Buka Minda dan Positif Selalu

Assalamualaikum, salam sejahtera. Pertama tama kali terima kasih kepada admin IIUM Confession jika tersiarnya artikel aku ni.

Aku Amsyar, dah kahwin ya, dah ada anak, berkerjaya, berpendidikan, sederhana. Mula sekali aku nak tegurlah dekat confessor yang lain yang buat confession dekat IIUM Confession ni.

Kalau buat pengakuan tolonglah jangan sampai kita tempah satu kaki kita ke neraka, duk kutuk orang ni, orang tu, benci orang sana sini, cerita buruk orang lain terang terang walau nama tak disebut.

Apa akan terjadi sekiranya yang kalian mengata itu baca, dia tahu? Tidakkah jadi putus tali silaturrahim, dah bermasam muka pula kan. Bukankah tuntutan Islam kita dituntut untuk jaga air muka sesama umat Islam, walau bukan seagama pun.

Buat confessor, jangan kita cepat melatah jika dibenci, dikutuk, dikata buruk, ambil kata kata keji sebagai semangat, senyum dan positif bila orang kata dekat kita, percayalah dengan sebaris senyuman mampu membunuh orang yang mengata buruk tu.

Jadilah seperti pokok, walau ditoreh dengan objek tajam, walau dipotong dahannya sedikit, walau dibaling batu tetap mengeluarkan buah, tetap memgeluarkan bunga.

Ya, benar pokok tiada perasaan tapi tak salah kita ambil ungkapan biar orang buat apapun sekalipun, diam, sabar, redha. Ini kunci untuk bahagia dalam hidup.

Mula sayangi diri sendiri, kemudian pelan pelan buang perasaan yang negatif, seperti hasad dengki, cemburu, batu api, memgata buruk, membuka aib, sebab kita bukan sempurna, tiada manusia yang sesempurna Nabi Muhammad SAW.

Jaga silaturahim, jaga pergaulam walau siapapun kita, tak kiralah ibu bapa kandung, adik beradik kandung, adik beradik tiri, ibu bapa mentua, adik beradik ipar, ipar duai, biras, jiran hatta orang baru jumpa, jaga kata, jaga tutur, jaga adab.

Buat ibu bapa, janganlah pilih kasih dalam membesarkan serta mendidik anak kalian, jika yang kakak diberi 10, makan pada adik adik berilah juga 10, walau adik adik yang lain ada lagi 6, jika tak mampu untuk sama adil dan bagi sama rata, maka jangan beri.

Simple. Begitu juga, buat ibu dan bapa mentua, menantu jangan dipilih pilih untuk disayang, yang kaya, yang berkerjaya hebat, kereta besar, rumah besar, kita sayang, yang biasa biasa kita sisihkan, tak boleh macam ni,

Sambutlah dia dengan penuh kasih sayangg, kerana dialah cinta hati anak kita, dialah yang akan jaga anak kita,

Tak kiralah dia perempuan atau lelaki tapi sayanglah sama rata, sama adil, kasih sayang jangan diberi tak sama, kelak kita akan kehilangan anak kita, percayalah banyak terjadi seperti ini dizaman ini.

Dan jangan pula, di hadapan anak kita, kita bermanis muka dengan menantu, belakang anak kita, kita pijak pijak kepala menantu kita. Jangan, sebab jahat tak selamanya akan menang, sebab suatu hari kebenaran akan terbuka.

Begitulah jugak dengan menantu, sayangilah ibu bapa mentua sebagaimana kamu menyayangi ibu bapa kandung kamu,

Jangan dihina jika rumah mentua tak segah apa yang kamu bayangkan, kerana disitulah tempat membesarnya suami atau isteri kamu, renung renungkan. Jangan anaknya kamu nak, mak ayahnya kamu buang, JANGAN!

Begitulah juga ipar duai, sedar tak? Tak lama kita pun akan berkahwin, akan ada ipar duai lain, apa akan jadi kalau ipar duai kita buat macam yang kita buat dekat ipar duai kita yang sekarang?

Kita benci, kita jadi batu api, bagi dia bergaduh dengan mak ayah kita, ingat ya, kiffarah itu wujud ya.

Adik beradik kandung pun kalau boleh sayangilah sesama sendiri, ingat pepatah walau air dicincang tak akan putus, jangan kerana isteri atau suami kita, kita benci, bermusuhan, bercakaran dengan adik beradik kandung kita.

Hidup kita kena selalu positif, senyum, gaduh sikit sikit tu perbaikilah cepat cepat, jangan tunggu dah teruk baru nak perbaiki, berani tegur, dan jika yang ditegur itu janganlah bermasam muka,

Ambil sebagai pengajaran atau kalau tak nak dengar sekalipun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, kotlah dah ego sangat kan tak nak dengar nasihat, so lebih baik diam.

Janganlah korang pergi kutuk, pergi lepas geram, marah dekat media sosial, media sosial ni tak sesuai untuk dijadikan tempat lepas geram, untuk kutuk mengutuk, macam dah trend sana sini lepas geram, bila kena tegur, cepat saja melantun, fb aku ikut sukahati akulah.

Entahlah, hidup mcam tak bertuhan pada yang suka sangat meluahkan marah, geram, sedih dekat laman sosial ni. Bukan dengki, tak ada walau sekelumit, percayalah saya sendiri sudah lalui bermacam macam, tapi mula mula saya cari Allah dulu, bukan laman sosial.

Saya bukanlah kata saya suci, saya pun pernah buat salah, ada dosa, tapi saya cuba untuk positif, untuk redha apa yang jadi, kalau kita redha, hidup kita akan bahagia, smooth ja, Allah pun akan permudahkan segala urusan dalam hidup kita.

Terima apa yang jadi seikhlas hati, sayangi orang sekeliling sebelum mereka diambil Allah buat selama lamanya. Buang yang keruh ambillah yang jernih.

Kalau salah minta maaf, tak salah pun minta maaf, turunkan ego tak salah, tak kiralah siapapun kita, apapun kedudukan kita, pangkat kita, jangan biar ego tinggi dari ketinggian kita.

Selalu ucap Alhamdulillah, selalu senyum, selalu sedekah, fikir baik baik, selalu positif dalam setiap ujian, tiada hidup yang tiada ujian, Allah uji kerana Allah sayang, ingat ni sudah.

Lagi satu, mungkin terakhir atau mungkin tidak, buat netizen, janganlah kita jadi penghukum, jadi pengadil dalam kisah orang lain, komenlah baik baik,

Ingatlah jari kita pun akan jadi punca kita ke neraka atau syurga, betulkanlah saya jika saya salah, apa yang kita catit akan dihisab semula.

Doakan yang terbaik bila baca, bila dengar, bila lihat benda yang buruk. Kita doakan orang lain, malaikat turut berdoa untuk kita benda yang sama. Bagi kata semangat yang baik, kalau tak boleh nak komen baik baik, tahan diri dari mengata dan kecam yang teruk teruk.

Moga kita semua jadi baik, dimata manusia, dan juga di pandangan Allah. Hablum minAllah wa hablum minnanas.

Tegur kerana sayang, nak tarik semua ke Syurga bersama,

– AMSYAR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *