Cahaya dan Kegelapan

Cahaya dan Kegelapan

Saya merupakan anak kelantan dan seorang graduan dari Universiti Teknologi Petronas. Tujuan saya confess ini untuk berkongsi pengalaman dalam hidup saya dimana hanya menunggang ilmu tanpa adanya title.

Bila dekat universiti berusahalah untuk membina academic, softskill dan leadership dalam diri. Ini semua adalah perkara yang dapat membantu kita selepas grad dari universiti ( network ). Juga selepas grad berusahalah untuk meningkatkan hand on skill secara multi tasking. Kerana ini juga mampu menjadi networking dalam dunia pekerjaan kita.

Saya lihat ramai graduan kini. Selepas grad dari universiti mereka suka menyalahkan pihak – pihak tertentu bila susah nak dapatkan kerja. Sedangkan dalam waktu yang sama diri mereka itu hanya ada sekeping ijazah sahaja. Apatah lagi ada sesetengah individu ini. Selepas grad degree tak mampu nak survive kan diri. Akibatnya menyambung pelajaran ke peringkat master.

Selepas grad master sahaja pun tidak reti nak survive kan diri. Akibatnya menyambung pelajaran ke peringkat PHD dengan tujuan lepas grad mampu menjadi lecturer. Tapi masalahnya jenis yang ada hanya sekeping ijazah ini. Belum tentu dirinya berkelayakan untuk menjadi lecturer. Kerana ada sahaja graduan PHD speak in english pun grammar masih berterabur.

Malah ramai juga yang tidak tahu sesungguhnya universiti ini hanya ladang untuk kita bercucuk tanam ( menuntut ilmu ) dan hanya sebuah tempat untuk kita menuai usaha sahaja. Bahkan ramai juga yang beranggapan universiti itu adalah sebuah gudang percetakan untuk tiket pekerjaan.

Confession saya ini berdasarkan perjalanan hidup saya dulu ketika bergelar seorang mahasiswa kejuruteraan dan bergelar seorang graduan kejuruteraan.

Degree 1st Class in Mechanical Engineering

Ketika saya grad dari universiti dulu malaysia dalam keadaan ketirisan ekonomi. Ketika itu juga begitu sukar nak dapatkan pekerjaan yang setaraf dengan apa yang saya ada. Untuk hindari diri dari dibelenggu dunia pengangguran. Saya membina jalan solusi dengan hidup secara survival.

Hasilnya seperti ini.

1. Restoran

– Cleaner
– Pembancuh air minuman

Kenapa saya bekerja sebegini rupa ? Ini kerana diri saya ketika itu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam disiplin pekerjaan. Walaupun bukan berada dalam sektor berkaitan. Saya beranggapan nilai yang ada pada disiplin pekerjaan itu juga akan memajukan diri saya pada masa mendatang.

2 . Perladangan

– Pemetik buah koko

Disini dulu saya bekerja dengan company cina. Dekat sini juga saya mempelajari untuk fight terhadap sikap racist cina dengan menguasai kemahiran berbahasa cina dalam 50 %.

3. Shipyard

– Helper
– Fitter
– Technician
– QC
– Engineer

Dekat sini saya mampu hasilkan pelbagai certificate untuk kerja – kerja mechanical. Antaranya Robotic Oxy – Acetylene and Plasma cutting, structure welding, piping welding dan NDT Inspection.

Kenapa saya bermula dari bawah ?

Diri saya beranggapan nak jadi seorang engineer yang berkaliber ini perlu seiring antara knowledge dan skill. Malah ketika itu juga dalam diri saya ini 70% adalah ilmu dan 30% lagi adalah kemahiran. Jadi disebabkan itu saya bermula sebagai mechanical helper.

HR yang IV saya dulupun suka dengan tindakan saya. Kerana terang – terang saya mengakui ingin bermula dari posisi non skill walaupun seorang pemegang degree in engineering.

Kenapa certificate saya banyak ?

Ini untuk market salary.

Sebelum minta gaji yang tinggi – tinggi lihatlah dahulu apa kelayakan yang kita ada.

4. Oil and Gas

Onshore
– QC

Dekat sini juga saya bekerja dengan company cina. Ketika saya masuk itu diri saya ini sudah ada hand on skill dan softskill yang tinggi. Jadi Mereka tak berani nak bersikap racist dengan saya sebab saya tak pernah tunduk dekat mereka.

Semasa saya dalam proses IV dulu. Setiap kali ditanya oleh HR dalam bahasa mandarin saya tetap jawab dalam bahasa melayu. Apabila ditanya kenapa saya tidak bercakap dalam mandarin. Saya just jawab saya ini bekerja di malaysia dan saya juga orang melayu .

Egokan saya berani berhujah dengan HR begitu.

Lalu saya tanya HR, untuk meningkatkan produktiviti secara komprehensif adakah lemah dalam penguasaan bahasa mandarin itu adalah satu faktor atau ia dipengaruhi oleh 4 perkara .

1. Attitude
2. Knowledge
3. Skill
4. Creativity

Akhirnya HR itu diam. Apa jawapan dari HR itu ?

4 hari kemudian dia call suruh saya datang lapor diri.

Offshore
– Inspector

Dekat sini saya mampu hasilkan 2 certificate. Iaitu NDT Diver Inspection dan NDT Rov Controller .

5. Education

– Tutor untuk subjek physic dan add math.

6. Babysitter

7. Domestic engineer ( surirumah )

8. Agriculture

– Hydroponic dan Aquaponic Farmer.

Dalam sektor apa jua yang saya bekerja. Ilmu yang ada pada degree in engineering saya itu tidak pernah sesekali hilang. Apatah lagi diri saya ini sentiasa menjaga nama baik individu dan tempat saya memperolehi ilmu dulu.

Hidup saya juga tidak pernah takut dengan sikap racist dari bangsa cina. Kerana falsafah hidup saya mengatakan kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok. Sebab itu hidup saya ini sentiasa memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang .

Dalam banyak – banyak kerja. Sektor agriculture lah yang paling saya suka.

Kenapa ?

Saya study dalam bidang kejuruteraan. Saya menuntut ilmu itu untuk hidup bukan untuk kerja .

Kenapa saya kata begini sebab zaman sekarang adalah zaman job creator bukan lagi job seeker.

Boleh dikatakan aktiviti pertanian ini adalah penyumbang solusi ketika saya hadapi masalah.

Sejak dari zaman saya jadi technician lagi. Sudah berjinak – jinak secara kecil – kecilan dalam melakukan aktiviti pertanian di depan dan belakang rumah. Aktiviti ini banyak dibangunkan menggunakan botol – botol minuman. Dari hasil pertanian itu dapatlah untuk dibuat memasak ( save budget ).

Selepas saya berkahwin dengan seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Saya terpaksa korbankan cita – cita saya untuk memberi laluan kepada isteri saya di hospital. Untuk mencari pendapatan hidup saya yang baru. Saya memilih untuk terjun dalam bidang agriculture.

Saya operasikan aktiviti pertanian ini menggunakan 2 kaedah iaitu hydroponic dan aquaponic secara automated system.

Sistem hydroponic ini saya bangunkan dengan 5 sistem. Iaitu nutrient film technique, drop water culture ( DWC ), wick system, Ebb and Flow, Drip System dan kini tengah dalam fasa kajian untuk membangunkan sistem aeroponic pula.

Saya bangunkan aktiviti ini dengan mengabungkan 2 sistem iaitu sistem pertanian modern dan sistem kejuruteraan. Sistem kejuruteraan itu merangkumi solar, electronic, electrical, mechanical dan computer.

Perkara ini telah memudahkan hidup saya dari bekerja seminggu 5 kali. Kini hanya bekerja seminggu 3 kali.

Jadi pesan pada diri, mak – mak, mak cik2 dan pak cik. Jangan sesekali memandang rendah pada bidang pertanian.

Justeru, selepas grad mohon meletakkan knowledge di depan tanpa adanya title. Kerana bila hidup dengan title hidup kita akan menjadi sempit. Tapi bila kita hidup dengan knowledge ia mampu melestarikan hidup kita dalam apa jua keadaan.

Terima Kasih.

– Frogman

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit