Buntu Dengan Temuduga Gred 41

Hi dan Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Aku adalah peminat tegar ruangan ni selama ni. Jika admin siarkan, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Aku yakin ini akan membantu aku dan ramai lagi yang buntu dengan persediaan iv kerajaan.

Baru ni aku terbaca tentang peperiksaan online Gred 41, (https://iiumc.com/tips-lulus-peperiksaan-atas-talian-jawatan-spa-gred-41/).

Tetapi aku bukan ingin mengulas tentang peperiksaan online, aku cuma ingin bertanyakan pendapat ramai pembaca di dalam ini yang aku yakin sudah berpengalaman dan punya pengetahuan tentang temuduga gred 41. Aku perlukan pendapat dan tips semasa dan sewaktu hari temuduga,

Aku pelajar lepasan kejuruteraan dalam salah sebuah IPTA di Semenanjung Malaysia. Pendaftaran SPA online aku telah buat hampir lebih 10 tahun dan walaupun aku adalah penerima biasiswa, namun tidak sekalipun aku di panggil untuk hadir sebarang temuduga sejak aku graduate.

Sekarang tempoh umur aku untuk diterima masuk dalam kerajaan hanyalah tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum expired.

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, barulah spa memanggil untuk interview di bahagian dua kementerian. Temuduga dengan satu Kementerian baru ini aku gagal.

Kini tinggal satu lagi peluang untuk aku tebus kegagalan aku sebelum ini. Aku perlukan pendapat otai otai pekerja gomen untuk bantu aku lebih bersedia kali ini.

Aku bekerja dengan syarikat swasta selama ni. Bebanan kerja swasta sangat-sangat memakan jiwa, lagi-lagi bila kau adalah perempuan. Tapi Alhamdulillah aku survive bertahan makian dan tekanan kerja . Cuma aku terfikir untuk berkhidmat dalam kerajaan.

Ye aku tahu, kerja kerajaan juga bukan mudah tapi, sekurang-kurangnya bekerja dengan kerajaan akan terjamin ‘hayat’ kerja berbanding dengan syarikat swasta yang bila-bila boleh menggantikan kita dengan pekerja baru.

Soalan pertama aku:

1. Cara susun sijil.

Aku ada search online calon-calon lain cara mereka susun file untuk sijil-sijil original , Aku buat persediaan dengan melihat contoh terbaik mereka yang menyusun file ikut susunan yang spa email. Aku siap buat isi kandungan dan susun letak resume di dalam clear folder.

Tak cukup dengan tu, aku buat attached tajuk untuk mudahkan penemuduga melihat clear folder tu nanti (kekunun lebih kemas dan tersusun contoh SPM, Ijazah dan sebagainya.)

Tup tup.. bila sampai dekat kaunter amik nombor, wakil di kaunter bukak semua susunan file clear folder aku dan keluarkan semua resume aku, isi kandungan.. dan semua tajuk-tajuk yang aku dah susun elok-elok. Mana tak kelam kabut di suruh aku masuk balik ikut susunan baru.

Clear folder file kan kene masuk satu-satu kalau dah keluarkan yang depan, bermakna yang belakang semua kena pindah masukkan kedepan. Huru hara aku wei.

Ngam ngam aku siap masukkan (which is aku rasa macam dah tak tersusun sangat sebab masa dia tarik keluar dalam keadaan tak tersusun jadi dalam masa yang singkat aku dah tak sempat nak semak apa yang dia asing apa yang sepatutnya ada dalam tu) nombor aku naik, terus masuk dalam keadaan berdebar tahap gaban.

Salinan sijil yang perlu dihantar pada mereka tu aku siap buat cover depan pun mereka tak ambil, nasib la aku tak binding siap2 sebab aku tau mereka akan tengok susunan semula. Aku mati-mati ingat mereka hanya akan usik salinan untuk mereka sahaja.. tak sangka mereka usik sekali clear folder yang sijil ori tu..

Jadi aku nak tanya, korang pergi interview Gred 41 korang betul-betul letak sijil sahaja?Resume dalam clear folder tak perlu letak di depan sekali? Tak yah masuk bukti kerja tempat sebelum ni macam satu slip gaji or surat tawaran korang letak sekali tak? Apa lagi korang letak ? Boleh share??

2. Betul ke orang yang datang paling awal akan dapat kelebihan?

Aku ada baca orang yang datang awal which is yang dapat no giliran pertama tu akan dapat kelebihan dalam markah? Setahu aku pemakaian dan tatatertib cara masuk yang mempengaruhi kan? Boleh bantu aku betul ke kalau pakai name tag, markah dapat lebih?

3. Beribu yang datang Interview, betul kah sebenarnya mereka dah ada calon?

Aku antara yang hadir dengan penuh harapan peluang kerja di berikan. Aku tahu ramai calon yang lebih berpengalaman hadir sekali. Aku pernah di sarankan untuk cari kabel, tapi aku tak mahu ada syubhah dalam kerja yang aku mohon.

Aku percaya masih ada calon yang dapat sebab betul-betul rezeki mereka dapat jawatan tersebut dan bukan sebab mereka ada kabel. Aku ada dengar dalam ceramah andai guna orang dalam dan sekiranya ada calon yang lebih layak terpinggir sebab kite maka selama kite dapat gaji itulah, selama itu hasilnya tak pasti halal. Nauzubillah.. sahih atau tak Wallahuallam,

4. Contoh soalan -soalan temuduga?

Soalan yang macam mana yang selalu menjadi kegemaran penemuduga? Soalan macam exam PTD tu ke? Kene tahu semua dasar pentadbiran negara? Isu nasional? Ada contoh? Boleh aku dan calon lain buat persediaan awal.

Setakat ni dulu aku nak tanya pendapat. Harap dapat bantuan otai dan rakan-rakan di dalam ni yang pernah menjadi penemuduga atau ditemuduga atau pihak spa yang berada di kaunter. Aku percaya rezeki ni semua datang dari Allah. Jika memang di takdirkan rezeki kita, maka ia akan jadi milik kita.

Rezeki tak pernah salah alamat. Walaumacamanapun kita tetap perlu ikhtiar dan tawakal sepenuhnya.
Doakan rezeki aku dalam kerajaan ye. Moga Allah permudahkan semua urusan kita semua. Amin

– Ummi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *