Cahaya Petunjuk

Cahaya Petunjuk

Hai. First of all aku nak bagitau, ini bukan cerita pasal aku dapat hidayah atau pape. Tapi tajuk confession aku ni adalah maksud nama bekas kawan baik aku. So pandai2 lah korang teka nama dia. Kenapa bekas kawan baik? Ok aku akan cuba pendekkan cerita ni. Kalau tetap panjang, maaf ea.

Aku gelarkan dia Nur. Aku kenal dia masa kitorang form 1. Oh, kami sebaya. Dia jiran aku. Bukan lah betul2 sebelah rumah. Tapi sederet. Masa mula pindah, family dia okay je, ramah senyum elok. Tapi mungkin family dia memang tak bercampur orang kot. Jenis buat hal sendiri dalam rumah. Dekat deret rumah aku ni kebanyakkannya mak2 bekerja, ada la dua tiga kerat je yang siang malam ada kat rumah termasuk mak aku.

Satu hari aku balik sekolah, aku nampak dia duk depan pintu rumah dia, termenung atas kerusi roda. So aku macam, eh rasanya haritu dia elok je. Accident kot. Aku senyum kt dia, dia balas lepas tu kelam kabut gerakkan tayar kerusi roda dia, masuk rumah tutup pintu. Balik tu terus aku tanya mak aku. Kot la mak aku ada pi melawat ke. Tapi rupanya mak aku pun terkejut. Tak tahu pape.

Esoknya, aku dengan mak aku pergi la lawat dia. Yelah, dah nampak kan. Mujur lah mak aku bukan jenis makcik bawang yang suka sebar cerita sebelum tau hujung pangkal. Mak dia sambut baik kedatangan kami, dia pun keluar dgn kerusi roda, salam mak aku dan aku dengan senyum lebar dia. Rupanya dia sakit misteri. Ada gangguan dah lama dah. Diorang pindah randah pun sebab dia selalu diganggu.

Dengar mak dia cerita, aku rasa macam kena hempap batu weh. Rasa beratnya ujian dia tanggung. Paling aku tak boleh lupa ayat mak dia, “budak lain semua rasa zaman kanak2, tapi Nur takde. Dia kena lawan sakit dia” bergenang wehh airmata. Tapi dia tetap senyum. Dia kena since zaman sekolah rendah. Sakit dia kejap hilang, kejap datang. Kejap lumpuh, kejap okay. Since haritu aku nekad, aku nak jadi kawan dia. Nak dapat kekuatan dari dia.

Boleh kata tiap2 malam aku buat homework kt rumah dia. Nur tak sekolah, cikgu sarankan dia tangguh sekolah. Sebab kedatangan dia teruk. Nur pandai. Dapat biasiswa. Tapi kadang duit biasiswa tu dia buat pergi berubat merata. Dia cakap dia rindu nak sekolah. Nak jumpa kawan, cikgu, nak amik exam. Masa dia cakap nak jumpa kawan, baru aku perasan.

Selama aku kenal dia, takde pun kawan2 dia datang. Tapi masa tu aku tak berani lagi tanya, takut dia terasa. Makin hari aku makin selesa kawan dengan Nur. Sampai aku menangis masa nampak dia tengah sakit. Dia macam orang nazak. Macam nak tinggalkan aku. Aku takut sangat. Habis berubat, badan dia lebam, lembik, makan pun tak lalu. Terbaring je. Sedih aku.

Satu hari, Nur tanya aku. ‘Kau tau tak aku takde kawan?’ aku jawab, ‘Entah, aku ingat kawan2 kau selalu call kau je tanya khabar’ aku buat2 sedapkan hati dia. Nur tergelak. Dia kata ‘ramai orang taknak kawan dengan aku. Sebab aku cepat emosi. Aku cepat sentap, cepat marah. Bila sekali aku down, habis aku hantar mesej marah2 semua orang. Lepas tu aku menyesal and rasa bodohnya diri aku’ aku tersentak. Yes, aku akui tu. Tapi aku faham. Nama pun orang sakit. Masa tu tak aware lagi hal2 depression ni. Tapi sekarang aku yakin, masa tu Nur dah ade depression.

Tahun berganti tahun, Nur nampak makin sihat. Form 4, Nur mulakan sekolah. Masa ni aku dah pindah daerah lain, kami contact guna mesej and call je. Nur sangat excited nak masuk sekolah. Dalam masa sama dia nervous. Sebab takde result pmr, takde apa2 sijil langsung dalam tangan. Dan dia sangat takut dipulaukan. Pulun aku bagi semangat tiap2 hari. Sejak dari tu, ade je benda dia nak share dengan aku. Aku happy dgn perubahan positif dia. Tapi lepas 6 bulan sekolah, dia mula sakit balik. Mula skip sekolah lagi. Dan mula hilang kawan lagi. Tapi Nur kuatkan semangat. Nur takde kawan rapat, sebab dia tak boleh keluar melepak. Jadi, tak ramai sudi kawan baik dengan Nur, jadi pendengar Nur.

Masa ni, abang Nur dah sambung belajar di UIA. Nur punya gembira, Allah je yang tahu. Oh ya, Nur bukan dari keluarga senang. Dia susah. Sangat susah. Bila abang dia dapat masuk UIA, family dia bangga sangat, dan abang Nur menjadi harapan keluarga. Tapi, perancangan Allah lebih baik. Nur kehilangan abang harapan keluarga dia setahun lepas tu. Tahun Nur akan menduduki SPM. Nur jatuh terduduk. Nur hilang semangat. Dunia Nur kelam.

Aku hilang Nur buat seketika. Aku paksa ayah aku pergi rumah Nur, aku risau betul. Nur kalau terlebih sedih, lagi mudah diperdaya iblis. 2 jam perjalanan, aku sampai. Nur kurus, mata bengkak dek menangis. Aku peluk Nur. Berharap Nur dapat serap sedikit kekuatan dari aku. Nur banyak diam. Dan itu bukan masa sesuai untuk aku hiburkan hati Nur. Dan tahun itu, Nur disahkan ada depression dan stress yang teruk. Kawan2 dia bertanya khabar hanya seminggu dua. Lepas tu hilang ntah ke mana.

Lepas beberapa bulan, Nur whatsapp aku dengan bahagianya. Dia cakap ade sorang cikgu yang baik sangat dgn dia. Cikgu ni dulu baik dengan arwah abang dia. Sekarang cikgu tu support dia. Nur bahagia sangat. Cikgu tu ibarat ibu angkat Nur. Tempat Nur meluah rasa saat aku jauh. Hubungan Nur dgn cikgu A sangat rapat, sampaikan sebelum balik sekolah, Nur akan makan di rumah cikgu A. Dan waktu exam SPM, cikgu A setia di luar dewan menanti Nur selesai menjawab. Memberi semangat.

Aku dapat rasakan kegembiraan hati Nur melalui suara ceria dia setiap kali call. Tak pernah miss tentang cikgu A dia. Habis SPM, Nur kerja. Terbit rasa cemburu dalam hati aku. Nur semakin jarang contact aku. Aku tahu dia sibuk kerja, tapi hati aku berbisik dia terlalu asyik dengan cikgu A dia. Dalam masa sama, ada yang tak puas hati hubungan rapat kami. Aku diracun tentang buruk Nur, dan aku terpedaya. Aku tinggalkan Nur tanpa sepatah kata. Puas dia wasap dan call, aku tak hiraukan. Walau aku terlalu rindu sebab Nur seorang yang suka buat lawak.

Namun, ujian Allah sentiasa datang selagi kita bergelar manusia. Setahun kemudian, aku dapat tau cikgu A juga dijemput Ilahi. Selepas sebulan keputusan SPM diumumkan. Syahdu wasap Nur mengadu pada aku.

“D, cikgu A dah takde. Abg aku dah takde. Kau pun dah takde. Semua pergi dari aku. Dari dulu, semua org tinggal aku. Tak nak kawan aku. Tak pela tak nak kawan aku. Tapi jangan la jauh dari mata aku. Cikgu A tinggal aku jauh. Masa abg aku pergi, aku terduduk, kau angkat aku. Cikgu A cuci luka aku. Sekarang cikgu A pergi, aku tersungkur, tersembam. Kau takde tolong angkat aku, cikgu A jauh sekali nak cuci luka aku. Besarnya dosa aku sampai macam ni Allah uji aku. Aku taktau apa salah aku pada kau D. Aku mintak maaf D. Aku mintak ampun kalau aku ada sakitkan hati kau. Jaga diri D. Kau tetap sahabat dunia akhirat aku”

Aku? tetap ego tinggalkan bluetick pada dia. Entah la kenapa. Tapi aku sedih. Sumpah sedih. Kalau boleh undur masa, saat tu aku akan pergi rumah dia, peluk dan bg semangat macam waktu dia hilang abang dia. Tapi itu semua kalau. Kejam kan aku? Sampai sekarang aku takut nak contact dia. Aku takut aku ulang benda sama. Lukakan hati dia, lagi dan lagi.

Sekarang, aku rasa dia bahagia di samping suami dan seorang anak dia yang subhanAllah, comel sangat. Semoga hidup kau terus diberkati, diberi kesihatan yang baik dan bahagia dunia dan akhirat Nur. Walau kita tak dapat jadi kawan macam dulu, aku nak bagitau, aku menyesal tinggalkan kau sorang2 masa kau hampir lemas. Dan aku sayangkan kau. Maafkan aku Nur sebab ada penyakit hati yang musnahkan silaturrahim kita.

Thanks readers yang sudi baca. Aku confess dekat sini, sebab aku tahu, Nur sangat adore dengan page ni. Aku tau dia dah maafkan aku, aku kenal dia. Tapi ntah la. Maaf andai cerita tak menarik. Tak pandai menulis. Banyak yang aku nak kongsi sepanjang kenal Nur, macam mana dia tanggung sakit dia yg diganggu dan masalah emosi, tapi terlalu panjang. Cukup lah ni je kot. Takut jugak kena kecam syok sendiri. Huhu. Moga aku diberikan kemaafan dari Nur. Salam.

– D

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit