Cara Approach Wanita

Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih kepada admin iiumc sekiranya sudi menyiarkan posting saya untuk kali ni walaupun posting ni agak mainstream di page IIUMC ini.

Saya harap perkongsian saya bermanfaat kepada lelaki lelaki yang masih sepi diluar sana, tapi insysaAllah dengan mencuba cara saya ini, sebab banyak lelaki2 yang baik diluar sana susah nak jumpa bukan sebab takde, tapi lelaki baik ni banyak yang tak pandai memikat hati perempuan.

Jadi disebabkan ini mereka terlindung dan payah dijumpai padahal hakikatnya mereka memang ramai, kemungkinan raya tahun depan ada peneman hidup anda yang boleh memakaikan anda butang baju melayu instead of mintak mak atau adik tolong pakaikan di pagi raya.

Posting beberapa tahun lepas saya ada berkongsi perihal tips mencari jodoh dilaman iiumc (tips mengelak forever alone) (https://iiumc.com/tips-elak-forever-alone/), yang mana bersifat lebih umum, kali ni saya tulis agak spesifik sedikit,

Okay , terus kepada inti yang paling penting iaitu :

1) Niat

Ya, ini paling penting sekali kalau bro bro single yang low self esteem diluar sana yang juga tak pandai memikat wanita. Kalau niat kita baik terhadap seseorang wanita itu, InsyaAllah akan permudahkan urusan kita.

Niat kena betul iaitu untuk berkenalan dan memperisterikan. Kita berhadapan dengan makhluk Allah yang punya hati dan perasaan. Jadi janganlah sesekali kita berniat tidak baik terhadap kaum hawa yang patut kita lindungi. Ingatlah, setiap perbuatan ada balasannya.

2) Jangan Gopoh dan Gelojoh

Sebelum kita memulakan sesi perkenalan, jangan asalkan nampak cantik dan menarik je terus rasa nak try kenal, sebaliknya selidik dulu latar belakang wanita yang kita minat tu macam mana.

Zaman sekarang ni semua maklumat di hujung jari, pastikan bahawa wanita itulah yang kita nak untuk buat isteri kita nanti, kalau hanya bersandarkan rupa dan fizikal semata mata memang rugi, sebab rupa akan pudar dimamah waktu, kulit yang tegang bakal kedut lagi kendur, sedangkan kita nak bersama dia sampai akhir hayat.

Jadi selidik dulu, jadilah detective Conan untuk sementara waktu, lepas tu anda tentukan sendiri bahawasanya perempuan ini sesuai untuk dijadikan isteri atau tidak, gunakan akal yang Allah beri, bukannya hawa nafsu,

3) Cermin diri

Yang ni pun penting juga ya bro bro sendu diluar sana. Kadang2 kita kena terima hakikat yang rupa kita memang seperti timun atau getah sekerap, kulit macam jalan tar, bahasa sopannya adalah tidak menarik dan tidak hensem.

Lepas tu kita nak cuba dekati perempuan yang kita suka tu yang mukanya hybrid antara mira filzah dengan Alexandra daddario, memang tak dapat la brader. Bukannya mustahil, tapi peratusan untuk dapat tu macam shampoo head and shoulder tapi kita letak rendah sikit la dalam 90 percent.

Ya, kita harus akui yang lelaki masih tak laku ni majoriti rupa memang takde, kalau ada rupa memang tak perlu anda membaca postingan saya ini, jadi saya sarankan selera tu jangan terlalu tinggi sangat, melainkan muka anda seperti Jensen Ackles, tu lain cerita lain topik.

4) First impression

Ini juga salah satu elemen penting untuk memikat hati wanita. Pertama sekali kita kena bersih, wangi dan kemas. Kemas tu tak bermakna kita kena pakai baju branded, cukuplah sekadar dengan baju bundle pun boleh membuatkan anda nampak menarik, tak perlu fashion2 sangat.

Cukuplah sekadar anda tu tidak selekeh, kena pandai la matching kan pakaian, ni pakai baju batik lepas tu pakai tie, seluar pula seluar baldu boot cut dengan tali pinggang getah bersama dengan kasut kungfu, dressing macam tu aku tengok pun rasa nak ludah kat muka, cukuplah sekadar tidak terlalu menonjol.

Lelaki paling senang nak dressing, seluar tak gelebeh, baju sesuai dengan tubuh badan, baju, tali pinggang, kasut tak lusuh sudah cukup untuk membuatkan anda nampak menarik. Benda ni cukup cukup penting untuk menarik perhatian wanita. Mulut dan bau badan kena sentiasa wangi, rambut rapi, invest la sikit kan untuk gromming sendiri, muka tak hensem tak bermakna anda harus selekeh dan busuk.

5) Sosial media

Yang ni saya dah pernah sentuh dalam posting lepas, dan saya ingatkan sekali lagi, profile sosial media kita ni sebagai resume kita, macam kita nak mintak kerja. Resume yang ingin diberi mestilah menarik bukan? Baru majikan tertarik untuk ambil kita bekerja, macam tu lah dengan wanita.

Kalau ada facebook dan instagram, tak perlu upload gambar selfie memanjang, atau update status setiap masa, cara untuk memuat turun gambar dalam profile kita tu juga memainkan peranan, ni gambar profile tunjuk jari tengah sambil rokok kat mulut atau gambar tengah hembus asap, kau ingat smart ke brader?

Pendek kata profile laman sosial kau tu janganlah macam budak busteng dan rempit, zaman2 jahiliah tu semua dah berakhir, sekarang masa untuk kau cari pasangan dan membina keluarga. Ambil lah contoh profile kawan2 yang anda rasa menarik untuk dilihat, sebab bila anda ‘PM’ @ ‘DM’ perempuan, kemungkinan besar mereka akan stalk profile anda dulu macam mana di laman sosial untuk menentukan samaada anda ni layak untuk dilayan atau hanya layak untuk di tidak pedulikan sama sekali.

Buatkan profile anda menarik untuk dilihat, sebagai contoh post tentang pencapaian anda dalam mendaki gunung, aktiviti anda diluar, tunjuk yang anda tu seorang lelaki yang ada masa depan dan mempunyai kehidupan yang menarik,tapi jangan terlalu over, just keep in simple. Perihal isu2 sensitif macam politik dan lain2 saya sarankan, kurangkan, takut perempuan turn off bila ada terlalu taksub dengan sesuatu perkara. Mulut dan kata2 dalam laman sosial kena jaga, jangan duk carut marut maki hamun @ post share benda pelik pelik.

6) Belajar dari kesilapan

Jika anda telah mengikuti tips2 saya pada posting yang lepas tapi masih tidak berjaya, dari situ anda harus kaji balik dimana silap anda. Mungkin anda nampak terlalu desperate. Muhasabah diri dari mana anda perlu perbaiki, mungkin dari segi sikap anda, kata2 anda dan lain2.

Kena ingat, jika anda rasa diri anda di reject sebab harta dan rupa, kemungkinan tekaan anda tu salah. Kebanyakan perempuan zaman sekarang ni bukan hadap sangat kat duit dan rupa kita. Cukuplah sekadar dia tahu kita mampu tanggung dia dah cukup. Kalau betul sebab duit, tu bermakna perempuan tersebut bukanlah pasangan yang baik untuk anda.

7) Persediaan

Ya, persediaan, persediaan untuk anda berumah tangga, saya sarankan anda tidak perlu bercinta lama2 cukup lah 1-2 tahun untuk kenal hati budi masing2, sebab mengikut pengalaman saya dan rakan2 yang lain, perempuan ni hati dia cepat berubah.

Perasaan wanita terhadap kita boleh berubah 360 darjah dalam sekelip mata, jadi jangan biarkan mereka menunggu lama lama. acam yang saya sebut pada awal tadi iaitu niat, anda berkahwin bukan sebab anda hanya memenuhi hawa nafsu, tapi sebab anda dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.

Kalau boleh nak approach wanita tu biarlah anda cukup sedia dalam perbelanjaan2 untuk kahwin kelak, kalau anda tidak bersedia dari segi ekonomi. Saya sarankan anda bina dulu ekonomi anda, anda tak perlu kaya, tapi sekadar cukup syarat (ada kereta, income tetap), janganlah kita menyusahkan anak dara orang nanti. Zaman sekarang semua pakai duit bro, takkan la kita sanggup biar anak bini kita kelaparan @ meminta2,

8) Doa

Ini yang terakhir sekali, kita sentiasa kena berdoa dan meminta kepadaNya, sebab yang pegang dan membolak balik hati manusia ni adalah Allah SWT. Kalau kita nak pasangan yang baik, pertama sekali kita kena jadi baik dulu.

Itu sahaja yang saya dapat kongsi kali ini. Pesanan saya, janganlah tanam mentaliti bahawa tak kahwin pun takpe, sesungguhnya perkahwinan itu dituntut dalam agama kita. Lagipun nanti kita tua atau masuk kubur nanti ada jugak yang boleh mendoakan kita kelak, atau jaga ketika kita sakit nanti. Masa muda boleh la sembang kemas kata dah selesa hidup bujang, tapi dah tua nanti? Janganlah kita duk menyusahkan orang lain di masa hadapan kelak,

Sekian terima kasih,

– As-Ri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *