Cahaya Petunjuk Keimanan II

Assalammualaikum. Terima kasih skli lg utk admin yg tlah mnyiarkan confession sy pertama dan yg kedua.

Ini link utk confession sy yg kedua : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1555782857837857&id=729187373830747

Maaf kpd pembaca jika anda terlepas pdg confession yg kedua sb aku terlupa utk meletakkan ‘Bhgian 2’ di akhir tajuk yg sama. Kisah aku yg ke 3 dan diharapkan yg terakhirnya agak pnjg. Semoga para pembaca menghayati setiap mesej yg aku sampaikan. Bismillahirrahmanirrahim…

Baiklah. Ini kisah aku yg strusnya stlah aku masuk ke IPTA tersebut.

Spt yg aku katakan, smnjak aku brada di IPTA itu, Allah memudahkan urusan aku sedikit demi sedikit. Baiklah, mungkin para pembaca hairan knp aku seolah olah tidak bertegas dgn agama Allah ini? Org tuaku boleh dkatakan mempunyai ‘nama’ dan pangkat di tmpat tgglku. Aku takut utk memperthnkn pndrian aku bukan hnya kerana ketegasan mereka, ttp jika mrka tahu aku masih lg dgn Islam, org tuaku boleh shja menghubungi pihak2 atasan institusi tmpatku bljr bahkan smpai ke Jab Pendidikan Negeri dan mngatakan bhawa aku revert Islam atas pengaruh2 pensyarah2 muslim. Aku knl dgn org tuaku bgaimana. Jika A kata mrka, A lh ya. Aku yg masih bljr ini pun masih di bawah tanggungan mrka. Jika aku btrus trg, mrka sudah tentu akan menghalau aku dari rumah dan pljranku pula bgaimana? Lgpun, spt yg aku critakan awl2, tmptku ini agak sensitif dgn hal ptukaran agama. Bukannya tidak pnah dhulu smpai mlibatkan pihak politik ttg penghijrahan seorg pljr tggi di sini. Krn itu, aku tpksa mnjalani khidupanku sbg seorg muslim dlm senyap. Para pensyarah yg byk mnolong aku pun tahu situasi aku bgaimana, lntaran itu mrka mnolong aku dlm diam2 shaja. Aku tidak mahu jika hal aku ini smpai ke pringkat atasan dan trutamanya ke pgawai yg non, pensyarah2 muslim sudah tentu akn mndapat tempias dan kemungkinan bsr mrka akan dpindahkan. Hal ini tlh pun tjadi ke atas guru yg membimbing rakanku di Ting. 4 dulu. Memandangkan persekitaran aku, tmpt tggl aku dan org2 di sekeliling aku byk yg non, sudah tentu pngaruh mrka lg bsar. Apatah lg jika hal yg mlibatkn keagamaan. Bukanlah aku mahu berbicara ttg racism kerana ia isu yg sensitif cumanya semenjak ahli kluargaku pernah tahu ttg keinginan aku, mrka btul2 anti dgn msyarakat islam. Sedih utk aku katakan ini thadap kluarga sndri. Di tmpt kja mrka ada juga yg muslim dan mrka tidak mmpunyai apa2 masalah ttg itu. Cuma org tuaku kini sgt mnjaga pgaulan aku semenjak kisah aku dan Jenab dlu.

Bermula dari kolej dhulu shinggalah ke IPTA tmptku skrg, mrka seboleh2nya mahu aku bkawan rapat dgn non shja. Jika aku ada berbual dgn org tuaku ttg rakan2ku, mrka pntas btanya,
” bangsa apa? ”
Kdg kala jika terpaksa aku akan menipu wlupun aku tahu ianya dosa tp.. Ini adalah utk melindungi pshabatan aku dan rakan2ku. Jujur aku akui, dlm kluarga besarku juga aku ada pakcik dan makcikku yg muslim. Bezanya, mrka revert Islam melalui perkahwinan. Dan aku lihat cara hidup mrka, mmbuatkan aku brasa kurg selamat utk mmbritahu mrka keadaanku. Ini krana, kebanyakan dari mrka hnya islam pada IC shja. Jd apabila org tua aku mnasihati aku, mrka lebih byk merujuk kpd sikap2 org islam zaman skrg. Lebih2 lg dgn isu kganasan yg kononnya didalangi oleh org Islam. ISIS. Org tuaku tidak pernah lari dri mnyebut ISIS jika mrka mnasihati aku utk mnjauhi agama islam.

Aku fhm akan niat mrka. Aku tahu siapa sbnrnya pihak yg mendalangi keganasan. Aku tahu seharusnya mrka tidak boleh mnyalahkan agama atas ksilapan yg org muslim lakukan. Krna bg aku, yg bsalah adalah penganutnya, bukan agamanya. Aku hanya mmpu bdiam dri jika dinasihati. Dlm ht hanya Allah yg tahu apa prasaan aku stiap kali org tuaku memburuk2kan islam di hdpnku. Hanya kpd aku shja mrka melarang bebas pgaulan dgn rakan2ku yg bbeza agama. Tp tidak pd adik2ku. Aku tahu mrka fobia aku akan bminat dgn islam lg jika aku bkwan rapat dgn org islam. Namun, mrka tidak pnah tahu akan status asalku kini. Dlm IC pun aku belum lg tukar krana spt aku kata awal2 lg, org tuaku jnis memeriksa stiap barangan anak, trutama skli aku. Aku hnya mmpunyai sijil dan kad islam shja. 2 dokumen penting ini pun puas aku sorokkan. Ada kalanya akan ku amanahkan rakan2ku utk mnyimpannya. Sewaktu aku masih di kolej dhulu, ada seorang pensyarah perempuan yg membantu aku mnyimpannya sblum dikembalikan kpd pjbt islam tmpt tersebut. Ini krana kata pihak pjbt islam, lebih selamat jika mereka yg memegangnya. Aku mula memegang sendri dokumen itu ktika aku di IPTA. Itupun tpksa melalui plbagai proses krana ptukaran negeri tmpat aku mngucap dan mndftr. Ada juga hamba Allah yg btanya, knp aku tukar nama? Krna, ptama kali aku masuk Islam, aku langsung tidak dimaklumkan oleh siapa2 bhawa nama tidak perlu ditukar. Sbaik shja aku sudah mndftar islam, barulah ada bbrapa insan yg mngur nama lama ku sbnrnya tidak perlu ditukar pun. Tidak mngapalah. Nama itu lah yg Allah detikkan di fikiran aku sblum aku bnar2 mnemui hdayahnya suatu ktika dhulu. Nama itu juga yg secara tepat melambangkan dri aku dlm mncari agama Allah. Cahaya Petunjuk Keimanan. Aku seorang pencari Tuhan awl2 dhulu krana aku mahu mnjdi mnusia yg lebih baik dan beriman. Alhamdulillah utk hidayah Allah.

Spnjg aku menuntut di IPTA itu, byk liku2 khidupan yg aku lalui. Aku jumpa kwn2 yg baik dan memahami wlupun berbeza agama. Aku dikelilingi oleh pensyarah2 seagama yg prihatin dgn keadaan dan situasi aku. Mrka smua tahu akan statusku sbaik shaja Allah memberikan aku kekuatan utk bhijab. Bukan slma ini aku tidak mahu mnutup aurat namun skli lg aku tgskan, tmptku byk non dan di IPTA ini byk lg anak knlan2 dan saudara mara org tuaku. Aku masuk ke IPTA ini dulupun, mrka yg isi borang UPU ku. Aku hnya mengiyakan shja kata org tuaku saat itu. Dari pemilihan tmpt bljr sehinggalah ke kursus yg aku ambil. Smuanya di tentukan oleh org tuaku. Sbnrnya, aku ada mngisi sendri tlebih dhulu namun org tuaku membntah krna aku memilih tmpt bljr yg jauh dari mrka. Kali ini IPTA tmptku bljr hanyalah mengambil masa 3-4 jam shja dari tmpt tgglku.

Ketika aku di sem 3,aku mngambil kptsan utk btdung. Slma ini aku bgitu tkut akan saudara mara yg mengenali aku yg trut sama bljr di IPTA ini jika mrka mlihat aku btdung. Aku takut pkara ini akan sampai ke pngetahuan org tuaku. Dari sem 2 lg htiku mronta2 utk bhijab dan alhamdulillah stlah aku meminta ptnjuk dri Allah dgn beristikarah, Allah akhirnya membrikan aku kekuatan utk mnjadi seorg muslimah yg sbnr2nya. Pd awlnya, mmg agak sukar utk aku menyesuaikan dri krana hmpir stahun siapa2 yg mengenali aku sblum ini di IPTA itu tahu aku seorg yg tidak btdung,tmasuk para pnsyarah. Masuk shja sem 3,aku btudung spenuhnya dan aku kerap mnjwb soalan2 dari pnsyarah seagamaku sendri apabila mrka menanyakan agamaku.
” Awk islam ke? ”
Aku tahu knp mrka btnya. Krana namaku. Nama pndftrn ku masih memakai nama aslku manakala nama islamku hanya pada sijil dan kad pengesahan islam. Allah mudahkan urusan aku. Alhamdulillah tiada saudara 2ku yg non ataupun anak knlan2 org tuaku mengecam aku di IPTA itu. Balik cuti sem, aku akan buka tdung. Itupun, dgn brt hati sb dh biasa bhijab dan mnutup aurat. Spnjg di sana juga, aku turut mnyertai kumpulan2 saudara baru. Organisai kecil ini namanya Baitul Ihtimam(BI). BI bukan lah under IPTA itu namun dari pihak luar. Pjumpaan sesama saudara itu dilakukan stiap hjung mggu. Itupun jarang2 juga aku dpt menghadiri krana pertama, aku tiada transport dan kedua, pjalanan ke BI mngambil masa 2 jam juga. Spnjg menuntut di IPTA, aku tggal di asrama. Alhamdulillah aku dpt tggal di asrama stiap sem krana pihak asrama juga sudah maklum akan situasiku. Ketika di BI, aku bknalan dgn Kak A. Kak A mrupakan ktua bg BI namun bliau bukanlah saudara baru. Bliau adalah hamba Allah yg membantu para saudara baru. Di BI tdptnya aktiviti bljr solat, mngaji dan bljr ttg ilmu2 agama dari ustaz2 yg djemput ataupun yg dtg scara sukarela. Turut membantu di BI adalah bbrapa org plajar yg scara sukarela dari sebuah uni yg bdekatan dgn BI. Alhamdulillah Allah bg aku kesempatan utk bjumpa dgn mreka. Dan sygnya hanya bbrapa kali shja aku dpt mnghadirkan dri krana maslh2 yg aku sbut td di atas. Buat pngetahuan smua, IPTA tmpt aku bljr agak jauh tletak dari pusat bandaraya.

Jika bab ilmu Allah dan amal ibadah, alhamdulillah aku sudah pndai solat sendri. Ini pun atas tnjuk ajar rkn2ku. Manakala bab mengaji pula,aku hnya smpat bljr smpai iqra 1 kerana slm ini tiada sp2 yg bnar2 membimbing aku. Silap aku kerana tidak berusaha hendak bljr dari awl. Iqra 1 ini pun rakan baikku dari IPTA yg ku gelar Hani mngajarku. Kami meminta scara diam2 dari pihak asrama utk ditempatkan satu bilik stiap sem dari sem 4 kerana satu bilik ada 2 org penghuni. Slama ini aku satu bilik dgn pljr non dan msih blum brani utk meminta sebilik dgn pljr muslim krana takut akan pengetahuan org tuaku. Jika org tuaku btnya siapakah roomate ku pd sem 4 dan 5, maka aku tpksa mnipu skli lg dan mngatakan ia slh seorg dri rknku yg non.

Sem akhir aku praktikal. Sem ini, pd awalnya aku dan Hani meminta utk praktikal di tmpt yg sama namun Allah ada perancangan sndri dan kmi tpksa bjauhan. Aku mndapat twrn utk praktikal di sbuah bndr yg jauh dari tmptku bljr dan jauh dari tmpt tggl. Kbtulan, pakcikku turut tggl di bndar tsebut bsama kluarganya. Pakcikku ini seorg yg sgt taat kpd agama kelahiranku. Sudah semestinya org tuaku awl2 lg bpesan kpd pakcikku dan para sepupuku utk tengok2kan aku spnjg aku praktikal di sana. Bagaimana dgn penampilanku? Allahuakhbar… Hanya Allah yg tahu apa prasaan aku untuk membuka kmbali hijab stlah stahun lebih aku mula menutup aurat dgn dgn smpurna. Krana itu, jika aku mlihat muslimah zaman skrg yg spt senang2 shja on off btudung, aku tertanya2. Apakah mrka tidak mmpunyai prasaan malu untuk memperlihatkan apa yg mereka sptutnya tutp? Jujur aku cemburu dgn saudara2 muslim yg sememangnya dilahirkan dlm Islam. Tanpa perlu bersusah2 dan rasa takut serta bersembunyi, mereka boleh sahaja mempraktikkan dan mnjlnkan ibadah agama Allah. Smoga kita smua sntiasa dlm rahmat dan hdayah Allah utk menjadi muslim yg baik dari semasa ke semasa. Di bndr tmptku praktikal juga, ada makcikku yg islam tinggal di sana. Adik bongsu kpd pakcik yg aku critakan td. Makcikku ini pernah berkahwin dgn org islam tp dh cerai. Alhamdulillah beliau masih islam bgitu juga dgn anak2nya. Setelah 5 tahun aku tidak pernah memberitahu kpd mana2 ahli kluargaku ttg statusku, suatu hari aku nekad utk membritahu mkcikku. Dia pd mulanya agak tkjut dan hairan dgn pilihan hdupku itu. Aku brasa lega krana akhirnya ada juga ahli kluargaku yg dpt aku luahkan masalah hdupku. Makcikku ini lglah kasihan kerana apabila bliau btnyaku apakah aku pndai solat atau tidak, aku jwb
” ya, aku sudah tahu cara2 utk solat” Mkcikku cuma tersenyum dan mngaku bhwa dia masih blum pndai utk bsolat. Utk pengetahuan smua, mkcikku ada rh di bndr ini namun dia tidak tggl di rh itu kerana tmpt kjanya yg 4 jam dari bndar tersebut. Beliau hnya balik ke rhnya itu ketika hjg mggu shja. Itupun jrg2. Kami berkesempatan utk bjumpa dan aku mncritakan kisah aku pun kbtulan hari tsebut cuti raya haji dan beliau ada balik ke rhnya. Spnjg aku praktikal, aku tggl di rh pakcikku. Knp bukan rh makcik? Sebab org tuaku yg begitu ‘mnjaga’ aku, mreka mnjadi tidak brapa suka jika aku rapat dgn mkcikku itu.

Di bndar itu, Kak A ada mengamanahkan kenalannya utk menjaga aku. Kami hnya bjumpa skli shaja. Kenalannya itu Kak L. Kak L ada meminta bntuan dpd kenalan2nya juga utk mmbntu aku dan mngeluarkan aku dri stuasi aku skrg, iaitu tggl bsama pkcikku lantas membuat aku terbatas utk beribadah. Namun, mungkin Allah ada rncgn yg lebih baik utk itu. Sampai aku hbis praktikal pun bntuan yg aku hrpkan tidak kunjung tiba.

Ingt lg rakanku yg turut sama berhijrah di Ting. 4 dhulu? Hmmm.. Kini, rknku itu tlahpun bkhwin dgn seorg non dan mmpunyai anak. Spnjg aku bgelar muslim, aku bjumpa dgn 2 org sahabatku yg sama mualaf. Dan sedihnya dua dua kembali ke agama kelahiran mereka. Aku tidak mnyalahkan mreka 100%. Iman kami mualaf ini sgt lemah. Aku sndri pun bukannya kuat mana wlupun tlah 6 thun mngucap syahadah utk ptama kalinya. Kdg kala aku pun brasa ingin bhnti bjuang memperthnkn agama. Jgn ingt aku tidak bkeras, namun jika aku mengumumkan status keislamanku, aku yakin satu negeri boleh gmpar dgn kisahku krana pangkat dan nama ahli kluargaku serta pengaruh besar org2 non di sini. Aku bukan memilih smua itu dari agama, namun kini aku tlh pun grad dri IPTA itu dan brada di rh shja. Org tuaku tidak mmbnrkan aku utk pg jauh2 smntara mnunggu twrn bljr ke pringkat strusnya. Kwsanku dan tmpt tgglku sungguh byk yg non. Disebabkan org tuaku melarang aku bkwan dgn org2 islam di tmpt tgglku, jd aku sendrian shja. Rakan2 muslim ku yg lain pula nun jauh di sana dari tmpt tgglku.

Adakah aku kuat diuji begini? Keluarga mrupakan ujian yg terhebat utk aku. Pernah ada mahu mmbantu mencari kluarga angkat, namun.. Smpai kini tiada berita. Spnjg aku meminta dan mngharapkan ptolongan dari saudara2 seagama, hanya sdikit yg bnar2 mengotakan katanya. Hanya mlalui media sosial shja aku dpt menghubungi rakan2ku trutamanya Hani dan Kak A yg bgitu prihatin kpdku. Pesan aku, jika kalian knal dan tahu masalah saudara baru, tolonglah ambil prihatian kpd mrka. Jikalau boleh, tnya khbr mrka stiap hri trutamanya spt kes aku. Muslimah yg underground. Aku mahu juga mnjalani hdup spt muslim2 yg lain. Berhijab dan mnutup aurat dgn smpurna. Org tuaku sini, smpaikn pakaian aku yg labuh pun mrka tgur wlupun aku tidak mngenakan tdung. Bsolat tanpa rasa takut. Di rh aku solat dlm keadaan yg takut skli krana pintu bilik tdurku yg tidak dpt dkunci. Org tuaku jnis masuk bilik memeriksa scara mngejut. Tiada ktukan ataupun panggilan tlebih dhulu. Tlekungku, buku2 agamaku dan tdung2ku, ada antaranya aku tgglkan di rumah pnsyarah. Ktika aku tggal bsama kluargaku, aku mmpunyai 2 personaliti. Aku tpksa blakon mnjd aku yg dlu ktika bsama mrka. Namun mlm2, ktika smua ahli kluargaku tdur, aku berbicara dgn Allah. Sjujurnya aku takut jika lakonan yg aku lakonkan itu bnar2 dari htiku sndri. Spt aku katakan, iman aku lemah. Apatah lg tiada seorang pun saudara muslim yg dkt dgnku, yg dpt mnjaga aku. Kata para ustaz dan ustazah yg menasihati aku, sebaik2nya aku mngaku statusku sebaik shja aku mmpunyai pndapatan sdri kerana keadaanku yg boleh dikatakan darurat. Ataupun, aku spatutnya bkhwin. Skurg2nya adalah yg mnjaga dan mmbimbing aku. Berkahwin bagiku seboleh2nya biarlah ianya pilihan terakhir utk menyelesaikan masalahku walaupun keadaan itu tidak lagi membolehkan org tuaku mengongkongku. Setiap sem pula aku berusaha mndapatkan peperiksaan yg cemerlang utk mnambat hati org tuaku dan Alhamdulillah 3 sem akhir btrut2 aku dpt score 4.0 manakala sem selebihnya lebih dari 3.5 pointerku. Hanya itu sahaja cara aku dpt mlembutkan ht org tuaku slain bdkwah mlalui pbuatan scara lembut di rh. Org tuaku tetap org tuaku biarpun belum lagi seagama dgnku dan aku tetap meletakkan mereka sbg prioriti dlm hdupku.

Aku pernah bfikir, adakah aku seorg yg pentingkan dri sndri sehingga sggup mengenepikan prasaan org tuaku ttg pilihan agama Islam ini? Bdosa kah aku yg pnah mmbuat air mata ibuku gugur kerana kecewa dgn aku dlu? Pernah juga aku cuba utk membunuh dri namun ianya bukan jln penyelesaian yg terbaik. Jika aku ada mngadu kpd rkn2ku ttg mslh aku, mrka bpesan ‘sbr je lah’. Ya aku sabar. Aku sbnrnya mahu mrka menasihati aku lebih dri hnya pkataan sabar. Jika aku tak sabar, mungkin dh lama aku mngalah spt dua org rknku yg terdahulu. Aku tidak mnyalahkan mreka krana mnasihati aku sdemikian rupa. Sharusnya hanya pd Allah aku mngadu dan mngeluh. Namun… Slh juga kah aku jika cuba meminta pndapat dari sesama mnusia? Ini yg kdg2 mmbuatkan aku tertekan. Aku tidak mahu dikatakan mnusia yg suka mngadu kpd mnusia lain. Mahu mngadu kpd org2 yg lebih arif pula, aku tidak mahu mengganggu mreka krana kebanyakannya sudah berkeluarga dan bekerjaya.

Aku tidak tahu smpai mana tahap kekuatanku. Namun aku tahu Allah tidak pernah menguji hmbaNya di luar kemampuan. Ada waktunya, aku bnar2 penat dgn urusan dunia. Mahu sahaja aku mempertahankan agamaku di hadapan org tuaku, aku tidak mahu pula naik pangkat anak derhaka. Tp aku yakin, ada hikmah Allah uji aku sehebat ini. Ada saudara baru begitu senang urusannya berhijrah. Tiada tentangan langsung dari keluarga. Aku tidak mengharapkan masyarakat non dpt menerima aku, ckuplah jika hanya ahli kluargaku shja yg fhm akan pilihanku dan menyokong aku. Tidak mengapalah. Itu bahagiannya. Ini bahagian aku. Byk sbnrnya aku mahu luahkan, namun sudah terlalu pnjg coretanku. Maaf kerana ada kata2ku yg teremosi. Cuma satu yg aku nak pesan, bantulah saudara baru seikhlas2nya dan jgn mmbri hrapan palsu. Jgn ambil ringan dgn kisah2 spt kami ini. Sama2 kita bjalan ke jannah Allah. Kami mahu juga. :)

Rasanya smpai di sini sahaja secebis kisah ttg dri aku. Mmg agak pnjg dan sudah boleh dibukukan lagi. Maaf skiranya ada sebarang kekurangan dari kisahku dan coretanku. Sesungguhnya yg baik dtg dari Allah dan yg kurangnya dtg dari kelemahan aku sndri. Doakan aku sentiasa kuat hati dan istiqomah, ya? Dan jgn lupa titipkan doa buat saudara2 baru smoga golongan sptku tetap sntiasa istiqomah juga begitu juga dgn saudara2 muslim kita yg lain. Buat 2 org shbtku itu, aku sntiasa doakan smoga hati mereka kmbali smula kpd Allah. Terima kasih bg yg mendoakan dan menasihati. Semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah. Kepada Hani,terima kasih sahabat kerana sentiasa ada utk aku susah dan senang. Kpd pembaca, jika ada pandangan utk membantu aku menghadapi atau kluar dari masalah ini, dialukan2 utk memberi pndapat ya? :)

Assalammualaikum.

– Nhia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit