Assalamualaikum kepada warga IIUMC semua. Semoga baik-baik hendaknya. Menerusi luahan beberapa warga IIUMC sebelum ini, saya amat terkesan dengan satu artikal yang kerap mengatakan lelaki bujang tiada komitmen.
Ya betul, inilah pandangan segelintir masyarakat kita yang kerap melabelkan lelaki bujang tiada komitmen.
Ingin saya jelaskan, bahawa sebenarnya lelaki bujang memang ada komitmennya. Kerana jika difikirkan secara logik, adik beradik yang sudah berkahwin dan mempunyai anak akan meminta bantuan daripada kita yang masih bujang.
Kalau aku senaraikan komitmen pun tiada guna juga. Cuma, percayalah! Lelaki bujang memang ada komitmen. Aku juka mempunyai luahan yang lain iaitu mengenai sikap manusia yang cepat menilai baik buruk seseorang individu tersebut.
Sebagai contoh, aku mempunyai 4 orang ibu saudara yang berperwatakan ‘Pengkid’ secara jujurnya mereka sebelum ini adalah wanita sejati tetapi masing-masing telah ditinggalkan oleh pasangan masing-masing akibat angkara hasad dengki.
Yang menjadi teladan disini, walaupun mereka sebegitu rupa, solat tetap dijaga dan ada salah seorang daripada mereka mengajar budak-budak flat mengaji secara percuma. Tetapi hakikatnya, stigma masyarakat tetap menghina mereka.
Begitu jijik masyarakat melihat individu seperti ini sedangkan tertulis tercatit mungkin amalan mereka yang kini bergilir menjaga ayah mereka (nenek saya) yang sakit tua di kampung. Mereka berganding bahu mengeluarkan belanja untuk perubatan.
Persoalannya, manakah individu yang mulia dimata masyarakat. Yang sempurna fizikal dan jantinanya? Oh lupa, mungkin itu bukan tanggungjawab mereka kerana mereka telah sempurna fizikal dan layak masuk ke syurga dan dipandang mulia dari mata masyarakat.
Oleh sebab itu, dari kecil aku telah diasuh dan dijaga oleh individu-individu yang dikatakan tidak sempurna ini. Pemikiran ku sangat berbeza dengan mereka yang seusia denganku.
Aku mempunyai karakter yang sangat menghormati orang walaupun yang tidak berdarjat, aku seorang yang pemurah, ringan tulang, sentiasa mendahulukan orang lain, berfikir baik buruk sebelum membuat keputusan, tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, sentiasa bersabar jika ditindas tidak suka menilai seseorang tanpa mengenali siapa orang tersebut.
Aku mengamalkan konsep berbuat baik berpada buat jahat jangan sekali.
Kadang-kadang, bila aku terbaca luahan warga IIUCM yang tertindas, amat sukar bagi aku untuk memberi nasihat kerana memang lumrah dunia, manusia ini ada yang baik ada yang jahat. Cumanya bagaimana kita untuk mengatasinya.
Oleh itu, aku menyeru umat manusia untuk saling berbaik, ikutlah perwatakan para nabi dan para sahabat. Cubalah untuk menjadi yang terbaik.
Sebelum aku akhiri artikel ini, semalam aku menonton salah satu movie yang ada memberi pengajaran apabila kita tua/uzur dan kembali kepada pencipta kelak.
Warga emas ini, memberitahu kepada cucunya, dulu atok selalu mengeluh mengenai diri yang semakin tua dan sakit-sakit dan kini barulah atok tahu bahawa sebenarnya, menjadi tua/uzur itu adalah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita.
– Khun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit