Bukan Menantu Pilihan

Salam semua. Aku gelarkan diri aku Bunga. Usia 30an, dah berkahwin 3 tahun dan masih belum dikurniakan anak. Tinggal di ibu kota, hidup kami suami isteri baik baik sahaja, ada kereta, rumah dan sebagainya.

Alhamdulillah segala baik baik sahaja dengan keluarga mertua pun sampai lah abang ipar aku berkahwin dan aku mempunyai biras. Dorang baru je dapat anak tahun ni. Tak apa lah rezeki mereka kan.

Yang tak sedapnya, bila keluarga saudara mara belah husband aku mula start nak bandingkan kami. Kami dituduh suka travel dan tak nak ikhtiar zuriat.

Kalau la dorang tahu, aku dan suami dah sehabis mungkin berusaha. Aku dah sampai buat IVF, tapi sampai weeks 6, gugur. Masih belum rezeki. Tapi takkan la semua benda ni aku nak cerita dekat orang canang semuanya?

Disebabkan abang ipar aku dah mempunyai anak, disinilah bermulanya tragedi yang sedih untuk aku hadap. Aku mula rasa yang bapa mertua aku mula untuk pilih kasih.

Korang bayangkan, saat aku tumpah darah keguguran, bapa mertua aku langsung tak tanya baik telefon atau wasap sekalipun. Tapi bila biras aku tumpah darah sikit (tak gugur ye) terus dia pecut pergi ke rumah biras aku nun jauh beratus ratus kilometer.

Pedih aku rasa time ni. Rumah kami yang selang satu negeri ni dia tak nak tengok, tapi rumah biras aku yang jauh tu dia sanggup pergi.

Mula mula aku rasa tu perasaan aku je tapi lama lama benda tu nampak terlalu obvious dan suami aku pun start perasan.

Bukan itu je, aku cuba fikir positif yang mungkin masa tu keluarga mertua aku tak free untuk melawat aku time keguguran, tapi takkan telefon atau whatsapp langsung tak boleh?

Banyak lagi benda yang aku kena hadap termasuk la diperli perli tak ada anak dengan sedara mara suami aku. Tu tak termasuk lagi, bapa mertua aku berbelanja untuk keluarga biras aku, tapi untuk keluarga aku, tak ada apa pun. Sedih weh dilayan macam ni.

Keluarga biras aku pun bukan orang susah ya. Kalau susah tu aku faham. Banyak lagi benda benda yang menyebabkan aku makin tawar hati dan kadang rasa macam nak left je group whatsapp family mertua tu, haha sebab hampir setiap hari boraknya pasal anak abang ipar aku tu je.

Jadi untuk masa sekarang, suami aku pun dah mula nampak yang bapa dia pun bias atau pilih kasih, jadi suami aku sendiri akan decide perlu ke atau tak untuk kami pergi sesuatu event.

Tambahan pulak biras aku tu jenis menunjuk depan orang dia la yang paling ada anak dan aku disisihkan, lagi la suami aku terasa. Jadi kami banyak tak pergi ke event event keluarga, demi nak menjaga hati dan perasaan kami.

Aku sedih, sebab aku tak suka jadi mcm ni. Aku selalu cuba yang terbaik untuk keluarga mertua aku. Tiap kali hari jadi, aku hadiahkan barangan yang mahal mahal sebab bagi aku tak salah untuk aku berbelanja. Aku sedih sebab dilayan macam ni.

Termasuk dengan keluarga aku, keluarga biras ditatang, keluarga aku dilayan nak tak nak je, haha. Aku tak pernah cerita tentang perihal keluarga mertua aku dekat keluarga aku sebab aku tak nak keluarga aku terasa hati.

Apa yang patut aku buat? Adakah betul tindakan suami aku untuk dia aturkan sama ada kami perlu pergi ke tak untuk sesuatu event dalam family keluarga mertua aku? Aku buntu sangat. Sebab this is not what I wanted.

Maaf andai coretan ni tak ikut turutan atau berbelit belit sebab aku confused dan tak tahu nak luah pada siapa.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Silaturahim Menjemput Rezeki Dan Keberkatan Umur
    عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ عَلَيْهِ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
    Daripada Anas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaknya ia menyambung silaturahim (kekerabatan).” (Sunan Abu Daud No: 1443) Status: Hadis Sahih

    I sendiri sudah menjadi seorang menantu, banyak i belajar dari ibu i sendiri. Nenek belah abah kami seorang yang sangat cerewet, materialistic, manja kan anak perempuan & sangat pilih bulu. Ibu I seorang yang sangat baik & penyabar, dia seolah2 tidak ada dendam walaupun mcm2 nenek saya buat dekat ibu.

    Kami membesar dengan environment yang sangat baik, kami sangat sayangkan nenek kami tapi tempias pilih bulu tu sangat ketara sebab kami bukan cucu yang lahir dari zuriat anak Perempuan nya.

    Ibu i tidak pernah berkira dengan mertua dia, tak pernah putus bagi nenek pelbagai hadiah, duit, dll. Sehingga kan set meja makan baru yg abah kami belikan pun, nenek i cakap dia berkenan & nak yang serupa dengan set itu. Sebab dekat kedai tu yang terakhir, abah berkeras untuk tak layan permintaan nenek tapi ibu i pujuk abah i untuk bagi set yang dekat rumah kami & akhirnya mmg jadi la milik nenek.

    Banyak lagi la kebaikan yang ibu i ni buat, tidak langsung nampak dia berdendam, malahan kami anak2 dia mcm tak pernah diberi kata2 untuk membenci nenek,, walaupun setiap kali lauk ibu I masak nenek tak jamah.

    Walaupun abah tak de lg, ibu i masih lg jaga nenek, belikan lauk basah & pelbagai kelengkapan setiap minggu, bayar upah maid yang menjaga nenek.

    Tengok ibu i ni, kita rasa tenang, wlpn nenek adalah seorang mertua yg tersangat susah nak handle, tapi kami hidup bahagia. Bahagia sebab kita didik untuk tidak berdendam, untuk sentiasa menjaga silatulrahim kerana Allah, orang nak layan kita macamana tu urusan dia, janji apa kita beri tu niatkan kerana Allah.

    Dari sini juga i belajar Allah murahkan rezeki Bila kita menyambung silatulrahim. Menyambung tu maksudnya berbeza dengan kita jaga silatulrahim. Jaga bilamana hubungan tu baik2 belaka. Menyambung ni maksdnya Kita da nampak pattern hubungan yang tidak baik, tapi kita tetap teguh untuk teruskan silatulrahim tu.

    Jadikan setiap perkara yg jadi tu, Allah dah reka khas ujian untuk you & suami. Mungkin asbab dari you masih teguh penyatukan silatulrahim ni kerana Allah, rezeki anak dimudahkan tanpa diduga. Anak adalah rezeki terbesar yg paling indah, semoga tt dipermudahkan menimbang cahaya mata sendiri.

  2. Salam,

    Nih tentang wanita yang ada masalah keseimbangan hormon, umpama dacing yang tak seimbang, senget. Letak di kanan tak balance, letak dikiri pun tak balance. Tak sama seperti wanita hormon yang sihat, setiap perkataan yang mudah akan sulit untuk mereka fahamkan, akan gagal untuk dihadamkan dengan baik, semua pendapat akan dianggap cuba menjatuhkan, semua perbicaraan akan dianggap personal attack pada mereka. They take everything personal, because they’re not normal like a woman with a healthy hormon.

    Wanita yang mempunyai ketidakseimbangan hormon, mereka adalah golongan wanita yang ada masalah pada tubuh mereka, effect besar kepada emosi, perlakuan & organ kewanitaan, kegagalan hormon wanita untuk berfungsi dengan baik, akan membantutkan perkembangan minda dan karakter peribadi.

    Antara akibatnya :

    Suka guna orang tengah, nih salah satu habit wanita yang hormon tak seimbang. Segala urusan & masalah, mereka tak pandai urus sendiri, mereka malas, nope, mereka tak ada kemampuan begitu, kemampuan ini cuma ada pada wanita normal. Face to face with people or problem, tak wujud dalam kamus hidup wanita hormon tak seimbang nih, nak berbincang santai ramai ramai macam wanita normal, grouping, jangan harap. Kalau dia single, dia akan jadikan kawan kawan atau teman lelaki sebagai orang tengah dalam segala urusan dia. Lebih lebih lagi yang melibatkan emosi dia. Ingat yer hormon & emosi dua benda yang terkait kuat. Hormon tak seimbang, emosi ikut sama.

    Golongan begini selalu ada extra people behind or beside them. Kalau dah berkahwin suami lah middle man dia, dia akan hiddenkan diri dia, seolah dia tak ada dalam sesuatu issue itu, yang dia tahu orang tengah mesti lunaskan urusan sesuai kehendak dia, dia mesti menang, yer perempuan hormon tak seimbang, dia anggap life nih macam pertandingan, 24 jam competition. Berbanding wanita normal, yang anggap life adalah journey, ada pasang & surut. Wanita hormon tak seimbang, kalau dia ada ex atau bekas suami, dia tetap akan bersaing dengan mereka, whos life is better. Padahal ex tuh ingat dia pun tak.

    Suka kongkong pasangan atau suami, anda tak akan jumpa wanita yang terpaling kongkong pasangan, selain wanita yang ada masalah keseimbangan hormon. Nih golongan yang anggap pasangan atau suami dia macam hak dia, macam property dia. 100% pasangan kena ikut cara dia, ikut peraturan dia, ikut kata kata dia. Pasangan nak ada kebebasan bersuara, nak bagi pendapat sendiri dalam sesuatu isu atau masalah , lamberrrrt lagi. Kalau si wanita benci seseorang, pasangan dia wajib benci juga, walaupun orang tuh yang lahirkan & bela pasangan dari kecik sampai besar. Pasangan tak ada pilihan, kena ikut benci juga. Kalau si wanita suka pada seseorang atau kawan kawan, pasangan pun wajib suka juga orang tuh, walaupun orang tuh pernah buat jahat dengan pasangan dia.

    Wanita yang hormon tak seimbang, sangat suka kepada similarity. Dia anggap, dia & pasangan bukan individu yang berbeza, dia melihat mereka sebagai orang yang sama. Perihal nih tak wujud dalam dunia wanita hormon sehat. Wanita normal lagi rela bertekak dengan pasangan dari terpaksa bersetuju dengan statement pasangan yang jelas salah pada mereka. A big clash here.

    Lagi, habit suka mewujudkan masalah baru. Masalah diatas masalah. Wanita yang ada masalah hormon nih, cara berfikir dia backward. Mereka melihat sesuatu isu bukan untuk diselesaikan, no closure, tapi untuk diperbesarkan. Masalah baru buatan sendiri, hasil tangan sendiri auto akan diwujudkan. Wanita normal bila dia ada satu masalah, selagi dia boleh handle, dia akan harung sehabis baik, wanita normal ada personal power. Kalau dah tak mampu, diorang face to face & let go. Simple.

    Tidak pada wanita yang hormon tak seimbang, wanita nih kalau dia tak suka 2 orang, dia tak boikot 2 orang tuh sahaja, satu group orang tuh dia boikot sekali. Dicontohkan 2 orang tuh ada 20 orang kawan, dengan 20 orang sekali wanita nih akan boikot, padahal 20 orang tuh tak tahu apa apa pun. Wanita normal tak buat begini, wanita normal kalau ada selisih faham dengan 2 orang, 2 orang tuh jela dia boikot. Dia tak akan cipta musuh baru atau tambah musuh lain. Wanita hormon tak seimbang, lain cara dia, masalah dia cuma dengan 2 orang, dia cipta lagi extra 20 orang musuh baru.

    Material type of person, wanita yang hormon tak seimbang, dia menilai diri dia dengan barang & material yang dia ada. Dia berhubung & mendapat pasangan juga melalui material, contoh bagi gift, bagi duit, bagi barang. Pasangan dia juga berhubung dengan dia melalui material. Dalam bersosial, wanita hormon tak seimbang berhubung dengan orang sekeliling dia juga melalui material. Jadi bila anda nak connected dengan dia, anda kena juga guna material, tak boleh takat, hai, belanja makan, kemudian bye, tak ada wujud connection. Kena bagi gift, merchandise, duit atau barang yang dia suka.

    Kenapa, sebab hormon cinta wanita sebegini sangat tipis, hormon tuh hampir numb. Dia tak faham apa itu cinta, hampir kesemuanya mereka berkahwin tanpa cinta, hanya demi melangsungkan hidup. Kalau ada video dia cuba romantis dengan suami, video dia cuba bermesra dengan ahli keluarga lain, dengan kawan kawan maaf kata, kekok & keras macam kayu, bukan dia sahaja, pasangan dia pun 2×5 kayu.

    Suka guna masalah peribadi untuk tarik simpati pasangan & sokongan orang ramai. Anda rasa wanita normal banyak laser fokus pada problem, nope. sikit jer. Anugerah wanita paling suka drag masalah 24 jam, jatuh pada wanita yang hormon tak seimbang. Dia boleh cut contact dengan anda, boleh block anda, boleh jauhi anda. Dia boleh buat apa dia suka kat anda, tapi anda tak boleh buat itu ke dia, dia akan start berkempen to bring you down. They want you to not take everything personally when they do a things to you, you need to accept their action, but when you make something they don’t like, suddenly they take everything personally. Everything is a personal attack. Everything is a war. Why, sebab hormon dia tak seimbang. Anda wanita yang hormon sihat, susah nak faham.

    Ketidakseimbangan hormon buat wanita tak boleh berfikir, bertindak, proses ilmu & masalah, situasi dan mempertahankan diri sendiri seperti wanita normal yang lain. Anda tak akan pernah nampak wanita yang hormon tak seimbang nih memilih untuk hidup sendiri, independent. Mereka golongan yang fully dependent dekat orang. Mereka fully attach. Mereka copy personality pasangan, atau paksa pasangan ikut personaliti diorang. Dia suka similarity, suka rutin, suka pekara familliar. Kalau ada lain sikit angin ribut petir is coming.

    Jadi pesan saya pada mana mana wanita yang ada masalah keseimbangan hormon nih. Kalau anda nak plotting something, STOP. Belajar let go benda yang bukan hak you untuk you control, enjoy your marriage, enjoy your journey, bad & good thing is a part of it, semua sementara. Masalah kecil jangan disiram, dibaja, sampai jadi besar & akan ada potensi untuk berlanjutan sampai bertahun tahun, tanpa ada penyelesaian, tanpa ada closure, serius merugikan.

    Buang habit lempar batu sembunyi tangan, stop guna suami sebagai orang tengah. Kalau anda ada selisih faham dengan orang lain, suami yang tersiksa, kalau anda menang, suami yang akan dipersalahkan oleh ahli keluarga lain, kalau anda kalah, suami pula jadi mangsa anda. Anda sendiri tak berani speak up, face to face with those problem, with those people, pedajal suami sendiri apa manfaat. Guna suami untuk pekara tak berfaedah, boleh akibatkan putus silaturahim, jauhkan suami dari adik beradik & keluarga. Berdosa besar. SO YOU BETTER STOP. Hormat suami anda. Paling penting hormat diri anda.

    Kalau di luar anda ada masalah keluarga, dengan muka serabut anda jumpa seseorang, sebab anda nakkan jalan penyelesaian. Anda bayar fee, anda disuruh jaga makan, jaga kesihatan, tidur cukup, jangan bertegur sapa dengan orang. Bila anda masih tak okey, anda comeback anda bayar double fee, dikasi anda ubat berdos dos untuk anda telan, disuruh anda jauhi family. Anda tak okey lagi, kena bayar triple fee, dikasi inject berdas das, disuruh cut contact dengan family. Tak okey lagi, habis simpanan bayar fee, segala machine, segala teknologi, segala wayar sumbat dalam badan. End up anda maty tak ada family. Mulanya tenang, akhirnya extreme.

    Kat sini lain, anda dapat komen yang extreme dulu. Anda marah, anda tak setuju, anda rasa di attack, bergetar satu badan membacanya, lama lama anda flashback, baru teringat semua masalah masalah lama yang wujud tuh rupanya punca dari tindakan anda sendiri. Punca anda tak bagi peluang pada diri anda sendiri, peluang untuk anda kontrol mulut, kontrol perangai, kontrol diri dalam sesuatu situasi dengan betul. Anda sedar & anda belajar tak nak repeat lagi. Tak nak dah plotting itu ini, buat perkahwinan anda macam video game. Tak akan lagi memberatkan benda yang ringan, dan tak akan lagi meringankan benda yang berat. Anda pun mula fokus untuk improve hubungan dengan suami sahaja. Mulanya extreme akhirnya tenang.

    Tutup salam.

    • Pukul 2.30 pagi komen berjela.
      Komen juga x berkaitan. Meleret-leret.

      I think you got problem against some one but you used this platform to express your dissatisfaction.

      Go find treatment for your self.

  3. Puan, pedulik kan belah suami, enjoy your time dengan family u yg lebih menghargai, keluar bercuti, makan2 dengan family u, bagi gift mahal2 dekat side family u, celebrate semua special days dengan family u dan paling pentingg UPLOAD every single things dalam status whatpp or what ever lah, biar diaorang tengok u enjoy & bahagia dengan life u with YOUR family, jangan bagi diaorang BULLY mental u okay! nanti pecaya lah sikit sebanyak family husband u akan terasa sebab anak lelaki dia dah start lebih kan side u, time tu buat la jual mahal. kalau i lah kan,, lebih enjoy buat semua tu dgn family sendiri, tak hamak lah nak join family side sana yg taknak dgn kita, tak payah stress2 nk welcome org yg tak sudi. selamat mecuba sis, small matter je problem sis ni. – hug

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *