Bukan Tikam Belakang

Semoga sejahtera pada yang membaca, dan dilimpahkan rezeki.

Terima kasih pada admin jika confession saya diterbitkan atau sebaliknya. Tajuk mudah pasal kawan yang selalu orang rasa kene back stab. Tapi cerita aku lain.

Aku J, hidup aku sederhana. Family aku biasa2, syukur rezeki yang ada cukup untuk cover makan, study n tmpt tinggal kami.

Aku ada dua orang kawan yang aku rapat. Namanya T dan N. T seorang yang sederhana, tapi hidupnya mewah sedikit dari aku. Senang kata, dia bongsu, jadi apa yang dia nak, dia akan dapat. Sama jugak dengan N, anak bongsu dan mewah.

Kami bertiga rapat dari zaman sekolah sebab kami sekampung, sekelas, setaman. Namun nasib berubah apabila tingkatan 1 kami terpisah. Aku belajar jauh diperantauan. T sambung belajar di Selangor. N bersekolah berdekatan dengan kampung kami.

Kerenggangan kami mula berlaku apabila aku jarang pulang ke kampung. Aku bukan keluarga senang. Aku akan balik bila aku aku punya cuti panjang. Kalau aku cuti, kami bertiga masih luangkan waktu macam biasa. Lepak dekat rumah, almaklumlah nama pon kampung.

Hal ini berlarutan sampai aku sambung diploma, yang mana buat aku lagi jauh dari rumah. Rutin aku masih seperti biasa akan pulang ke kampung jika ada cuti panjang. Aku tak nafi N dan T masih selalu bertanya khabar.

Ouh, N dan T kerap keluar berdua sebab N selalu balik kampung bila hujung minggu. Kadang bila aku ada di kampung, aku tak nafi, N dan T selalu ajak aku keluar bersama. Aku tak nafi, daripada semua ajakan mereka, aku kerap menolak.

Aku tak berduit nak ikut hang out dengan mereka berdua. Kalau ada pon, tak mungkin untuk aku siakan duit aku sedangkan duit aku boleh aku guna untuk assignment aku dan duit belanja aku di kolej nanti.

Masakan aku makan sedap2 di luar, keluarga aku pula makan lauk biasa2 di rumah. Tambah lagi, bila aku ada cuti semester, aku selalu buat part time. Boleh dikatakan yang aku jarang dekat rumah.

Setiap kali aku cuti sem, N dan T selalu ajak jumpa, tapi nak buat macam mana. Aku perlu kerja untuk aku bayar yuran. Lagi2 bila aku kerja part time jauh dari kampung. Kalau aku cuti pon, aku banyak habiskan masa dekat rumah. Tambah lagi, mak aku pon tak bagi aku keluar rumah, p jalan2 dengan kawan.

Aku rasa lagi hilang kawan baik aku bila N dan T langsung diamkan diri. Bila aku whatsapp, sepatah tanya sepatah jawab. Tambah lagi aku baru habis belajar tengah tahun ni. N dan T tahu aku dah habis belajar.

Sampaila suatu hari, N dan T ajak aku keluar. Kebetulan masa tu aku baru sahaja seminggu di rumah, aku tak dapat kerja lagi, atau kata lainnya, aku tak ada duit. Takkan la aku nak minta mak abah duit, semata mata nak seronok2 dengan N dan T.

Aku ada beritahu mak aku yang N n T ajak keluar. Mak aku cakap, “N and T ada ke duit nak belanja, kau pon takde duit. Tak payahla keluar habis2 duit je.”. So aku pon tolak la N and T untuk keluar sama2.

Since that day, kami langsung tak berhubung. Kadang aku ada jugak stalk dorang or nampak dekat story whatsapp yang N n T kerap keluar, pergi shopping sama2, makan makanan hispter, makan di kedai mewah.

Kadang aku pernah fikir, banyak pulak duit N n T keluar, sedangkan masih menganggur. Dari zaman kami belajar dulu, selalu up post makan mewah2. Sedangkan aku, nak makan pon berkira kira duit yang tinggal. Maybe itu rezeki mereka.

Mula2 aku terasa jugak bila dah tak ajak keluar, tapi aku cuba menidakkan untuk rasa sedih or cemburu tu. Sebab aku tahu tu semua salah aku, sebab aku selalu tolak ajakan N n T keluar.

Atas faktor masa, jarak dan kewangan aku terpaksa tolak mereka. Sebab itu juga, aku sangat, renggang dengan mereka sampai family aku tanya, dah tak kawan dengan dorang lagi ke. S

alah ke kalau aku tak lepak dengan kawan2. Aku sombong ke kalau tak bergaul dengan kawan2 aku. Aku ni berlagak kekat sebab tak keluar makan sama2. I just wonder many things pasal kawan ni.

Btw, alhamdulillah sekarang aku dah kerja, punya duit poket sendiri. Setakat ni komitmen aku tak banyak. Setakat nak ajak keluar boleh la aku teman, ada rezeki aku belanja.

Tapi nak buat macam mana, masa berlalu dan aku rasa aku hilang kawan. But it’s okay. Sebab bila aku teringin makan hipster sekarang, aku ajak family aku makan sama. Bila aku teringin shopping, aku ada family aku untuk teman.

Maybe aku hilang kawan, sebab aku takde masa untuk kawan2 aku. Tapi sebab aku takde masa la, aku appreciate sangat masa aku dengan family aku.

Aku just nak tahu, ada tak yang hilang kawan macam aku atas sebab salah sendiri. Bukan sebab tikam belakang.

Just doakan aku kuat dan dikelilingi orang yang memahami dan bersederhana dalam hidup. Plus doakan aku kuat, bila family aku tanya, “tak kawan lagi ke dengan dorang..”.

– Jun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *