Cemburu Pada Suami

Cemburu Pada Suami

Assalammualaikum semua. Malam ini aku rasa ingin menulis, ingin mengadu ayat yang lebih tepat untuk luahan perasaan ku malam ini.

(First of all am not good neither English nor malay. So im sorry in advance)

Aku datang bulan jadi agak sukar untuk ku luah pada yang ESA malam ini. Tapi hatiku berat sangat malam ini seperti meronta untuk meluahkan tapi aku tidak mahu meluahkan pada manusia kerana ingin menjaga aib suamiku.

Aku cuma perlu tahu normal kah aku cemburu pada suamiku?

Biarla aku bercerita mengenai diri aku dahulu.

Kami sudah bernikah 7 tahun mempunyai askar yang agak ramai kira aku pada zaman ini. Aku surirumah berijazah. Aku hanya sempat bekerja 1tahun sebelum bernikah.

Sewaktu dulu aku yang mempunyai ijazah sudah tentu ingin mempunyai career dan cita2 yang tinggi. Masa depan yang aku imagine sangat berlainan dari aku harungi sekarang

Dulu akulah wanita yang mempunyai semangat, keyakinan diri, menjaga kecantikan diri untuk orang lebih yakin pada aku yang aku bukanlah wanita biasa. Setiap kali aku bekerja aku akan pastikan aku berikan yang terbaik.

Sewaktu belajar aku ada buat kerja sampingan walaupun hanya waitress/ kilang dan sebagainya aku mesti menjadi antara pekerja terbaik bulan itu. Ya itula aku. Sentiasa memberikan yang terbaik.

Sekarang aku adalah surirumah sudah 7tahun dan menjalankan business online kecil kecilan yang mampu menjana pendapatan 3 4 ribu sebulan sekiranya consistent..

Suamiku tidak izinkan aku bekerja kerana bagi dia sama saja income aku bekerja di luar atau dalam rumah kerana aku masih dikira Fresh graduate kurang pengalaman.

So bermula la kisah aku mencemburui suami ku. Menjaga rupanya dan badannya so “he always look charming” to people. Sedangkan aku berbau bawang dirumah itu yang penah dia lontarkan pada aku ketika memeluk aku.

Kadang2 dia penah acapkali memberitahu baju2 yang aku basuh ni masih berbau. Kami kongsi pakaian di dalam rumah “Baju you yang I pakai ni bau you la. Bau hapak bau bawang pun ada” Dalam gurauan tapi terkesan dalam diriku. Dan dia masih tetap memeluk ku untuk tidur.

Aku cemburu dengan masa suami ku bersama rakan nya. Lepak petang lepas kerja, main sukan, pergi concert dengan rakan2 (1x setahun). Kebanyakan aktiviti nya dijalankan bersama rakan2.

Manakala aku masih dirumah dengan alasan tiada siapa nak jaga anak2 sedangkan aku duduk dengan mertuaku. Aku hanya boleh me time sekiranya dia free untuk menjaga anak2. Kiranya kami bergilir2. Tapi sebenarnya aku perlukan masa berdua bersama suamiku. Aku rindu perhatian ya.

Aku cemburu juga hubungan suamiku dengan rakan2 wanita nya. Suamiku peramah dan mempunyai ramai kawan wanita (kesemua sudah bernikah). Tapi aku tau tidak lebih dari itu kerana Phone kami mempunyai whatsapp yang sama.

Kesemua social media nya login dalam phone aku termasuklah aku. Dan dia juga selalu bercerita mengenai mereka. Tapi tetap terdetik rasa cemburu dengan keakraban mereka. Kadang ber2 saja makan lepak bersama aku tau kerana dia beritahu and minta keizinan dari ku.

Aku cemburu dia bergurau dengan rakan2 nya bergelak ketawa sedangkan aku suram dirumah, terpekik terlolong terjerit dengan askar2 kecil kami. Sekiranya, Anak aku menangis kesemuanya aku pun akan turut menangis.

Aku bergelut dalam duniaku sendiri.

Tapi suamiku banyak membantu dalam kerja rumah kami. Aku cuma perlu maintainkan kebersihan rumah. Aku hanya memasak sekiranya dia ada untuk menjaga anak2 selebihnya aku hanya bungkus untuk anak2 aku saja. Ya dia agak memahami. Kadang2 aku sendiri pelik ape lagi yang aku mahu.

Tanggungjawab semua suamiku tunai dengan baik. Tak pernah sekalipun aku pening dengan bill2 kami. Duit aku kebanyakan nya Habis untuk anak2 atau me time ku makan di tempat sedap sorg2. Ya aku tiada kawan disini aku merantau jauh untuk tinggal bersama suami dan mertuaku.

Aku cemburu suamiku tinggal di kampung sendiri. Dirumah sendiri dengan ibu bapa. Aku cemburu sangat.

Kenapa hidupku sudah berubah 360°?

Dimanakah diri aku yang lama sangat ceria, optimistic, yakin dan bersemangat teruskan hidup. Sekarang aku gemuk. Aku hodoh dan selekeh. Aku selalu beri alasan untuk tidak siapkan diri aku sedangkan rakan2 suamiku isteri orang yang bekerja dengan nya semua cantik2 walaupun sudah memiliki anak2.

Aku juga sudah bertahun2 tidak bergaya dan shopping. Kerana komitmen suamiku melebihi gaji. Ya nafkah aku tiada. Dan duit aku, aku rasa berkira untuk membeli barang sendiri. Seboleh nya aku jimat untuk anak2 dan ibu bapa ku di kampung.

Persoalan nya. Kenapa aku cemburu? Apa yang harus aku lakukan?

How to get old me back?

Sometime I feel that I can get old me, when I get divorce. So I always hoping for it to happen. I always pray Allah show me the truth if my husband cheat on me. So I can backout w/o guilty . Teruk kan mindset aku ni?

– Surirumah yang cemburu.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit