Cara Tangani Friendzone

Cara Tangani Friendzone

Assalamualaikum semua. Harap admin approved coretan aku ni. Friendzoned ni bagi aku sama je la dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Lebih kuranglah, hahaha. Takpe ya akhi ya ukhti sabar2. Aku nak share la pengalaman aku kena friendzoned ni bukan sekali tapi dua kali. Sedih baq hang, tapi bagi aku cara nak atasi masalah friendzoned ni kau kena guna formula 3R. First redho, respect dan revenge. Jangan terkejut dulu bila aku sebut revenge.

First kita bincang dulu pasal yang pertama, redho. Bila kau dapat tahu yang orang kau suka tu just anggap kau tak lebih dari seorang kawan konfom kau akan rasa sedih. Aku sendiri siap menangis la nk bagitau sama korang. Biasala bila orang yang kita sayang tapi dia tak syg kita mcm mana kita syg dia. Sakitnya tuh disini la. Pengalaman aku sendiri aku bila dpt tau biasanya kau dapat agak la, benda simple kot contohnya bila kau chat dia, dia balas punyala lama kadang2 tu tak balas langsung tu lagi sadis.

Tapi bila dia yang chat kau perghh laju je kau balas ye. Hahaha boleh agak la.. Benda boleh rasa. Aku personally aku memang akan rasa sedih tapi lama kau kena redho cinta tak oleh nak paksa bro. Redho tu bukan mudah makan masa jgk la. Cakap memang senang tapi perghh orang yang pernah kena friendzoned ni tahu la perasaan dia. Kau kena redho untuk lepaskan perasaan kau terhadap dia. Takpe bro perancangan tuhan lagi elok. Stay positif.

Point kedua, respect dia. Aku respect sume orang yang pernah friendzoned kan aku ni. Maksud respect disini kau kena hormat pilihan hati dia. Sapa dia suka lagi sakit kalau dia suka kawan kau sendiri.. Silap2 boleh gaduh ohhh dengan member. Hahaha tak yah jadi bodoh la. Tak berbaloi pon bergaduh sebab perempuan. Kau kena selalu sokong dia. Selalu ade untuk dia walaupon sebagai seorang kawan tak lebih daripada tu. Respect ni tanda yang kita dah berjaya redho. Tahniah step pertama anda dah berjaya. Aku sendiri selalu ade untuk dia, aku hormat dia sebagai kawan biar dia selesa berkawan dengan kita. Jangan sebab dia dah friendzoned kan kita, kita layan dia gitu2 je. Tak elok la bro kalau layan macam tu orang kata tak gentle la.

Step last, revenge. Betul dendam tu tak elok tapi dendam yang aku nak share ni orang panggil positif revenged. Sebagai lelaki kau kena muhasabah diri kenapa dia tak berminat dengan kau. Kalau kau gentle macam aku kau tanya dia kenapa dia tak berminat dengan kau. Hahaha berdasarkan pengamatan aku mostly sebab rupa. Bab rupa ni aku tak leh nk komen la pasal sensitif. Aku pon muka macam jamban pecah. Tapi takpe bro kau boleh ubah benda yang kau boleh ubah. Contohnya akhlak kau, ekonomi kau, kesihatan kau, fizikal kau percayala bila kau baiki bnda ni insha Allah akan ade yang tak akan friendzoned kan kau. Sebagai lelaki benda ni penting, nanti kau nak kawin jugak so bagi aku benda ni amat lah penting wahai kaum ku.

Sebagai penutup ni, aku nak bagi pesanan la from man to man. Ade ayat yang aku rasa amat deep. Ayat dia berbunyi macam ni “setiap perempuan akan ade lelaki yang dia tak boleh lupa, setiap lelaki akan ade perempuan yang dia tak akan dapat” so kaumku jadi lah lelaki yang perempuan tu tak boleh lupa, pasal kebaikan kau la, jangan pulak sebab benda yang tak elok. Kita lelaki pelindung kaum wanita so jadi la lelaki yang gentle, jangan rosakkan anak dara orang, dosa. Ingatlah setiap penolakan tu membuka jalan yang lebih baik. Stay strong, stay positif. Bak kata member aku hajar hati kena tabah bro! Cc to hajar ;-)

Harap admin pertimbangkan post aku ni. Post yang lepas tak di approve sedih la, haha. Sekian…

– Berockmatyeh

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit