Cadangan Tips Haji

Salam semua. Tiba2 terpikir pulak tentang benda ni. Tujuan confession ni hanyalah untuk mendapat pandangan dan pendapat semata2. Jangan berikan kecaman atau apa2 kata2 yang boleh menyinggung perasaan. Biarlah confession ni jadi manfaat kepada kita semua.

Selalunya bila pergi haji, macam2 orang akan fikir dan selesaikan dulu. Tips2 ni banyak terdapat di dalam blog2 tentang pelbagai perkara seperti bayaran bil, jagaan rumah, jagaan anak2 kecil, jagaan binatang peliharaan dan macam2 lagi.

Disini saya cuma nak luahkan dan diharapkan setiap pembaca dapat letak diri sendiri dalam situasi yang akan saya berikan nanti. Ibarat macam letak diri kita sebagai watak ni. Ingat jangan kecam sebab setiap orang ada lain2 masalah dan setiap orang terdapat macam2 situasi. Ok kita mulakan sekarang.

Katakanlah yang kita ada anak2 terutamanya jika anak tu anak perempuan tunggal tapi bukan kecil lagilah tapi dah besar, umur 20 tahun. Baca dengan sabar ye semua. Bila anak perempuan mesti susah nak tinggalkan sorang2 kan sebab bahaya? Nak hantar kampung atau keluarga tapi semua tak boleh tumpangkan (anggap je lah macam tu). Ok jadi kita tinggalkan dia sendiri dekat rumah sebab dia tengah cuti sem. Kalau tengah belajar senang sebab boleh tinggalkan dekat universiti tapi ni tengah cuti.

Masalah kedua makan. Mesti semua kata dah besar mesti kena masak sendiri. Tapi katakanlah dia tak reti masak. Jangan kecam. Dia bukan tak reti tu maksud dia masak tak sedap tapi dia macam trauma bila tengok api, gas dan benda tajam. Dia akan fikir macam2 yang buruk. Mungkin ada yang kata dia boleh call deliverykan? Tapi tak selamat kalau selalu call nanti orang tahu yang dia duduk sorang.

Masalah ketiga. Nak suruh dia keluar bawak kereta beli makanan? Tapi dia tak ada lesen. Nak suruh dia keluar jalan kaki atau naik bas? Dia tak reti dan takut. Kedai2 pulak jauh. Jadi macam mana tu? Macam mana pulak kalau kelengkapan dia dah habis atau dia sakit ke? Kawan2 pulak semua duduk jauh2. Jiran2 tak boleh diharapkan. Dia pulak jenis yang pendiam, pemalu, penakut dan jarang keluar rumah. Bayangkan macam cerita2 kartun disney tu.

Lagipun zaman sekarang bahayanya tak sama dengan zaman dulu. Dulu kalau keluar sorang tak bahaya. Kadar jenayah rendah. Persekitaran aman. Semua jiran kenal. Kalau dulu nak bawak kenderaan tak setakut dan sukar macam sekarang. Dulu kereta tak banyak dan bawak secara berhemah. Pemandu sekarang tak boleh nak agak.

Saya sebenarnya bukan nak berfikiran negatif ke apa. Saje saya nak ajak kita semua fikir jalan penyelesaian. Bayangkan jika ada wujud orang yang malang macam ni. Jangan pulak pembaca sibuk nak kecam kekurangan dia sebab jika kita tak pernah jadi/tak mengalami/tak dilahirkan macam tu ataupun tak berfikiran singkat macam tu.

Jangan kutuk watak ni tanya kenapa dia tak belajar, cuba berdikari ataupun jangan mengada2 ke apa sebab saya selalu perhati manusia sekarang banyak macam ni. Bukannya membantu atau bagi kata semangat malah menjatuhkan lagi semangat seciput yang ada. Mesti dalam banyak2 pembaca ada yang mengalami perkara macam ni tapi malu nak tanya atau mengaku.

Mesti pembaca pernah tengok filem2 yang heroin dia malangkan? Tapi dalam cerita tu ada hero. Dalam situasi ni kehidupan yang sebenar. 11/2

– Manusia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit