Bukan Salah Tudung

Assalamualaikum buat pembaca IIUM Confessions,

Saya rasa terpanggil untuk bercerita mengenai tudung setelah hati rasa sedih dan tak boleh terima apabila tudung sentiasa dipersalahkan. Selalu tak dengar “Alah, yang bertudung pun bukan betul sangat.” , “Nama je bertudung tapi perangai/dosa mengalahkan orang tak bertudung.”, “Walaupun tak bertudung tapi hati baik/solat tau.” dan kata-kata seangkatan yang merendahkan nilai ‘tudung’. Kesian tudung dan pemakai tudung yang lain.
Tahukah anda, dengan merendahkan nilai tudung secara tak sedar anda juga seolah memperkotak katikkan nilai ‘menutup aurat’ dan beraninya kita untuk melawan suruhan Allah untuk menutup aurat. Sesungguhnya saya rasa sedih yang teramat.

Keberanian umat mengaku Islam menentang ‘tutup aurat’ nie boleh dilihat di komen-komen artis seksi. Contohnya, heboh di media berkenaan seorang artis sopan yang memperlihatkan aurat kaki. Tergamam tau bila terbaca komen-komen disana. Ramai rupanya yang menyokong tindakan artis tersebut dan banyaknya orang mengaitkan ‘tudung’ dengan dosa. Apa yang diperhatikan, yang selalu melenting salahkan tudung nie adalah mereka yang terdiri daripada umat islam yang free hair. Ye la, bak kata Cikgu Jeffrey (bekas pondan yang kembali ke pangkal jalan – sila follow kisah dia, boleh menangis insaf dengar-) mereka mudah melenting sebab mereka tahu apa yang mereka buat itu dosa tapi tidak mahu mengakuinya.
Dan disini, orang Islam tue da tahu tidak menutup aurat tue berdosa tapi masih juga nak pertahankan diri dan sekutunya dengan cara… salahkan tudung. Ya, dengan menyalahkan tudung mereka dapat pengikut dan supporter untuk bersorak.

Sekiranya anda tak mampu nak ikut suruhan menutup aurat maka jangan sebarkan risalah pendapat merendahkan tudung. For me, it’s okay if you want to say it to non muslim. It’s like an information so they came to realize that some don’t represent islam. But… Never say that to Muslim. They are knowledgable on what’s right and what’s not. Knowing hukum solat and aurat is something on their hand and It’s like you are promoting “Hey, I’m kind, I don’t wear tudung though. Psst, don’t wear tudung if you want to be kind like me.”<~ without realizing this is how you try to convey your message. Hit button emoji angry sikit kalau orang beragama Islam nie tak tahu hukum aurat tue apa.

Sekian, insan kecewa hukum agama tidak dihormati.

– HidayahKurniaMu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit