Admin tolong siarkan cerita aku. Terima kasih kerana menyiarkan cerita aku. Kisah aku ini tak sedih mana tetapi boleh menjadi sedih kalau diri sendiri tak kuat. Sejak dari kecil lagi aku dilahirkan dengan paras rupa yang kurang menarik sungguhpun orang cakap comel. Namun semua itu berubah apabila masuk sekolah rendah aku sering dicerca kerana gelap. Mulai dari hari itu aku agak rendah diri dan tak yakin pada kebolehan diri sendiri.
Perkara ini berlanjutan ke sekolah menengah juga. Aku di sekolah diejek gemuk dan hitam lagi membuatkan aku rendah diri. Sungguhpun begitu aku mempunyai ramai kawan kerana personaliti aku yang ceria namun mereka tidak tahu aku disebalik macam mana. Usai SPM, dengan keputusan yang agak baik aku diterima di sebuah ipta di utara sana. Namun demikian aku juga diejek oleh kawan diploma ku sungguhpun diorg kawan sekelas ku. Bayangkan keyakinan aku hancur begitu sahaja. Kadang kala aku rasa malas kawan dengan mereka yang xmenjaga adab berkawan ini namun aku tabah.
Keputusan diploma aku agak baik dan aku terus menyambung ke peringkay ijazah. Aku juga mempunyai ramai kenalan di diploma dan aku tahu diorg mgkn kawan denganku atas faktor aku mungkin pandai sedikit. kalau tidak tiada yang mahubkawan dengan ku. Aku ada juga berazam untuk kurus dan putih dengan makan kolagen dan suplement namun atas faktor nasihat kwn yang menerima ku seadanya berkata 'just being yourself sebab aku kawan kau kerana kau mcm ni, kelakar, funny dan caring etc'.
Di peringkat ijazah inilah aku mula menemui keyakinan aku. Dan personaliti aku mula menonjol. Terima kasih buat kawan kawan yang sudi berkawan dengan aku. Kepada yang selalu menghina orang gemuk, hitam dan sbg. Fikir dulu sebelum ejek orang. Serius boleh terfikir untuk membunuh diri dan mempersoalkan kejadian Allah. Buat teman yang sudi menerima aku, nantikan akubyang baru inshallah aku akan berubah ke arah hidup yang lebih sihat dan produktif. Terima kasih kerana sudi membaca :)
– Sayangi Dirimu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
yeyeahhhh gudlak
Alhamdulillah… X pernah kena ejek dgn teruk…semua accept…bergurau tue adew lar…ejek diorang balik…hahaha
Kita pun confident level xkuat mana macam kulit bawang. Kena ejek pun setakat dlm family je. Tp tu pun dah rasa down. Mcmne nak jd confident ni
Angah Izaaz kau kena ajar dia camana nak chill rileks and balas apa patut. Haha.
haha.. terbaek