Bukan Bertuankan Anak

Bukan Bertuankan Anak

Rata-rata netizen menghentam hak kebebasan amoi yang melanggar mati 8 remaja Basikal Lajak dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pada 18 Februari 2017 yang lalu. Saya tidak berpihak kepada sesiapa, menghentam pun tidak, menyokong pun jauh sekali… Tetapi terus teringat peristiwa malam merdeka 2019 yang lepas.

Jam 11++ pm, ketika kami suami isteri pulang dari berniaga dengan menaiki lori… Kelihatan sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan 5 ke 7 orang, mungkin sebaya dengan anak saya (12 tahun) sedang menolak Basikal Lajak mendaki bukit (jalan raya berbukit) dikawasan Forest Height Seremban.

Apabila kami tiba di atas bukit, ada pula yang bersiap sedia untuk ‘melajak’ basikal nya menuruni bukit… Ada juga yang bersantai – santai baring dibahu-bahu jalan dimana posisi kepala berada diatas jalan raya dan kami hampir menggilis kepala salah seorang daripada mereka kerana kawasan itu agak gelap (tiada lampu jalan).

Nasib baik suami sempat mengelak. Jikalau lah suami tidak berhati-hati sudah pasti kami senasib dengan amoi yang melanggar mati 8 orang remaja Basikal Lajak tempohari kerana telah menggilis kepala kanak-kanak tersebut walaupun tidak sengaja… Nauzubillah mohon dijauhi pekara seperti itu berlaku keatas anak-anak saya dan anak-anak para pembaca.

Ikutkan hati suami, ingin sahaja berhenti dan ‘menghalau’ mereka balik… Tetapi saya menghalangnya kerana bimbang suami pasti akan memberi ‘pelempang jepun’ kepada anak-anak tersebut. Pasti ada ibu-bapa yang tidak berpuas hati nanti.

Dengan rasa tanggungjawab… Suami ‘call’ 999 dan minta disambungkan ke balai polis berhampiran minta pihak polis buat rondaan. Apa yg paling terkesan dengan kata-kata suami saya …

” Encik… Tolong segera ya… Anak-anak bangsa kita tu… ”

Dimana ibu dan bapa anak-anak tersebut…? Sudah larut malam anak-anak masih tiada dirumah… Tidakkah mereka risau…?

Kepada ibu-bapa yang mendapati anak-anak ada memiliki Basikal Lajak… Tolong lah pantau… Jika berminat untuk berlumba basikal… Tolong ke saluran yang betul dan selamat. ‘Support’ hobi anak-anak, luangkan masa melayan minat mereka. Anak-anak kita bakal pemimpin masa depan… Jangan hancurkan masa hadapan mereka dengan kelalaian kita sebagai ibu dan bapa…

Seperti yang saya nyatakan diatas, saya juga mempunyai seorang anak berumur 12 tahun, hampir juga nak ‘custom made’ Basikal Lajak secara rahsia menggunakan rangka-rangka basikal lama miliknya semasa berumur 4 ke 5 tahun yang lalu.

Biasa lah kan… Budak mana yang tidak tertarik dengan Basikal Lajak lebih-lebih lagi anak saya amat meminati sukan yang ‘extreme’ seperti ini… Memandang kan bapanya seorang pomen basikal dan punyai kelengkapan yang mengcukupi memang tidak ada masalah untuk dia membina sebuah Basikal Lajak.

Walaupun dia sudah mempunyai sebuah basikal ‘mountain bike’. Namun dia masih tidak berpuas hati kerana hanya berlumba di laluan hutan (off road) sahaja. Dia juga ingin merasai pengalaman berlumba di jalan raya. Bila saya selalu gagalkan rancanganya dengan ‘kuasa vito’ seorang ibu, langsung dia tidak berminat lagi dengan Basikal Lajaknya itu dan akhirnya rangka basikal tersebut ‘terkubur’ sepi dibelakang rumah.

Melihat dia bergitu berminat untuk berlumba di jalan raya, suami saya telah membeli sebuah lagi ‘racing bike’ untuknya dan saya sendiri telah mendaftarkan dia ke beberapa ‘event’ berbasikal dan salah satunya adalah daripada anjuran Junior Cycling sebagai tanda sokongan.

Sebagai ibu dan bapa kita haruslah sentiasa memberi galakkan terhadap minat anak-anak. Bergitu juga dengan abang dan kakaknya yang punyai minat dan hobi yang berbeza. Minat anak-anak saya tidak sama walaupun lahir daripada benih dan rahim yang sama.

‘Support’ minat anak-anak bukan beerti kita manjakan mereka. Tunaikan kehendak anak-anak juga bukan beerti kita ‘bertuankan’ mereka. Tidak salah jika melayan kehendak dan kerenah mereka asalkan kita mampu tetapi haruslah berpada-pada dan kena pada tempatnya…

Letakkan syarat yang harus mereka patuhi dan ‘harga’ yang harus mereka bayar untuk mendapatkan sesuatu yang mereka idamkan…. Sebagai contoh, mereka perlu menghargai, menjaga dengan baik, menggunakannya dengan cermat dan tidak menyalah gunakan setiap pemberian, terangkan kepada anak-anak bukan mudah bagi kita sebagai ibu dan bapa memerah keringat untuk mendapatkannya.

Memiliki anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata ibarat igauan ngeri kepada ibu dan bapa. Tetapi ianya bukanlah satu alasan untuk kita mengabaikan mereka. Mereka amanah Tuhan untuk kita jaga. Setiap masalah ada jalan penyelesainya. Cuba cari dimana puncanya sehingga anak-anak kita menjadi tidak bermoral. Mungkin kurang kasih sayang, terlalu dimanjakan atau cara didikan yang salah.

Saya tidak menafikan, anak-anak saya juga kadangkala bermasalah. Alhamdulillah suami saya bijak menangani setiap masalah anak-anak dengan baik. Kami akan mencari puncanya dan akan berbincang apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Kami tidak akan segan silu untuk meminta pandangan dan pendapat daripada para sahabat yang lebih berpengalaman.

Cuba jadi ‘kawan’ yang baik kepada anak-anak supaya senang mendekati mereka… Fahami perasaan mereka supaya senang mereka berkongsi masalah dengan kita dan cuba kenali diri mereka.

Ramai ibu dan bapa gagal mengenali sikap dan emosi anak-anak sendiri sehingga apabila belakunya sesuatu pekara yang buruk baru mereka sedar selama ini sikap dan tingkah laku anak mereka tidak bermoral, emosi anak terganggu dan jangan menyesal jika disaat kita mula menyedarinya ianya sudah terlewat.

Semoga dewasanya anak-anak kita dibawah naungan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia akan melahirkan anak-anak yang cemerlang.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap