Cara Saya Berurusan Dengan SV Ketika Master

Assalamualaikum dan hai. Saya seorang lelaki bernama Z dan baru habis master tahun lepas. Disini saya nak cerita bagaimana saya berurusan dan ambil hati supervisor (sv) saya semasa tempoh pengajian saya dulu.

Mode pengajian saya adalah secara penyelidikan. Alhamdulillah saya dapat siapkan pengajian saya dalam tempoh 1 tahun 6 bulan dan telah bergraduasi hujung tahun lepas.

Supervisor saya ialah perempuan dan mempunyai keluarga yang bahagia. Saya telah menyemak latarbelakang sv sebelum saya memilih beliau.

Jadi, disini saya senaraikan beberapa point yang saya telah lakukan ketika berurusan dengan sv bersesuaian dengan latarbelakang nya.

1. Saya cuba guna bahasa yang sesuai ketika berurusan. Saya menggunakan gelaran yang sesuai dengan kedudukan dan jawatan beliau. Kebiasaannya saya memanggil sv saya dengan panggilan DR. Walaupun, Sebenarnya sv saya membahasakan dirinya sebagai akak dengan saya.

Namun, disebalik keterbukaan sv saya dengan gelaran “akak”, saya perlu sedar bahawa saya adalah students nya. Pada masa yang sama, saya meraikan keterbukaan sv saya itu dengan memanggil beliau akak dalam keadaan tertentu.

2. Hormati masa sv.

Jika saya ingin buat appointment, saya akan tanya bila masa yang sesuai untuk jumpa. Saya akan sedaya upaya untuk ikut masa perjumpaan sesuai dengan masa sv saya. Saya sentiasa tepat masa ketika setiap kali perjumpaan (Maaf, ini bukan untuk puji diri sendiri).

Sebagai contoh, kalau saya telah buat appointment jam 10.00 pagi. Tepat jam 10 saya akan ada depan pintu ofis sv. Selalunya saya akan datang awal, saya tunggu sehingga tepat waktu baru saya akan bagi salam di depan ofis sv.

Dan jika saya terpaksa ubah masa, saya akan maklumkan pada sv melalui WhatsApp. Walaupun perubahan itu hanya 15 minit dari masa appointment.

Saya tidak datang awal atau lewat dari masa yang dijanjikan sebab mungkin pada ketika itu sv sedang sibuk. Saya boleh kira hanya satu atau 2 kali sahaja saya datang tidak tepat, itu pun yang terlewat beberapa minit. Bila saya hormati masa sv, beliau akan hormat masa saya.

3. Sekali sekala bawa hadiah.

Ini lah senjata rahsia saya tambat hati sv untuk sentiasa bersemangat berurusan dengan saya. Hehe.

Saya dapat tahu bahawa sv saya seorang yang suka makanan manis dan tidak suka makanan masam. Ada masa saya just buat suprise bagi hadiah makanan. Ada jugak saya bertanya dulu adakah dia mahu makan.

Makanan simple yang saya selalu hadiahkan seperti coklat, cokodok, pisang goreng, teh ais dan Air kotak. Kadang2 saya hanya bawa air mineral saja. Lain2 hadiah saya bagi ketika birthday dan ketika saya ada duit lebih. Ada jugak saya hadiahkan buku dan kitab agama.

Malah masa hujung pengajian, saya bagi hadiah tanda terima kasih. Hadiah2 yang saya bagi tu tak mahal, tapi saya pilih hadiah yang akan sv saya guna selalu dan ingat.

4. Kawal perbualan di WhatsApp.

Walaupun sv saya sentiasa terbuka untuk saya bertanya soalan atau berbincang melalui WhatsApp. Namun, saya cuba hadkan perbincangan melalui WhatsApp ketika diluar waktu pejabat terutama hujung minggu.

Walaupun ada ketika, saya perlu bertanya soalan diluar waktu pejabat, saya cuba ringkaskan perbincangan bagi menghormati masa rehat sv bersama keluarga.

5. Saya control tidak menunjukkan kekusutan dalam pengajian kepada sv.

Hanya sekali sekala saya selitkan masalah peribadi saya dalam perbualan. Itu pun hanya sedikit. Mungkin 5 peratus sahaja daripada perbualan kami.

Jika ada sesuatu yang saya tidak boleh buat atau susah dalam kajian. Saya akan cari jalan untuk terangkan pada sv dalam keadaan yang tenang dengan reaksi muka bersahaja. Alhamdulillah, sv saya sentiasa peka terhadap setiap isu yang dibincangkan.

Tujuan saya control kekusutan terhadap sv supaya suasana perbualan positif dan sv tidak serik untuk terus berurusan dengan di masa akan datang. Kalau ikutkan masalah, setiap masa kita bermasalah. Lebih baik kita bincang jalan penyelasaian untuk setelkan masalah.

6. Saya berusaha menjaga batas pergaulan.

Sv saya seorang yang mudah mesra dengan semua students nya. Saya merupakan antara students yang kerap datang ke ofisnya untuk berbincang mengenai kajian. Sekurang kurang nya seminggu sekali mesti saya akan pergi berjumpa sv.

Oleh itu, saya berusaha menjaga batas pergaulan dengan menghadkan topik berbual yang tidak menyentuh hal peribadi, hadkan tempoh masa perjumpaan (paling lama hanya sejam lebih sikit).

Kami langsung tidak merancang aktiviti luar jika hanya kami berdua sahaja yang terlibat, setiap kali perjumpaan pintu ofis nya dalam keadaan terbuka.

Pernah jugak saya hadiahkan sv penyendal pintu sebab penyedal yang lama dah tak berfungsi dengan baik. Selain itu, jika ada perjumpaan diluar ofis kami akan berjumpa di tempat awam.

Berdasarkan point2 ini, Alhamdulillah sv saya mudah dan suka berurusan dengan saya. Pengajian master saya berjalan dengan lancar. Sv saya juga selalu hadiahkan saya sesuatu termasuk makanan. Kadang2 apa je yang ada dekat ofis terus dibuka untuk saya makan disitu.

Dia jugak pernah ajak saya keluar makan di cafe bersama rakan sekerjanya. Bila musim raya, dia bagi duit raya. Bila ada tugas RA dia akan bagi pada saya untuk dapat income.

Kenangan pengajian master saya adalah kenangan terindah kerana mempunyai sv yang baik dan professional. Mari kita doakan supaya sv saya dimudahkan urusan dunia dan akhirat. Sekarang ni dia dalam proses mohon professor madya.

Kelayakan dan sifat professional beliau, saya yakin dia sangat sesuai untuk ke next stage. Kepada yang masih menyambung pengajian master atau PhD, terus lah menjaga hubungan baik dengan sv dan sentiasa positif dalam hidup. Aamiin.

Yang benar,

– Students manja Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *