Cahaya Petunjuk Keimanan

Assalammualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan coretanku yang pertama. Kisah yg kedua ini mungkin agak panjang bagi para pembaca namun niatku berkongsi cerita ini agar dapat dijadikan pedoman hidup kita semua. Insha Allah.

Bismillahirrahmanirrahim…

Untuk coretanku yg pertama, ianya merupakan pengenalan kisah hidupku menjumpai hidayah Allah di tengah tengah pencarianku mencari agama dan Tuhan yg sebenar benarnya.

Setelah aku semakin yakin dengan status aku sebagai seorang muslim, aku mula berhati hati dalam melakukan setiap perkara dlm hidupku. Memandangkan kini ahli keluargaku semakin kerap beribadat, maka ketika hari ibadah tiba dalam agama kelahiranku, mereka akan bersemangat di awal awal pagi. Org tuaku akan mengejutkan kami adik beradik utk bangun awal utk pergi ke tempat beribadah.

Kalau aku tak silap, aku mendapat hidayah pada hari malam hari Selasa dan hujung minggu itu, ketika org tuaku mengejutkan aku utk turun bersembahyang, aku memberikan alasan bahawa aku berasa kurang sihat. Itulah minggu pertama aku bergelar sebagai seorang muslim. Dan semenjak dari saat itulah keimanan aku sering kali diuji. Allah uji tanda sayang kan?

Pertama kali aku diuji dengan makanan. Dlm islam ada beberapa makanan yg diharamkan dan utk itu pula Allah menguji aku apabila makanan yg diharamkan merupakan makanan kegemaran keluargaku sejak dari zaman aku lahir lagi. (Di sini aku tidak akan menyebut apakah makanan tersebut kerana spt yg aku jelaskan di coretan pertamaku, aku mahu menjaga sensitiviti keagmaan. Hanya yg pernah berada di situasi aku dan yg pernah mendengar kisah kisah spt aku sahaja yg akan benar benar faham dgn maksudku sensitiviti itu. Ini kerana, ada beberapa tempat di Malaysia apabila melibatkan agama, ianya sebuah isu yg begitu sensitif. Okay, aku tak mahu sentuh hal itu.)

Sebelum aku mendapat hidayah, aku sudah maklum akan pengharaman makanan tersebut. Sebab dlm buku agama kelahiranku juga ada mention ttg beberapa makanan yg haram utk dimakan juga. Jadi, sewaktu aku masih menjadi penganut agama kelahiranku yg taat dulu, aku sudah mula menjauhi sedikit demi sedikit makanan haram itu. Malah, aku ingat lagi aku pernah menunjukkan kpd ahli keluargaku ayat2 dlm buku ibadah ttg makanan yg diharamkan. Namun, mereka tidak mengendahkan aku.

Seperti yg aku katakan, makanan itu merupakan makanan kegemaran ahli keluargaku. Setiap kali ianya dihidangkan, aku memang tidak akan sentuh langsung makanan tersebut. Ketika ini ahli keluargaku cool sahaja dgn kelakuanku dan tidak mengesyaki apa apa.

Aku sedar ketika ini, aku sudah berusia 18 tahun dan memiliki kebebasan utk beragama. Namun, dek kerana org tuaku yg tegas, aku takut utk memberitahu perkara yg sebenar kpd mereka. Tambahan pula, aku bercadang utk meneruskan pelajaranku di tempat yg jauh dari keluarga.

Ujian kedua pula ialah setiap kali tiba harinya utk beribadah. Aku tahu aku tidak mampu utk menggunakan alasan yg sama setiap minggu, jadi aku turutkan sahaja ahli keluargaku utk pergi sembahyang. Dalam hati saat ini, hanya Allah sahaja yg tahu. Ketika ini, aku hanya tahu beristifar dan mengucap kalimah syahadah sahaja. Jadi, setiap kali aku berada di rumah ibadat, aku tidak putus2 beristifar dan mengucap. Aku memang ikut sahaja setiap pergerakan mereka namun aku tidak sesekali bersama mereka mengucapkan doa dan juga menyanyi memuji Tuhan mereka.

Berita keislaman ku itu sudah semestinya Jenab lah hamba Allah pertama yg aku khabarkan. Betapa dia begitu gembira dan agak terharu dgn penghijrahanku. Tidak putus2 dia memberikan aku kata2 semangat dan sentiasa mesej aku tentang doa2 yg perlu aku pljari. Akanku tulis semua, ya semua doa2 agama, cara2 mengambil wudhuk, nama2 nabi yg perlu aku hafal, amalan2 wajib yg Jenab ajarkan di sebuah buku kosong. Kiranya hampir separuh juga buku itu penuh dgn nota2 ilmu yg Jenab kongsikan kepadaku. Ketika ini, result SPM telahpun keluar dan aku hanya menunggu tawaran meneruskan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi lg.

Jenab lah yg banyak membantu aku walaupun hanya melalui mesej sahaja. Hendak berjumpa susah juga kerana ketegasan org tuaku. Tetapi, memandangkan org tuaku maklum akan persahabatan kami, jika ada masa terluang, Jenab sendiri yg akan dtg ke rumah ku awal2 pagi. Alasan aku kpd org tuaku, aku rindu sahabat baikku itu. Lagi pula, agak bosan tinggal di rumah tanpa teman. Jenab dtg ke rumahku bukan dgn tgn kosong ya. Hamba yg dirahmati Allah itu membawa beberapa helai tudung bawal kerana waktu ini shawl belum popular lagi rasanya, dan beberapa buku keagamaan termasuk tafsiran al quran.

Selesai sahaja aku membuat kerja2 rumah, Jenab akan mula mengajar aku tentang islam dan menceritakan kpdaku ttg keindahan agama Allah itu. Jika ada waktu yg terluang pula, Jenab akan mengajar aku cara memakai tudung. Sungguh aku berasa teruja sekali utk memakai tudung kerana sebelum ini aku hanya mampu melihat sahaja para muslimah memakainya. Jika dahulu sewaktu aku masih diriku yg belum menemui hidayah Allah, aku hanya ingatkan muslimah memakai tudung utk identiti agama mereka sahaja. Sekarang ini, baru aku sedar betapa bernilainya mahkota perempuan muslim terutamanya sehingga perlu dijaga daripada pandangan ajnabi. Alhamdulillah.

Seingat aku, hanya 2 kali sahaja Jenab berkesempatan utk dtg ke rumahku ketika minggu persekolahan di mana hanya aku sahaja yg tinggal di rumah ketika itu. Jenab meminjamkan aku beberapa buku agama termasuk juga tafsirannya sekali. Antara buku agama yg dia pinjamkan seingat aku ialah buku pilihan nama nama bayi dalam islam.

Para pembaca sekalian, sejujurnya utk nama islam aku, aku terlebih dahulu telah memilih namaku sebelum aku mendapat hidayah lagi. Nama tersebut aku ambil dari drama tv. Memang agak lawak bunyinya namun itu merupakan antara cara cara Allah bukakan hatiku utk menerima agama Islam sebagai agamaku. Ketika itu, nama tersebut begitu indah bagiku meskipun aku tidak mengetahui maksudnya. Aku sentiasa menghafal nama tersebut dalam otakku walaupun aku tidak pasti di manakah aku akan menggunakan nama itu nanti.

Ternyata, rancangan Allah begitu indah bukan? Jadi, sebaik sahaja Jenab bertanya kepadaku akan nama baru ku, laju sahaja aku menjawab nama islamku. Jenab gembira dengan pemilihan namaku itu kerana maksudnya sungguh mendalam dan tepat dengan kisah penghijrahanku.

Setiap malam, sebelum tidur aku akan baca tafsiran yg Jenab pinjamkan. Itupun puas aku menyembunyikan buku2 tersebut dlm bilikku kerana org tuaku juga jenis yg suka membuat pemeriksaan mengejut bilik anak2. Memandangkan aku tidur dgn adik perempuanku, pernah suatu hari dia bertanya kpdku buku apa yg aku baca mlm2. Pada mulanya aku mahu merahsiakan namun memandangkan adikku itu belum lagi akil baligh dan masih berusia dlm lingkungan 8-9 tahun, aku menjawab ianya buku tentang agama islam. Aku mula menceritakan serba sedikit kepadanya minatku ttg agama itu.

Aku risau juga jika adikku itu mengadu kpd org tuaku namun soalannya buat aku tersentuh dengan keprihatinannya terhadapku,
” Kak, nanti akak sembahyang ada pakai kain tu kan? Akak nak sembunyikan di mana kain sembahyang tu nanti? ”
Kain yg adikku maksudkan di sini ialah telekung. Soalannya diajukan sedemikian kerana adikku itu juga faham kalau yg muslimah kalau nak sembahyang biasanya bertelekung. Aku diam memikirkan jawapan utk adikku itu.
‘Betul juga katanya. Jika buku2 Jenab tu takpalah kalau aku sembunyikan. Tak lama lagi aku pulangkan balik’ fikirku.
Adikku yg mungkin melihatku masih berfikir terus berkata,
” akak boleh sembunyikan di bawak tilam sy. Ibu jarang2 check tempat sy. ”
Allahu! Sungguh aku tersentuh dgn jwpn dan tawaran adikku itu. Biarpun usianya masih mentah namun dia tahu apa yg aku simpan sebagai rahsia begitu teruk kesannya jika diketahui oleh ahli keluargaku.

Aku ditawarkan utk menyambung pelajaranku di sebuah kolej kerajaan. (Tidak perlu aku mention di mana kerana aku mahu menjaga identiti diriku dan beberapa individu yg bakal terlibat dlm coretanku ini.) Rakan2 sekelasku membuat reunion sempena dgn kjyaan beberapa org dari kami sekelas yg berjaya ditawarkan menyambung pelajaran. Pada ketika inilah dgn berat hatinya aku memulangkan buku2 pinjamanku dari Jenab terutama sekali tafsiran. Aku begitu suka membaca tafsiran kerana ianya seperti sebuah buku cerita.

Sehari sebelum aku pergi ke kolej itu, Jenab menghadiahkan aku sebuah buku tafsiran al quran. Dibalutnya dengan kemas dan cantik sekali buku itu. Pada awalnya dia mahu aku meneka apakah isi di dlmnya namun aku tahu ia sebuah tafsiran kerana Jenab pernah berjanji utk menghadiahkan aku sebuah. Org tuaku pula balik2 bertanya kenapa tidak dibuka balutan itu sebaik sahaja Jenab memberiku bungkusan tersebut. Mereka betul2 teruja dan ingin tahu apakah kandungan isi bungkusan Jenab berikan. Namun aku hanya memberikan alasan ianya mungkin sebuah novel dan aku bercadang utk membukanya sebaik sahaja tiba di kolej nanti.

Dipendekkan cerita, aku dan org tuaku selamat tiba di tempat kolejku berada. Namun masih belum pergi ke kolej kerana hari mendaftar adalah esok pagi. Malam sebelum kami berangkat, betapa gugupnya aku untuk menyembunyikan hadiah Jenab dalam bagasiku. Aku begitu bimbang org tuaku akan memeriksa isi kandungan bagasiku. Kami bertiga menginap di hotel dan menyewa bilik dengan katil yg bersaiz queen utk 3 org tidur.

Ketika itu, ibuku baru selesai mandi dan mencari sikat. Aku jawab sikat ada di atas meja solek. Kebetulan pula sling bag ku dalam keadaan terbuka dan turut berada di meja solek. Aku menyimpan buku nota agamaku dlm beg itu. Aku rasa kalian pasti dpt meneka apa yg terjadi bukan?

Ya, ibuku melihat buku notaku itu lalu mengambilnya dari beg aku dan mula membacanya. Ketika ini, dirasakan lemah hampir seluruh tulang badanku dengan penemuan buku notaku itu. Ibuku membelek2 setiap halaman di buku ku dan mula bertanya.
” buku apa ni? ”
Aku diam. Ibuku bertanya lagi dan ayahku pula sudah mula tertarik dgn situasi aku dan ibuku. (Ketika ini, kalau aku tak silap, ayahku sedang sibuk membaca sebuah majalah.)
” Siap ada tulis cara2 mengambil wudhuk lagi. Buku apa ni, Nhia? ”
Nada suara ibuku mula bergetar.

Dan malam itulah bagiku merupakan malam terpanjang dalam hidupku. Aku ingat lagi ujian Allah itu bermula pada pukul 10 malam kerana aku sempat melirik jam beberapa minit sebelum kejadian itu berlaku.

Org tuaku bagaikan tidak percaya dgn penemuan mereka tentang aku. Mereka benar2 terkejut. Marah? Usah dikatakan lagi kerana mereka siap mengugut utk membunuhku sekiranya aku masih berniat utk meneruskan hajatku itu. Segala jenis kata2 makian dan hamunan aku terima malam itu dari mulut insan yg telah melahirkan aku dan menjaga aku sehingga ke saat ini. Ibuku berkata jika aku benar2 mahu berhijrah dan meninggalkan agama keturunan kami, dia mahu mati dahulu daripada melihat aku menjadi org lain. Allahu… Hati anak mana yg tahan mendengar ayat itu dari wanita yg telah mengandungkannya selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan anaknya? Ayah mula menceritakan mimpi2 yg dialaminya beberapa hari sebelum kmi bertolak. Ayah kata kali pertama, ayah bermimpi dirinya sedang membetulkan songkok di kepala. Namun walaupun beberapa kali beliau membetulkan songkoknya itu, masih juga kelihatan tidak betul di atas kepalanya. Mimpinya kedua pula beliau melihat aku berjalan ke masjid sambil memimpin tangan adik bongsuku. Ya aku tahu sebagai seorang muslim, memang aku tidak patut percaya pada mimpi namun semua yg terjadi atas kehendak Allah dan Dia benar2 sedang menguji keimananku.

Aku menangis. Ibu menangis. Ayah hanya mampu menggeleng kepala tanda beliau begitu kecewa dengan aku. Ibuku mula teringat akan hadiah yg Jenab berikan dan mula meminta aku utk memberinya. Ibu tahu aku ada bawa kerana awal2 lagi aku kata mahu membawanya ke kolej. Dengan berat hati dan perasaan yg gugup, aku perlahan2 memberikan ibu hadiah Jenab itu. Ibu mula membuka balutan hadiah Jenab dan terserlah lah di tangan ibu sebuah tafsiran al quran.

Org tuaku menyalahkan Jenab. Kata mereka Jenab yg membawa aku masuk agama Islam. Namun ketahuilah bahawa, aku bukanlah lembu dicucuk hidung yg ikut sahaja kata2 sahabatku seandainya benar sangkaan mereka terhadap Jenab. Aku sendiri yg memilih utk kembali ke agama Allah. Tanpa paksaan dari siapa2. Ketika mereka menyalahkan Jenab, aku tidak mampu utk mempertahankan dirinya kerana aku begitu takut akan org tuaku. Sememangnya dari kecil lagi, aku tidak pernah membantah org tuaku walau sekalipun. Ujian Allah kepadaku itu tamat pada pukul 2 pagi. Bayangkan selama 4 jam Allah uji aku dengan kemarahan org tuaku yg membantah sekeras2nya niatku. Malahan hadiah Jenab dan buku notaku pun mereka ambil. Setelah selesai semuanya, sebelum tidur aku sempat masuk ke bilik air dan aku menatap wajahku di cermin. Mataku bengkak kerana menangis. Aku mula bertanya kepada driku sendri. ‘Betulkah keputusanku ini?’
Hatiku masih yakin kepada Allah dan aku berusaha untuk cuba mengambil semula hati org tuaku dan kepercayaan mereka.

Hampir2 sahaja mereka membawa aku balik semula ke rumah kami pada keesokkan harinya daripada mendaftar. Org tuaku begitu takut sekiranya aku akan kembali berminat kpd Islam, lebih2 lagi kini aku berjauhan dari mereka. Alhamdulillah mereka masih memberikan aku peluang dan menghantar aku utk pendaftaran kolej. Namun, pagi itu sekali lagi aku diuji. Sebelum bertolak ke kolej, kami sarapan dahulu di sebuah kedai bukan islam. Ketika sarapan, ayahku sengaja memesan mee sup utkku yg penuh dgn segala jenis masakan makanan haram. Allahuakhbar. Aku hanya mampu beristifar sahaja dlm hati melihat hidanganku. Mahu tidak mahu, terpaksa juga aku makan hidanganku itu namun aku tidak mampu utk menghabiskannya. Ketika bersarapan, org tuaku berkali2 memberi aku amaran agar aku membuang niatku dan minatku terhadap agama islam. Kata mereka, jika mereka dapat tahu tentang kelakuanku, mereka tidak akan teragak2 utk memberhentikan pengajianku. Org tuaku juga turut merampas sim kad ku utk menukar no telefon ku agar aku tidak lagi berhubung dgn Jenab dan rakan muslimku yg lain.

Sewaktu di kolej, aku masih lagi teguh dgn keyakinan aku terhadap Allah dan agama Islam,meskipun org tuaku setiap hari menelefonku dan menasihati aku tentang agama kelahiranku. Mereka turut berpesan agar aku sentiasa beribadah pada hari2 yg diwajibkan utk beribadat.

Aku mula meminta bantuan daripada roomateku yg muslim. Dipendekkan cerita, alhamdulillah aku berjaya mendaftarkan keislaman aku di tempat tersebut. Namun aku masih belum lagi boleh menutup aurat dgn sepenuhnya dan menjalani kehidupan sebagai seorg muslim kerana di kolej tersebut terdapat beberapa org saudaraku dan mereka juga agak sensitif dgn isu agama. Aku takut jika mereka tahu perihalku, mereka akan melaporkannya kpd org tuaku.

Pertama kali aku menyambut Ramadhan, Allah sekali lagi menguji aku. Suatu petang ibuku menelefon dan menceritakan kpdku mimpinya. Ibu bermimpi dia menjumpai telekung yg aku sorokkan di celah2 lipatan pakaianku dlm almari bilik tidurku. Ibu mula bertanya adakah aku masih juga mahu ‘macam2’ di sini. Aku berusaha meyakinkan ibu bahawa aku kembali menjadi driku yg dahulu. Walaupun aku tahu ibu masih mengesyaki aku kerana naluri seorang ibu memang kuat, namun ibu hanya diam mendengar jawapanku.

Di kolej itulah aku belajar banyak perkara. Aku turut menyertai usrah2 kolej meskipun kedatanganku hanya beberapa kali sahaja kerana aku berasa rendah diri dan malu pada saudara seagamaku. Aku segan kerana mereka semua muslimah dan bertudung sedangkan aku? Aku hanya mampu bertudung ketika hadir ke usrah sahaja. Tidak ada yg bnar2 membimbingku namun aku meletakkan seluruh keyakinan ku kpd Allah. Alhamdulillah aku mula pandai bersolat meskipun bacaan solatku masih merangkak ketika itu. Dan juga aku sudah dapat menghafal surah al fatihah. Itupun aku pelajari dari telefon.

Bila difikirkan semula, aku pun hairan kenapalah aku tidak mencari org yg bnar2 dpt membimbing aku. Bukannya tiada ahli2 usrah yg tahu kisahku namun, itulah. Silap aku yg tidak berusaha utk mencari ilmu Allah dari org2 yg tahu tentang agama. Tambahan pula, tempat kolejku itu berada merupakan antara tempat yg sensitif dgn isu pertukaran agama. Lantas, keadaan itu jugalah yg membuatkan aku sentiasa berhati2 ketika mahu beribadah dan bljr agama Allah.

Pernah suatu ketika, waktu itu aku sedang cuti semester. Entah bagaimana, ibuku menjumpai sehelai notaku di celah2 buku latihanku yg aku bawa balik masa cuti. (Waktu cuti lecturer ada bagi tugasan yg perlu dibuat.) Notaku itu dipenuhi dgn zikrullah, yg aku tulis sendri. Aku sebenarnya baru sahaja tahu berzikir ketika ini. Ibuku memberikan aku beberapa patah kata amaran dan nasihat ttg penemuannya. Aku risau jika hal ini sampai ke pengetahuan ayahku kerana ayahku lagi tegas dari ibu. Apa yg aku risaukan pun terjadi juga. Beberapa hari sebelum hari aku balik ke kolej, ayah jatuh sakit. Demam panas. Kepala pening. Tekak mual. Pendek kata, memang keadaan ayah agak membimbangkan. Ayah jenis yg jarang2 jatuh sakit. Ketika menghantar aku ke lapangan terbang, org tuaku menyalahkan aku kerana ayah jatuh sakit. Mereka kata sebaik sahaja ayah tahu tentang notaku itu, dia begitu terkejut sekali kerana tidak menyangka aku masih lagi berminat dgn agama Islam. Sekali lagi, aku yakinkan dri aku saat ini, Allah uji sebab sayang.

Rezekiku hanya setahun sahaja di kolej itu meskipun programku berbaki setahun lagi. Namun aku tahu, sungguh besar hikmah Allah sebaik sahaja aku berhenti dari belajar di kolej tersebut. Ini kerana, melalui khabar rakanku, tiba2 sahaja kolej tersebut gempar dgn kisahku. Allahuakhbar. Aku tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi namun alhamdulillah, berita tersebut tidak sampai sepenuhnya ke pengetahuan ahli keluargaku. Kenapa aku kata tidak sepenuhnya? Allah, rasanya semakin panjang kisah ku ini jika aku menceritakan part itu pula. Baiklah, pendek kata, ada saudaraku sendiri mengkhianati aku. Kisah pendeknya, dia dpt tahu ttg aku ada bljr islam di kolej dahulu dan bertanya terus kpdku melalui telefon. Dia tidak percaya dgn khabr yg dia dgr kerana itu dia bertanya langsung kpdku dan berjanji utk tidak memberitahu org tuaku kerana maklum akan ketegasan mereka. Namun, hari pertama syawal tahun ke- 3 aku bergelar seorg muslim, dia telah memberitahu org tuaku ttg perkhabaran itu ketika kami ke rumahnya. Hmm.. Sungguh Allah syg aku.. Reaksi org tuaku? Sudah tentu mereka terkejut namun memandangkan kini aku ada di hadapan mereka dan tiada satupun kelakuan aku yg mencurigakan mereka, lantas mereka bertanya, apakah bnar khabr angin itu? Aku berkeras menafikan dan alhamdulillah mereka tidak lagi percaya dgn khbar itu. Ini kerana saudaraku yg membawa berita itu juga jnis yg pnjg mulut dan org tuaku memang maklum dgnnya. Ok. Cukup crita itu.

Berbalik ke kisahku yg berhenti dari kolej. 6 bulan kemudian aku ditawar masuk ke sebuah IPTA.

Ketika aku menuntut di IPTA ini, Allah mudahkan urusan aku sedikit demi sedikit. Allah temukan aku dgn bbrapa org rakan yg mahu membimbing aku ke jalan yg benar.

Kisah hidup dan rahsia keislaman aku dari keluargaku tidak berakhir ketika aku berada di IPTA. Namun demikian, Allah masih tetap menyayangi aku dengan memberikan aku ujian2Nya. Insha Allah akanku sambung kisah hidupku ini di entry yg ke-III dan harapnya yg terakhir nanti sekiranya berkempatan.

Sehingga kini, para pembaca yg dihormati, aku masih lagi merahsiakan statusku dpd ahli keluargaku. Sebab itulah ada banyak perkara yg aku tidak mention secara spesifik kerana aku takut ada yg akan tahu ttg identiti aku nanti.

Tentang kisahku pula, aku sudah lali dgn soalan,
‘knp tak bgtau?’
‘Dah lama sgt simpan rahsia.’
Well, aku tak salahkan yg bertanya, cuma jika anda pernah diugut bunuh kerana niat anda menukar agama, anda akan tahu apa yg menghalang aku dpd berbuat demikian. Ya aku tahu, jika aku mati dibunuh pun aku mati syahid namanya. Namun sebelum aku mati, aku seboleh2 mahu agar seluruh ahli keluargaku mengikut jejak langkahku utk memeluk agama islam. Siapa tak syg keluarga kan? Aku mahu berjalan bersama keluargaku meniti jalan ke jannah Allah. Dan aku mahu membimbing mereka utk menuju ke jalan itu.

Maaf sekiranya ada bahasa yg tidak menyenangkan pembaca semua. Dan maaf juga kisahku kali ini agak pnjg dari yg ku jangka.

Assalammualaikum.

– Nhia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit