Hai, nama aku Iwan. Aku tak pandai nak cerita sangat. So aku cuba sebaik mungkin untuk luah.
Aku tahu luahan ni pasti akan di kecam. Tapi tak apa la. Aku perlukan nasihat dan kata2 moral ja.
Firstly aku seorang lelaki yang agak rendah, 150 lebih ja tinggi aku. Muka aku agak berlubang2 akibat kesan2 jerawat. Tapi aku berwajah cerah. Berat aku ngam ja dengan kerendahan aku.
Lepas tu aku jenis lembut2 sikit. Bukan gay, tapi aku memang jenis lembut sebab maybe aku di dominan oleh perempuan.
Aku tak pandai nak berkeras macam jantan sangat.
Aku pandai ja buat kerja2 rumah sebab dalam rumah kami no excuse untuk benda macam tu walaupun aku sorang je lelaki.
Aku ada 6 beradik. 5 perempuan, dan aku yang no 3, lelaki.
Dari sekolah, aku kurang kawan lelaki. Sebab aku selalu dibuli asbab kelembutan aku.
Even masa sekolah menengah, ada satu budak nakal dan top di sekolah. Dia selalu suka picit2 dada aku.
Apabila dia buat macam tu, maka makin ramai kawan2 kelas aku jadikan aku sebagai objek seks. Mungkin sebab aku tak pandai defend diri aku.
Aku tak tahu melawan.. Even kalau aku melawan, diaorang makin berkeras. Aku takut nak pergi tandas ke apa, sebab aku sentiasa di cabul.
Aku alami trauma dan ketakutan yang dahsyat masa di sekolah. Tau2 la, kalau budak2 nakal ni bergeng2.
Satu geng pun 7 8 orang. Aku pulak sorang. Dua tiga orang pegang aku, aku tak mampu nak melawan dah.
Aku selalu hidup dalam ketakutan. Nak kawan dengan sapa pun aku takut. Aku suka bersendirian.
Dan waktu rehat, aku tak akan sesekali pergi tandas. Sebab takut di situ la kerap aku diperlakukan sesuka hati.
Tapi dalam kelas pun ada ja geng2 ni datang ke tempat aku bila cikgu belum masuk..
Kadang aku rasa sangat malu.. Sebab budak2 perempuan pun pandang2 jugak.
Pernah sekali ketua geng tu picit alat sulit aku dengan sangat kuat. Aku sakit sampai rasa nak menangis. Tapi satu kelas gelakkan aku.
Aku pernah cerita dengan mak dan kakak sulung aku. Dia cuma cakap, jadi la jantan sikit. Sebab tu orang buli.
Aku tak tahu nak jadi jantan macam mana lagi dah. Setiap masa aku menangis dalam tidur atau masa mandi sebab kenang kesakitan aku.
Aku tak berani cakap dekat cikgu. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe aku buat andaian sendiri, bagi cikgu benda tu biasa.
Ye la, zaman dulu dengan sekarang kan tak sama.. Gurauan macam tu maybe normal dikalangan lelaki.
Masa tu aku form 4. Aku cuma fikir bila nak tamat sekolah. Sebab nak pindah sekolah, mak aku tak bagi. Aku terpaksa bertahan dengan harapan semua ni cepat berakhir.
Results spm aku biasa2 ja la. Aku ada masuk kolej jugak buat diploma.. Mujur zaman kolej aku berbeza dari sekolah. Gejala buli dah tak de.
Oleh kerana aku kolej swasta, mostly non muslim dalam ni.. So aku kurang kawan jugak. Kawan2 macam tu ja la..
Aku sebenarnya nak sangat ada kawan macam budak2 laki yang lain. Pergi melepak kedai mamak.
Tengok bola, main bola sepak. Tapi aku tak merasa semua tu. Habis belajar rezeki aku bagus, aku dapat kerja kerajaan. S19 je.
Dah masuk alam kerja ni, perasaan pun dah makin lain. Lumrah agaknya kan, kita rasa ada getaran2 dengan perempuan.
Tapi sebenarnya aku jenis pemalu dan tak pandai bercakap.. Jenis introvert macam tu. Aku tak pandai la nak ngorat2 perempuan. Aku sangat pendiam.
Ibarat macam kehadiran aku selalu tak disedari. Di tempat kerja pun aku agak tercicir sebab tak menonjol.
Masih aku buat hal aku dan bercakap bila perlu.. Aku takde sosial life. Pergi kerja balik rumah.
Pun macam tu, Allah takdirkan aku bertemu jodoh dengan orang atasan aku. Dia gred s29. Dan dari jabatan lain.
Sorry, aku masih tak sampai ke point utama aku. Intro ja dah panjang. Nanti aku sambung.
– Iwan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah, bersyukur la dgn apa shj ketentuan dari Allah.. setidak2nya awk dah bertemu jodoh (walau pon kmi xtau lg apa ‘cerita’ seterusnya, harap2 semuanya baik2 shj.), apa yg telah berlaku tu jdikan pengajaran.., mngkin nt klaw awk ada ank2 nt, bila diorang msuk alam persekolahan, ingatkn mrk utk berhati2 & x jadi ‘mangsa buli’ spt yg awk telah alami, bg semangat kpd mrk (atau org lain), utk lebih ‘tegas’ dan berprinsip, jgn biarkan org lain ‘control’ berlebih2an dan jgn bandingkn diri kita dgn org yg kita anggap lbh ‘berjaya’ dari kita.., jadilah ‘diri sendiri’, krn setiap org itu mempunyai kelebihannya msing2.. kmi doakn semuanya selamat.. wasalam