Cara Allah Tunaikan Doa Kita

Cara Allah Tunaikan Doa Kita

Assalamualaikum semua. Andai tersiar, alhamdulillah, moga hajat semua orang termakbul dan kita dibantu untuk ‘notice’ yang hajat tu dah termakbul.

Sedikit pengenalan, aku perempuan, berumur awal 30-an. Baru saja berhijrah setelah bertahun-tahun ignore perintah Allah. Aku nak share beberapa magic yang terjadi dalam hidup aku (yang paling recent dan yang paling terkesan). Cara dan bentuk2 Allah tunaikan hajat/impian aku sampai buatkan aku rasa sweet sangat kasih sayang Allah ni. Lets make it short and sweet eh? Moga kita beroleh semangat positif untuk terus menaruh harapan dan berdoa melalui sharing yang positif. Amin.

1) Nak naik KLCC.

Aku pernah teringin nak naik KLCC. Tapi aku anak orang biasa. Mak dengan ayah pekerja biasa-biasa, so impian nak naik tower tu macam jauh sangat. Aku tak pernah pun sebut kat sapa-sapa pasal ni, tapi impian ni jadi one of the reason aku amik jurusan aku sekarang ni. Tapi aku struggle pon dalam study so sudahnya harapan tu macam terpadam. Aku siap nak tukar haluan lagi. Nak jadi cikgu la nak jadi tukang kek la ape lah (patah hati la kononnye).

Aku apply kat banyak sangat firm tapi takde satu pun yang accept. Last aku dapat kerja dengan company renovation/interior (sedikit menyimpang tapi ok lah) aku pun ok je lah redah je lah. Tapi siapa sangka, satu hari, boss assign aku handle project renovate pejabat kat level 60++ kat one of the tower tu. Allah…turun naik aku KLCC tu seminggu 2, 3 kali. Setiap kali aku naik lift, aku terasa sangat kerdil diri ni.

Siapa sangka, bukan ketika kerja dalam firm yang aku diberi jalan untuk merasa naik twin tower. Rupanya company renovation ni. Huhuhu. Subanallah, Dia Maha Mendengar. Terkenang saat tu, berair mata aku ni ha T__T

2) Jodoh.

Perkara paling kliselah kan. Aku jenis malas nak layan orang (advances lelaki). Everytime orang tanya apa ciri-ciri lelaki idaman, aku tak boleh jawab. Sbb aku jenis jujur kot? Aku nak yg standard la. Lelaki yang Allah redha. Tapi aku plak for the first 30 years of my life spesis langgar arahan Allah (aku takde la pg clubbing pergaulan bebas bagai tu tapi still dalam category berat la) aku tak terluah yang aku nak lelaki jenis tu.

Sejenis ‘best friend’ yang kau boleh cakap apa pun lah and be comfortable to be weird with yang mana Allah redha. Tapi sebab mengenangkan all the dosa yang aku buat, aku tak sanggup nak mintak. Tapi lewat umur 20-an aku, Allah betul2 hentak (bukan jentik dah. mmg literally hentak sampai berkecai) pintu hati aku and buat pertama kalinya aku sujud dan mintak Dia hadirkan sesaorang (jodoh) untuk aku share hidup aku. Ranap terus aku yang dulu.

Lepas Dia uji aku kaw-kaw, Dia hadirkan dan tunaikan doa aku. Orang yang akhirnya jadi suami aku ni memang bestfriend aku. Bro aku. Baik, jaga solat. Memang seorang yang aku boleh transparent habis-habis (mcm mana taknak transparent, dia dah tengok sisi paling cacat aku time kitaorg kawan kan. All the stupid things we said, all the bahan-membahan between us, maki memaki hmmm ape lagi haih) boleh share impian aku tanpa kene gelak, yang accept aku tak pandai kemas rumah (benda paling aku malu), yang sama-sama collect Gundam (malahan dia lagi nerd dari aku, ada cerita best pasal Gundam ni. Between aku, dia dengan mak mertua aku dan Gundam hahaha), sama-sama minat benda yang pelik-pelik. Berhuhu aku kadang-kadang mengenang benda ni.

Rupanya Allah tangguh jodoh aku sebab ‘perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’. Aku la kot yang tak baik-baik tu yang tertangguh lalu kawin lewat hahahha. Wallahualam. Apa-apa pun, alhamdulillah…Allahuakbar.

3) Baju/kek/gubahan hantaran kawin.

Aku pernah berangan nak buat baju dengan kek kawin sendiri. Waktu aku nak kawin hari tu, aku tak kerja. Aku just jual cookies je buat kat rumah. Duit macam ngam-ngam nak bayar kereta (i lost my job atas sebab-sebab tertentu) dan boleh la beli sikit-sikit barang hantaran. Bunga hantaran pun aku recycle kaw-kaw adik-adik aku punya. Mungkin itu sebabnya Allah cipta naluri aku ni tak suka nak gam-gam bunga hantaran kot. Aku lilit dan anyam dengan dawai. Sampai turn aku, aku lerai balik bunga tu, gubah semula. Jadilah hantaran baru.

Baju pulak, serious. I sew my own baju nikah, baju bersanding. (tapi siksa la kan. sebab takde duit nak hantar jahit manik so aku gigih la jahit manik2 tu. lepas tu sebab takde pengalaman aku tak reti la nak short-cut. took me 2 weeks MANIK SAJA ok guysss itu pun aku cheating bubuh sikit2 je so jangan la merungut kalau upah jahit manik tu mahal sikit sebab renyah teramat. taubat akuuuuu) mama aku sponsor kain, aku tinggal jahit je. Kasut, aku recycle kasut raya.

Lepas tu, kau percaya tak? Aku buat baju sanding aku guna kain COTTON. ada la 2, 3 member aku yang fashion designer cakap tak bridal la guna cotton kan, but i proved them wrong. Baju aku tu selesa, dan takde orang realize pun itu cotton and rata-rata puji Alhamdulillahhhh aku nangis sbb bila pakai ok rupanya (sebab banyak sgt komen aku jadi insecure and rasa baju tu tak lawa). So guys, ingat, kau yang pakai baju tu, bukan baju tu yang pakai kau. (sayangnya now dah takle pakai sbb berat dah naik. doakan aku berjaya turunkan berat balik pleassse T_T)

Kek kawin. Aku jenis picky. So last-last aku bake sendiri. Seumur hidup aku, aku tak boleh bake cake. Confirm BANTAT. Tak naik, padat muak. Tapi untuk majlis aku, Allah izi kek tu jadi. Fuhhhh T_T Allahuakbarrrrr.

Satu hari tu, aku duduk2 fikir dan muhasabah balik, terlintas yang hikmah Allah tak bagi aku kerja and tak berduit time nak kawin tu sebab nak tunaikan impian aku nak jahit baju/buat kek/gubah hantaran sendiri. Kalau aku kerja, mana ada masa, plus aku tak sihat time tu dan energy level aku teruk. Almost 100% aku akan hantar kedai or beli siap or sewa, ye tak? Allahuakbar. Meremang bulu roma aku waktu aku sedar semua ni. T____T “Maka nikmat mana lagi yang hendak kau dustakan?”

4) Kerjaya.

Aku ada mention yang aku struggle waktu belajar kan? Aku rasa saaaaangat rendah diri. Aku bukan jenis boleh design, aku more to problem solving lepas tu aku suka baca law. Bagi aku design aku lost. Hahaha. Sebab tu la aku rasa down sangat.

Lepas aku kawin, aku join firm suami aku. A small firm yang baru nak start (doakan kami please…permudahkan urusan kami, kasi job masuk dan menjadi/proceed ya so company boleh sustain dan ada income) and aku pulak time tu teringin nak rasa gaji tinggi, plus teringin nak dapat ‘real professional experience’. For your record, gaji aku among classmates aku the lowest. Aku jarang doa specific untuk aku, tapi aku banyak doa untuk suami aku. Ya Allah, bagilah gaji suami aku naik RMxxxx. In a very strange twist of event, aku pulak tiba-tiba dapat that amount of gaji yang aku doakan untuk suami aku.

Cara dapat? Kitaorg advertise ada satu position tu with gaji RMxxxx, tapi sebab rate low sangat takde orang luar yang sudi dan time was running out, so office kena turunkan aku untuk fill position tu. Sudahnya aku dapat 1) merasa gaji RMxxxx yang aku doakan untuk suami aku, 2) dapat belajar express pengalaman industri yang aku nak sangat sangat sangat. So sekarang aku dapat kenalpasti kekuatan aku dalam industri ni dan plan nak kembangkan sayap aku. Please doakan urusan kita semua dipermudahkan ya.

Kat sini, janji yang mengatakan setiap kali kita doakan orang, malaikat akan aminkan dan doa untuk kita balik is true. So ape lagi, marilah kita-kita grab this golden opportunity.

5) Anak.

Aku doakan orang lain dapat anak. Orang yang sangat2 nakkan anak…before doa aku untuk kawan-kawan aku ni makbul, aku dapat dulu anak. Tapi sekarang diaorg pun dah dapat anak. Everytime berita lepas sorang, sorang dapat anak setelah lama menunggu sampai kat aku, menangis aku huhuhu T____T betapa agungnya kuasa kau ya Allah. Siap dapat anak ikut jantina yang diaorg nak lagi. Allahu.

So kawan-kawan…. korang doakanlah orang lain banyak-banyak eh. Takyah bagitau lagi bagus, doakan sahabat-sahabat dengan bersungguh-sungguh. InsyaaAllah. Kita tak rugi, malah confirm beruntung. Doakan orang juga is a way to kill hasad dengki :)

6) Nama aku ‘yang memakmurkan’.

For a time aku wonder kenapa life aku lain macam je perjalanannye. berat-berat belaka (aku la yang rasa berat) so aku terus tanya mak aku, “mama apa yang mama doakan untuk i eh?” mama cakap pegi study maksud nama kamu. Tersentak aku. Yang Memakmurkan tu according to satu ustaz yang aku jumpa waktu aku masih belas-belas tahun, berat, so since then aku pun suruh orang lain tukar panggil aku nama lain. Now aku rasa lega sikit.

Ye la, sebab orang dok doakan kau yang kaw-kaw melalui nama kan? So berhati-hatilah bila pilih nama sesaorang tu. jangan kau panggil dia ‘pelacur’ kau rasa apa jadi kat dia? tak baik tau. panggillah nama-nama yang elok untuk sahabat-sahabat kita insyAllah kita pon benefit sekali nanti. Aku masih pakai nama ‘yang memakmurkan’ nih tapi only in professional situation hihihi.

7) Detikan-detikan hati yang random lainnya.

Teringin nak ajar kelas buat sabun. Few years back aku dikenalkan pada seorang lady ni. Kitaorg kenal gitu-gitu je on off borak kat FB or Instagram. Tapi tiba-tiba baru ni dia contact aku suruh run kelas sabun kat a high-profile vendor event. Happy tak terkata aku time tu. Alhamdulillah…so buatlah baik dengan siapa-siapa pun. Kita tak tahu apa sebab Allah hantar sahabat tu dalam hidup kita…mana tahu sahabat tu yang akan jadi perantara hajat kita dimakbulkan.

So lepas ni aku berimpian nak dpt invitation dari Yuna pulak nak hold kelas sabun cold process kat tempat dia tinyforestsj, hahahahaha. Kalau jadi kenyataan, alhamdulillah. Kalau tak mesti jadi kenyataan tapi dalam bentuk lain alhamdulillah jugak. Sejujurnya aku suka buat sabun cold process tu. Sabun kunyit la, arang lah, frankincense la lavender la tapi tu la, buat banyak-banyak takde tempat nak simpan (plus rabak poket aku buat buat buat je kan nanti ada la kena sound dengan encik suami) so aku tengah cuba nak jual, tapi tak pandai promote. Mcm mana eh diaorg buat sales best-best? I wonderrrrrr. Ape-ape pon doakan aku temui ‘breakthrough’ untuk sabun-sabun aku ek. Moga Allah balas kebaikan kalian tolong doakan aku. Amiiiin.

Teringin nak beli ada satu model oven nih, tapi bajet tak cukup lagi T_T. Tapi sebab teringin sangat (kes dah lama sangat tahan) aku pon pegi je la satu kedai ni konon-konon nak usha je. Kau tahu? Oven tersebut sale ngam-ngam bajet akuuuu terus terduduk aku kat situ terkejut. Apa lagi, dari usha, aku angkut la. Balik rumah, berbunga-bunga hati dapat oven baru, hahahaha.

Dan banyak lagi~

Kesimpulannya? Teruskan berdoa, teruskan mengharap, kalau rasa down tu, muhasabah dan cuba trace balik kebaikkan-kebaikkan yang terjadi dalam hidup ini. Banyak je magic yang jadi dalam life ni…kita je yang sometimes alpa dan lalai dalam noticing these magic. Cara aku, bila down, aku akan mula tulis semua benda-benda magic yang terjadi dalam life aku pastu nanti happy balik. InsyaaAllah. For all those yang rasa putus dan hampa, Allah itu ada. Silakan rasa down, tapi jangan lama-lama nanti naiklah balik ya. Terus patah balik semula kepadaNya. InsyaaAllah.

Langit tak selamanya gelap, lepas tu Dia Ar-Rahman, Ar-Rahim, As-Sami’ dan Dia Maha Adil. InsyaaAllah. Aku doakan korang dapat doa-doa mustajab, diberikan kebahagian dan ketenangan dunia dan akhirat dan di makbulkan segala hajat tak kisah kecik atau besar. Aminnnn.

– ‘Yang Memakmurkan’

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit