Assalamualaikum.
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menyiarkan cerita ini.
Nama aku Ainna dan aku berumur 19 tahun.Aku mempunyai penyakit psoriasis.Penyakit ini bermula sewaktu aku berumur 14 tahun dan yang paling teruk terjadi sewaktu aku berumur 17 tahun.Tahun tu aku akan mengambil peperiksaan spm.Aku kerap ponteng sekolah alasannya aku malu.Aku malu kalau kawan kawan menegur kulit aku bertompok,bersisik dan berparut.Pernah sekali aku dituduh berkudis dan waktu tu lah aku mempunyai sikap rendah diri yang amat tebal.Aku tidak suka bergaul dengan orang-orang yang aku tak kenal sebab aku pasti mereka akan jijik apabila mengetahui aku berpenyakit.Silalah google apa itu psoriasis dan itulah keadaan diri aku yang sebenar.Aku anggap ini cabaran dalam menempuhi SPM aku juga anggap ini takdir.Ya takdir.Ini adalah penyakit genetik dalam family hanya aku dan sepupu aku yang terjadi.Bayangkanlah dalam seminggu persekolahan pasti aku akan ponteng juga.Dalam kelas aku tak selesa bila terlalu panas.mudah gatal.Aku pernah dapat amaran dan hampir dibuang sekolah.Tapi aku ini bukan kategori pemalas.Aku akan tetap belajar meskipun aku tak datang sekolah.Tamat SPM inilah kenangan buruk aku.Hampir 95 % badan aku ditumbuhi psoriasis.
Aku berjumpa dengan Pakar Kulit.Doktor pun terkejut sebab mula-mula aku berjumpa dengan Doktor kulit aku agak okay tapi kali ini makin teruk bukan, memang teruk!.Aku akan bertahan selagi aku boleh bertahan.Setiap kali bangun tidur aku akan menyapu sisik(keruping) dalam bilik.Melihat kulit aku yang bertaburan dia atas lantai hati aku berkecai.Kadang-kadang aku nak mandi & solat pun susah nak bergerak pun susah macam rasa kulit aku tertarik.Aku juga tak boleh terlalu sejuk badan aku akan menggigil mungkin disebabkan kulit aku yang nipis.Aku cepat naik marah dekat family aku kalau aku meminta pertolongan tetapi mereka buat cincai.Aku nak ikat rambut pun susah.Aku pernah melenting dekat adik aku sebab ikat rambut aku senget.Aku stress!. Hari keputusan SPM diumumkan kulit aku masih begitu aku pakai stoking dan sarung tangan untuk tutup kulit aku.Hanya muka sahaja aku biarkan.Alhamdulillah aku berjaya dapat 6A.Kawan – kawan aku agak terkejut sedangkan aku selalu ponteng sekolah.Aku bersyukur.
Selepas itu aku berjumpa pakar kulit dan berubat secara tradisional aku bertekad untuk sembuh sebelum aku memasuki tingkatan 6.Ubat dan krim aku pakai mengikut masa.Biarpun aku tahu ubat itu mengandungi steroid tapi biarlah asalkan aku sembuh.
Alhamdulillah berkat doa dan kesusahan aku kulit aku sudah sembuh.
Sekarang aku merupakan pelajar tingkatan 6 atas .Aku tahu suatu hari nanti penyakit tersebut akan datang semula dan masa itu aku akan bersedia dari segi mental dan fizikal.Akhir kata, bukan meminta simpati tapi doakan agar aku akan sentiasa kuat mendepani cabaran.
– ainnaS
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit