Cara Diet Paling Santai

Assalamualikum semua, di sini aku akan senaraikan cara diet paling santai.

1. Ini berdasarkan cara aku sendiri dalam usaha mengurangkan berat badan dengan cara sangat santai dan tidak ekstrem. Ini penting kerana misi kau ialah untuk ubah gaya pemakanan kau dan bukan diet untuk jangka masa pendek sahaja. Setakat ini cara aku ni berkesan untuk turunkan 500gram-1kg setiap minggu. Dari bacaan aku, jika korang hilang lebih 1kg setiap minggu, bermakna ianya tidak terlalu sihat, tetapi bergantung pada berat kau jugak.

Untuk info dan rujukan, berat aku sebelum diet ialah sekitar 80kg dan tinggi aku dalam 171cm. Kalau korang lebih berat, mungkin lebih banyak kg kau akan hilang dalam masa seminggu. Untuk rujukan juga, aku bukanlah jenis terlampau gemuk dari kecik cuma biasalah lelaki kan, bila menganjak usia metabolism makin perlahan hihi. Jadi kebiasaannya memang berat aku turun naik berdasar matlamat aku. So ini sedikit tips daripada aku.

2. Set mentaliti kau. Perkara pertama yang kau harus buat ialah ubah mentaliti. Pastikan ada big why kenapa kau nak buat menda ni. Sebab mulai saat ni kau akan tukar cycle hidup kau. Kau dah tak boleh makan sesuka hati. Nampak mudah kan? Percayalah kau akan putus asa pada percubaan pertama atau kedua..aku sendiri biasanya akan menjadi pada percubaan ke 5+. Sebab tiada matlamat jelas. So bila dah tercheat diet aku akan rasa give up dan malas nak teruskan. DON’T. Sebab tu kena ada matlamat jelas.

Macam aku sekarang, dalam masa 3 bulan lagi aku akan bercuti, so aku akan set mind aku yang aku kena bertahan 3 bulan. And penting juga untuk kau supaya jangan terlalu over expectation. Kebiasaannya minggu pertama dan kedua tiada kesan sebab body kau tengah re-adjusting dengan cara pemakanan baru.

3. Diet. DIET TIDAK MEMERLUKAN KAU KELAPARAN! Walaupun banyak fahaman di luar macam ATKINS dan sebagainya, aku lebih suka diet yang santai. Cara diet aku, mudah. Aku KIRA KALORI. Kau install apps kira calori dekat fon untuk memudahkan kau pantau kalori intake kau. Kau kena ingat nak turunkan berat badan calori intake mesti negative. So biasanya lelaki normal perlukan 2500 calories. Jadi cuba susun pemakanan kau setakat 1800 calories setiap hari. Memang nampak remeh dan leceh tapi sebenarnya bila kau dah faham berapa calories setiap makanan kau amik, kau akan lagi senang pantau diet.

Contoh cara aku. Di sebabkan aku kerja office yang tak banyak berjalan, biasanya aku tak ambil sarapan. Sekadar sebijik nugget dan air masak. Atau sebijik telur should be enough. Tengah hari ialah masa kau melantak. Jangan amik nasi sangat, kalau nak ambil portion kecil sahaja. Biasanya aku skip nasi, and amik ayam quater (beli dekat kedai nasi ayam). Had lunch kau ialah 400-500 calories sahaja.

Kau boleh amik nasi sikit, lauk (ayam or ikan) and kalau lapar gila lebihkan sayur or lebihkan lauk. And of course lebih baik kau cari makanan yang grill. Tapi nah..susah kot nak cari *bujang malas nak masak.
And makan malam. Ambik lauk je. Aku biasa beli sardin and makan dengan roti (wholemeal) dan telur. Jadi total:

Sarapan= Telur (60cal)
Lunch= Ayam quarter (400cal)
Dinner= Telur (60cal) + Sardin (200cal) + roti sekeping (60cal)

Total= 780cal.. walah.. banyak lagi balance.. so ambil lah buah-buahan.. pisang ke apple ke.. in between kurangkan lah minuman manis.. *aku susah nak buang perangai nescafe.. so just ikut mana yang kau mampu.

Ini adalah diet plan aku yang pada aku cukup buat aku kenyang. Kalau korang ada nafsu besar lagi, customize diet tu. Makesure kurangkan carbo macam nasi. Tetapi amat penting untuk korang faham bahawa calories bukan bermaksud tidak baik, banyak calories lain yang elok. Makesure kau amik buah-buahan atau sayuran untuk keperluan nutrition yang cukup. Berhenti beli makanan frozen atau snack. Kalau teringin jugak amik sikit dah la. Jangan terlalu sikit makan, bahaya untuk badan kau.

4. Workout atau bersenam. Untuk menurunkan berat badan 80% ialah cara makan dan 20% ialah exercise. Ini biasa kita dengar. Tapi pada aku ianya lebih kepada memperkukuh objektif kau. Bila kau workout kau akan rasa lebih fresh, dan komited untuk teruskan gaya hidup baru. Korang pergi gym, mula dengan berlari di treadmill dan kemudian perlahan-lahan cuba bermain dengan dumbbell dan sebagainya.

Cardio seperti berlari hanya bakar kalori dalam jangka masa pendek sementara weight training akan bakar calori dalam jangka masa panjang. Kalau tak mampu pergi gym, jogging la di sekitar taman kau. Kalau dah malas sangat workout je dalam bilik kau, berlambak tutorial dekat youtube. Tips aku ketika jogging ialah dengar lagu. Kalau dah feeling layan lagu korang tak kan pikir sangat pasal penat. Cuba jadikan rutin 3 atau 4 kali seminggu. Jumaat Sabtu Ahad dan satu hari di antara Isnin hingga Khamis.

5. Korang akan lalui perjalanan turun dan naik tetapi tak mengapa. Tiada siapa yang cakap perkara ini mudah. Tapi jadikan diet ini sebagai satu jihad korang untuk badan yang lebih sihat. Aku suka tengok video transformation dekat youtube. Mat Salleh tu lagi gemuk gedabak tapi dieorang mampu ubah diri mereka, kenapa kita tidak? Perlahan-lahan ambil masa, tiada siapa yang kejar kau.

6. Untuk penutup, pada pandangan aku, rakyat Malaysia mudah jadi gemuk sebab kita terlalu banyak makanan kunyahan dan side food. Pagi kita ada nasi lemak dan kueh, tengah hari:- nasi campur, petang:- goreng pisang/ abc/ cendol, malam:- nasi goreng dan tengah malam:- makanan frozen. Kalau kita cut makanan-makanan side itu sebenarnya ianya sudah lebih dari cukup.

Aku harap perkongsian ini dapat membantu untuk diet secara santai. Dulu aku buat silap apabila terlalu kerap ikat perut sampai perut masuk angin. Jangan buat kesilapan sama. Enjoy your diet and struggle! Kau akan puas bila orang start tegur, eh dah makin kurus? Hehehe waktu tu kau akan rasa motivate gila. Sekian sahaja dari aku, semoga bermanfaat.

– Dil

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *