Calon Isteri Untuk Lelaki Jujur dan Setia

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin yang tolong siarkan confession ni. Apa yang ingin aku tuliskan kali ini adalah hasil daripada pengalaman aku dan rakan-rakan yang senasib (geng lelaki la kan).

Dalam hidup ini kita akan bertemu pelbagai variasi ragam manusia dalam kalangan lelaki dan perempuan dalam usaha masing-masing mencari jodoh terbaik dunia dan akhirat.

Tapi apa yang ingin aku sampaikan kali ini lebih spesifik kepada golongan lelaki yang……. Teruskan membaca.

Jadi aku hari ni nak fokuskan tips kepada lelaki (sebab aku ni lelaki) yang dalam kategori lelaki Jujur & Setia.

Ada beberapa confession yang aku sempat baca pasal perkara ni . Aku tak nak tulis sinopsis cerita tu kat sini. Boleh baca dalam link yang aku bagi kat bawah sekali ni nanti ya.

Aku sendiri dah alami kesakitan dikhianati juga dipermainkan perasaan walaupun aku telah berusaha sebaik mungkin untuk menghalalkan hubungan tu (memang ada salah kedua-dua belah pihak juga).

Tapi apa yang ingin aku tekankan ialah kesan dikhianati apabila kita jujur dan setia lebih menyakitkan berbanding diputuskan hubungan tanpa sebarang penipuan (ayat aku nampak memeningkan kepala la pulak kan…).

Dan kesan yang aku alami hingga sekarang ialah aku takkan percaya pada perempuan sampai aku mati (Hahahaha!!!!… Jahat jugak la aku ni kan.. Padan muka sendiri….)…

Aku tahu masih ada perempuan yang sanggup menghargai dan menghormati aku untuk dijadikan calon suami, namun aku simpan semua kebaikan mereka dalam doaku…

Hati aku betul-betul dah hancur dikhianati + ditipu + dipermainkan….

Baiklah aku cuba simpulkan cerita macam ni… Anda serius, jujur, dan setia dalam perhubungan. Tetapi pada masa yang sama, si perempuan tu melayan anda juga (konon serius tapi sebenarnya suka dilayan saja)…

Sehinggakan si perempuan terpikat hati pada lelaki lain tapi tetap juga melayan anda macam biasa (nampak tak??? Hati perempuan macam ni sangat bahaya)…

Kemudian sampai satu masa, anda yang tak tahu apa-apa dapat berita yang perempuan tu dah bertunang & akan kahwin dengan lelaki lain walaupun dalam tempoh tu dia masih melayan anda…

Kalau hati anda tak hancur berderai, memang aku sanggup belanja anda makan nasi arab kambing 30 hari 30 malam…. Itulah serba ringkas apa yang telah Allah uji pada diriku yang penuh dosa ini.

Kita berbalik semula kepada topik asal ya. Secara ringkas jenis lelaki yang jujur & setia ni memang tak mudah jatuh hati pada seseorang perempuan.

Selalunya lelaki jenis ni akan sangat tertarik dengan sifat lemah lembut yang semulajadi (bukan gedik atau buat-buat lembut). Lelaki jenis ni juga agak ‘kurang’ dengan perempuan yang jenis kasar sebab mereka lebih menghargai kelembutan (konon lah ya kan)…

Dan lelaki jenis ni juga kalau dah mula sayang pada perempuan tu, memang dia akan betul-betul jaga perempuan tu dari hujung rambut hingga hujung kaki (bukan king control atau mengongkong, tapi lebih kepada tanggungjawab yang tinggi).

Tapi….

Sekali hati mereka dikhianati dan dilukai dan didustai….

Tiada maaf bagi si perempuan yang tidak tahu menghargai nilai kesetiaan dan kejujuran lelaki (zaman sekarang bersepah buaya jantan dan buaya betina)…

Bagi perempuan yang mencari calon suami yang setia, jujur, dan Insya Allah takkan curang sehingga ke akhir hayat, memang zaman sekarang sangat susah nak jumpa lelaki macam ni.

Dan lelaki macam ni Insya Allah baik juga daripada aspek agama (bergantung kepada lelaki yang korang jumpa la kan, tapi kebanyakannya memang alhamdulillah).

Dunia sekarang pun tanpa batasan. Mudah nak jatuh hati dan curang bila-bila masa. Kerjaya nampak gah, tapi amalan wallahualam (bukan bersangka buruk ya)…

Ada versi perempuan lemah lembut, tapi sangat clingy dan mudah untuk curang pada pasangan.

Ada versi lelaki yang jujur dan ikhlas setia, tapi dipermainkan perasaan oleh perempuan.

Ada versi perempuan naif, sampai dipergunakan kebaikan oleh lelaki…

Ada versi lelaki dan perempuan tak sedar diri langsung tak menghargai pasangan yang jujur setia….

Dan bermacam-macam lagi la ya kan…

Jadi aku nak bagi sedikit tips untuk LELAKI yang sebegini kalau nak cari calon isteri (bukan kekasih untuk dimain-main perasaan) :

1. Elakkan mencari calon isteri yang lemah lembut dalam hubungan jarak jauh.

Sebab apa? Lelaki jenis ni suka perempuan lemah lembut. Tapi anda kena sedia maklum, kebanyakan perempuan jenis lemah lembut adalah perempuan yang clingy atau sangat clingy (aku cakap serius ya, jangan kata aku tak pernah beri nasihat)…

Jadi apabila hubungan jarak jauh, perempuan sebegini akan selalu perlukan seseorang di sisi (berhati-hati akan ada golongan lelaki yang mengambil kesempatan dalam kesempitan)…

Tak percaya???? Anda boleh baca dua siri confession ni,

Part I, https://iiumc.com/akibat-yang-mementingkan-diri/

Part II, https://iiumc.com/akibat-yang-mementingkan-diri-ii/ 

Perempuan sebegini akan mudah dibolak-balikkan hatinya bila berjauhan… Jadi…. Fikir-fikirkanlah ya. Bukan semua perempuan lemah-lembut akan curang, tapi kebanyakannya akan berakhir begitu bila situasi jarak jauh… Wallahualam.

2. Segerakan perkahwinan dengan cara yang halal dan betul.

Lelaki jenis ni juga sangat bertanggungjawab dalam keluarga. Jadi, aku sangat mencadangkan terus jumpa mak ayah perempuan.

Kalau perempuan tu bagi alasan tak sedia, jangan sambung hubungan tu. Nanti anda akan merana sebagaimana ada diceritakan dalam confession nombor 2 tu.

Lebih baik anda lupakan perempuan tu walaupun dia lemah-lembut dan nampak sempurna, bagi mengelakkan hati yang hancur dipermainkan perempuan tu pada akhirnya. Teruskan move on cari calon yang lain.

3. Allah menguasai hati-hati manusia.

Hanya Allah yang menguasai hati-hati manusia dan membolak-balikkan hati-hati manusia. Jadi, anda perlu ISTIQAMAH…. Saya ulangi…. ISTIQAMAH…

Istiqamah dalam jaga solat awal waktu selain usahakan solat sunat tahajjud. Petunjuk Allah ni ada banyak cara dan kena usaha sampai dapat petunjuk yang kuat. Tak semua petunjuk tu diperlihatkan secara zahir.

Jodoh adalah rahsia ketentuan Allah.. Insya Allah moga kalian berjumpa dengan bidadari terbaik di dunia dan akhirat… Jangan jadi macam aku… Selamat tinggal impian….

– Ahmad Yazid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *