slps Allah dan Rasul.

Didunia ini kamu bergaji besar, berpangkat tinggi, petah berkata-kata, punyai ramai pengikut atau teman di FB/ ig.. etc, tetapi disisi Allah suamimu tetap lebih tinggi darimu.

Saya teringat satu peringatan dlm satu kuliah zohor sewaktu di tempat kerja;
“meskipun suamimu redha dgn perlakuan kurg baik yg kamu lakukan trhadap suamimu, tpi redha itu tetap tidak mnghapuskn kebencian malaikat trhadapmu krn perlakuan buruk mu trhdp suamimu” renungkan

Mudah nk masuk syurga, tpi selalu diambil mudah/dipermudahkan mudahkn.

WAllahu’alam~

~Hamba Allah

——————————————————————————————————————————-

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit