Cara Urus Rumahtangga

Aku banyak baca dan dengar masalah2 suami isteri urus rumah tangga. Keluarga aku pon tak lah perfect mana. Aku banyak luahkan pada suami dan anak kalau aku tak puas hati. Hasilnya? Yaa aku puas hati bila mereka dah ikut cara aku.

Anak2 ni kita yang bentuk dia. Ikut masa kita. Anak pertama, balik sekolah, benda pertama buat adalah mandi. Nangis la macam mana pon, aku tarik masuk bilik air jugak. Lepas tu aku sediakan makanan, makan sampai habis, buat homework kalau ada, lepas tu main lah. Nak tergolek telentang ke apa, make sure siap semua ni dulu. Alhamdulillah hari2 rutin dia, dia akan buat.

Anak kedua aku belum setahun. Mandi pon dekat taska. Mandi pagi, aku yang mandikan sebab dia jenis tidur berpeluh. Aku nak dia selesa. Dan bonding dengan dia sebelum aku hantar taska.

Suami selepas dibebel banyak kali, alhamdulillah dia berubah sekarang. Dah banyak bantu aku dalam uruskan rumah tangga. Kalau tak, dulu aku terus berhenti kerja sebab balik kerja, aku buat semua dari a-z. Dia akan tengok anak aku (masa tu anak pertama baby lagi) sahaja. Aku sangat2 penat dan berhenti kerja. Terkejut jugak dia. Bila dah nampak dia berubah. Aku kerja la balik ehehe.

Suami aku akan sampai rumah dulu. Aku akan suruh dia mandi siap2 supaya bila aku sampai, dia boleh jaga anak. Macam aku akan mandikan anak pertama, dia suap anak kedua makan. Masa makan pon bergilir sebab ada anak kecik kan, so dia akan lipat kain masa aku makan. Lepas dia makan aku akan kemas dapur. Siapa free, dia akan sidai kain. Beg sekolah anak kemas malam tu jugak. Sama juga, siapa free.

Oh aku tak masak. Sebab pernah aku masak, masa untuk anak2 aku habis macam tu je. Suami cakap dia taknak macam tu. Lepas buat kira2, beli nasi bungkus kongsi 3 orang setiap malam lebih kurang je harga dengan beli barang basah. Maka, aku masak weekend sahaja.

Malam, azan isyak je, anak2 aku akan masuk bilik. Masa ni la macam family time. Anak pertama aku 5 tahun. Dia nak bercerita ke main ke apa ke. Dah macam dekat pukul 10 tu, kene baring dan tidur. Adik je la tak paham lagi kan tapi kami akan pura2 tidur jugak supaya dia tahu, itu waktu tidur.

Masalah ni banyak ibu bapa terlepas pandang aku rasa. Anak nak main, biar. Lepas tu complaint anak tak tidur malam. Tak boleh macam tu. Kena paksa. Lepas isyak masuk bilik buka lampu tidur je. Nak bercerita ke apa ke semua kena dalam bilik sayup2 macam tu. Dan berulang kali kata, dah, sekarang waktu tidur. Ya susah. Tapi untuk bentuk anak, kena ada paksaan.

Tips aku, kalau tak puas hati dengan suami, luah. Tapi bila dia tolong, biar dia tolong dengan cara dia. Jangan complaint. Dia da tolong pon kira baik da. Anak2 pula, kita yang bentuk dia. Kalau duk ikut kata dia, memang tidur pukul 1 la jawabnya.

Sekian…

– Binikuatbebel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *