Cabaran Menyayangi Mak

Assalamualaikum. Aku baca luahan kawan-kawan yang teruji dengan sikap emak masing-masing. Rasa nak join the club share pasal mak dan aku.

Ingat hubungan suami-isteri je susah? Anak dan orang tua pun susah juga.. bagi kami yang kurang bernasib baik nilah. Tapi apa yang saya harapkan di akhir confession ni korang dapat doakan aku berjaya jadi anak yang baik.

Mak anak perempuan sulung dari keluarga miskin. Dia jadi tangan kanan nenek membesarkan adik2 dia seramai 15 orang. Bukanlah semuanya hidup, ada yang meninggal. Tapi memang mak akulah yang hadap kesusahan hidup dengan nenek.

Aku ingat lagi masa kecik dapur nenek aku kotor. Pinggan makan bertimbun2 tak dicuci. Tak tahulah makcik pakcik aku perangai macam mana tapi aku sendiri pernah duduk seharian cuci pinggan mangkuk mereka.

Untung mak kahwin dengan ayah aku seorang pembersih. Pembersihnya ayah aku sampai dia pernah ajak makan durian kat longkang luar rumah (longkang kering), sebab tak nak kotor kat dalam.

Mak selalu merungut ayah marah dia malas buat kerja, tak bersihkan rumah, etc. Aku ni membesar di asrama so tak tahu sangat kebenaran perkara tu. Layan je la bila mak mengadu.

Dah dewasa ni aku tinggal sorang belum kahwin dan lebih banyak masa jenguk orang tua. Aku makin jelas dengan sikap mak sendiri yang selama ni aku tak sedar.

Mak aku memang bukan perempuan yang rajin berkemas tiap2 hari sapu sampah lepas makan, tiap petang menyapu kat luar macam makcik kampung tipikal. Mak lebih banyak habiskan masa di mesin jahit dia, tak pun depan TV.

Kadang ngeri aku tengok badan mak yang obes duduk selambak depan TV. Mak sihat tak ada sakit apapun, alhamdulillah. Tapi kurang bergerak tu buat badan mak membesar bak juara.

Mak pernah mengadu vakum kat rumah tu besar dan berat, buat dia penat nak vakum. Kami adik-beradik kumpul duit belikan vakum kompak yang ringan (kami masing2 susah, nak beli vakum pun kena tong duit). Tapi dah ada vakum ringan pun sama juga rumah kotor.

Aku nampak kat situ bukan masalah vakum sebenarnya. Tapi mak memang malas bersihkan. Aku masa tu kerja & duduk KL. Kesian aku tengok rumah kotor camtu, aku balik tiap2 minggu bersihkan rumah.

Rumah mak abah aku tu rumah batu besar di kampung. Style rumah lama ni ada batu lubang udara di atas tingkap menyebabkan banyak binatang kecil masuk.

Tambah pulak rumah sunyi mak ayah aku berdua je. Tupai berlari-lari kemain happy dari hall ke dapur lepastu tinggalkan ‘hasil’ dia bersepah-sepah. Dengan koleksi tahi cicak sepanjang dinding dan bawah perabot. Belum kira habuk dari highway belakang rumah.

Belum lagi sikap mak aku sendiri yang suka tinggalkan sisa kat mana dia duduk. Kalau siang sayur depan TV, ada la habuk2 sayur bertabur kat situ sampai kering, dipijak2 merebak ke tempat lain. Kalau siang ikan, adalah percikan2 darah di dinding dan lantai dibiar jadi mural.

Peti ais mak jangan cakaplah. Mak suka simpan makanan. Simpan pula tak bertutup, jadi makanan banyak tumpah dalam peti ais. Bau dia Ya Allah. Aku memang takkan bukak peti ais kecuali terpaksa. Kalau bukak peti ais kena tutup pintu bilik sebab baunya akan merebak semerbak.

Korang mesti fikir kenapa aku tak bersihkan je? Aku pernah. Prosesnya hampir buat aku lemas sebab asyik tahan nafas. Satu lagi bila aku bersihkan, aku akan buang banyak benda dalam tu. Mak pula sakit hati. Jadi sebaiknya aku kurangkan usik peti ais mak.

Aku nampak mak sebenarnya pengemas juga, tapi kotor. Barang2 nampak kemas elok tersusun tapi bila pergi dekat kau akan nampak benda yang tersusun tu kotor.

Contohnya pinggan mangkuk tersusun di rak masih berminyak bau lauk, sisa makanan keras di sudu dan senduk, sisa nestum dan kopi dalam cawan. Barang lama bersusun di sudut dinding sampai jadi tempat tikus beranak.

Mak pula ada tabiat tak suka rumah terang. Jadi tingkap2 rumah memang sentiasa tertutup. Pintu dapur je buka kalau ada orang di dapur. Bayangkan rumah yang aku sebut di atas, ditambah suasana gelap dan tiada aliran udara.

Serius penat bersihkan rumah ni. Tapi masa tu aku anggap senaman je. Sebenarnya stress ok sebab aku je yang nak jaga kebersihan tapi orang dalam rumah tidak.

Aku cuba sabar. Kerana aku sedar aku tak kuat bonding dengan orang tua sebab dari kecik darjah tiga dah masuk asrama sampailah ke U. Dah kerja tu baru ada banyak masa dengan mereka so layan je la kerenah mereka.

Ayah pula jenis suka buat jamuan jemput kawan & keluarga makan di rumah. Jamuan tu bukan pakai katering ok. Aku & mak la kena masak, hidang, bersihkan lepas tamu balik. Kadang aku terpaksa duduk dapur je tak jumpa tetamu langsung sebab tak larat.

Dari alih perabot, bentang karpet, vakum, tolong mak masak, keluarkan pinggan mangkuk, hidang, basuh pinggan periuk lepas jamuan, vakum, gulung simpan karpet dan alih perabot kembali ke tempat asal, itu la kitaran kerja aku setiap kali ada jamuan.

Aku ni tak sado pun, pendek je 151 cm dengan berat 47 kg. Ko rasa aku boleh berdiri tegak lagi lepas buat semua tu?

Ayah tau jemput orang lepas tu dia masuk lepak tengok TV dalam bilik sampai majlis selesai dan rumah kembali sepi.

Aku cakap dengan mak, aku penat tak larat buat dah. Mak jenis tak berani bersuara. Dia ignore je aduan aku dan layan juga kehendak ayah.

Last2 aku terpaksa bertindak kejam dengan tak balik ke rumah bila jamuan. Aku biar mak buat kerja sorang2 sampai dia sendiri tak larat, barulah dia reti protes kat ayah. Ayah pun baru reti slow down buat jamuan.

Selain masalah kebersihan ni family aku sebenarnya tegang sebab ayah aku abusive. Tu cerita lain. Yang pentingnya aku membesar dalam keadaan tertekan dan tak pandai social sk1ll, tak tahu nak handle stress dan uruskan tekanan.

Kerja aku masa tu memang bidang yang stress, ditambah cabaran dengan perangai mak ayah aku ni akhirnya aku breakdown. Aku berenti kerja dalam masa yang sama stop berkhidmat kpd mak ayah. Kepala jadi tak betul dan kerja pun bertukar ganti.

Fast forward, sekarang ayah aku dah takde. Aku balik duduk rumah tua ni dengan mak. Bagi aku rumah ni terlalu besar, banyak ruang tak diguna dan hanya mengumpul kotoran. Belum lagi dinding2 yang retak dan mendap dimamah usia. Bumbung rekah dan bocor bila hujan.

Aku ajak mak robohkan bahagian2 tak perlu yang dulunya ditambah (extension). Aku nampak ada risiko dia tarik dinding yang lain pun runtuh. Mak enggan, dia kata nanti rumah sempit. Padahal rumah aku ni ada dekat 2000sqft.

Sikap sambil lewa menjaga kebersihan pun masih berterusan. Cuma sekarang ni aku dah berani tegur mak. Sejak kena d3pr3ssion tu aku jadi pentingkan perasaan sendiri dan kurang hormat perasaan orang lain.

So aku lantang sikit la tegur mak bersihkan peti ais, jangan meludah merata-rata, tangan kotor lepas makan jangan pegang sana-sini.

Vakum dan lap rumah tetap aku yang buat, cuma aku lebih tegas minta mak jaga kebersihan. Kebersihan. Bukan hanya kemas tapi kotor. Dulu aku cakap baik2 mak tak ambik pusing. Sekarang aku tegur direct je baru nampak mak ambil serius.

Pernah aku cuba tolerate dengan kekotoran rumah ni. Aku tak bersihkan, tak buat apa-apa dan rileks je terima rumah ni seadanya. Sikit-sikit tahi cicak dan habuk aku buat tak nampak jer. Tapi orang lain datang pulak sibuk kutuk aku tak bersihkan rumah. Dia tak tahu apa yang orang rumah ni dah buat kat mental aku.

Memang betul orang kata, anak takkan tahu perangai sebenar mak sampai ayah meninggal. Itulah yang aku hadapi. Aku tahu perangai dan aib2 ayah sebab mak suka mengadu.

Tapi ayah tak pernah buka aib2 mak yang tersembunyi antara mereka berdua. Sekarang ayah dah tak ada baru aku tahu. Dan rasa bertambah mencabar nak sayangi mak aku.

Bila korang baca kisah anak2 komplen mak bapak macam ni, nilailah baik2 anak tu memang spoiled brat ke atau dia dah cuba yang terbaik. Perangai parents ni baik yang mengadu-domba atau pengotor or whatever.

Kalau sampai efek pada anak-anak tu memang bukan benda biasa yang cukup dinasihat dengan sabar. Kalau tak tahu nak nasihat apa elok doakan je lah dorg kuat hadapi dan jangan kita pula jadi parents begini. Atau anak korang dapat mertua begini.

Kalau ada pembaca yang senasib dengan aku, mungkin korang boleh tingkatkan hubungan dengan parents dan bina persefahaman dalam benda yang korang tak setuju tu.

Korang dah cuba yang terbaik. Korang tak lari biarkan mak bapak pun cukup bagus. Tapi mungkin kena explore lagi cemana cara nak hidup sama2 dengan harmoni.

Sekian…

– Saiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *