Cerita Aku Dengan Debt Collector

Aku Owlie, nak tahu proses mahkamah kalau tak bayar tungggakan syarikat S. Aku tak mampu nak bayar kerana masalah kewangan dan duit yang ada diperlukan untuk merawat ibu yang sakit.

Ayah aku tak kerja sebab jaga ibu aku, dan aku hanya bekerja sebagai guru tadika dengan gaji hanya RM600.

Waktu kerja aku dari pukul 8.30 pagi sampai 12 tengah hari. Waktu petang dan malam aku buat tutor. Duit yang ada digunakan untuk tanggung adik bongsu aku yang masih bersekolah.

Ayah aku ada Tunggakan dari syarikat S sebanyak RM2800. Bulan lepas aku dah bayar RM500,

Selepas berunding dengan A iaitu debt collector, dia kata boleh bayar RM50 sebulan seperti dalam perjanjian.

Kemudiannya kelmarin aku terima panggilan dan, yang bercakap adalah seorang perempuan yang bernama Fasha, yang katanya dari pihak legal syarikat S, iaitu dari HQ S.

Dia mintak resit bayaran, dan aku bagi resit bayaran bulanan RM50 seperti yang dibincangkan dengan A iaitu debt collector.

Kemudian dia marah aku. Dia herdik aku apabila dia melihat amaun bayaran aku iaitu RM50 dan bukannya RM700.

Aku tanya dia kenapa RM700, sedangkan tempoh hari A cakap boleh. Lepas tu dia naik angin dan marah2 aku. Dia cakap itu debt collector.

Bayaran walaupun RM5 pun diorang terima.

Selepas itu aku mula meminta penjelasan dari dia, mengenai siapa dia, hari tu dah berbincang dengan pihak syarikat S semua dan sebagainya.

Masa aku bertanya secara detail dia mula-mula layan okey,

Tapi kemudian dia marah-marah dan cakap aku buang masa dia selama 30 minit, atas alasan dia bercakap benda yang sama pada aku dan aku seolah-olah ingin menyiasat,

Kemudian bila aku tanya LOD nanti di hantar dari law firm mana dia, dia kata dari Ahmad & partners,

Tapi bila aku cek di MALAYSIAN BAR, tiada Ahmad & partners tetapi ada Ahmad & Associate sahaja. Law firm nya pulak di kedah, sedangkan HQ di selangor. Adakah munasabah?

Kemudian dia marah aku, dia cakap aku miskin tiada adab, lurus bendul, cakap english berterabur, bodoh, tak cerdik, tak bijak, level spm, IQ dan EQ low,

Dan dia kata kesian dekat ayah aku sebab ayah aku kata aku kerja hebat, tapi tak sehebat yang disangka.

Untuk pengetahuan korang, dulu sebelum ibu aku sakit, aku kerja sebagai guru di sebuah sekolah international, dan aku ada ijazah, double ijazah.

Dia cakap dia tahu semua tindak tanduk aku dan keluarga. Aku rasa ada stalk aku dekat FB. Sebab dia mention sesuatu yang aku baru post di FB.

Bila aku cakap aku nak buat report polis, dia cakap nanti sampai balai call dia, biar dia bercakap dengan polis, dan dia nak submit waran tangkap.

Dia kata dia tahu semua pasal kehidupan penghutang dan senang nak attack bila mahkamah keluarkan waran tangkap, dia boleh tangkap terus.

Aku nak tanya betul ke nanti kalau tak bayar jugak tindakan akan diambil antaranya:

1. LOD, dia kata dia akan hantar LOD melalui mahkamah, kali pertama kalau tak hadir, dia akan hantar untuk kali kedua.

Kalau kali kedua tak hadir, waran tangkap akan dikeluarkan. Masalahnya sekarang ni LOD satu pun tiada.

2. Dia kata pihak pemantauan dari syarikat s akan datang kerumah untuk ambil gambar 4 penjuru untuk tentukan samada peminjam mampu bayar atau tak,

Tapi masalahnya aku tak tinggal disitu. Alamat sahaja di situ sebab itu rumah nenek.

3. Lepastu dia akan sita barang rumah untuk bayar tunggakan berserta caj lewat 14%. Yang sita barang rumah tu dia kata ada akta WSS rasanya dia sebut, dan boleh google katanya.

Aku tak kisah kalau di bawak ke mahkamah, kerana aku boleh buat rayuan di mahkamah. Aku akan kemuka bukti bill hospital dan semua dokumen yang mengatakan aku sekeluarga tidak mampu.

Bagi debt collector di luar sana, tahu ini kerja korang, tapi janganlah menghina dan mengherdik orang, Tak semua dari kita bernasib baik.

Tak pernah pun selama ini keluarga aku berhutang dan tak bayar hutang tu, tapi bila ibu aku tiba2 sakit jangankan RM2000, RM200 belum tentu lagi ada.

Simpanan yang banyak pun akan habis ya bila kita atau ahli keluarga kita sakit.

Berkata-kata lah dengan baik. Hari ini mungkin bukan hari kita, esok lusa belum tahu.

Aku tahu aku bukan sepandai kau Fasha, aku bodoh EQ dan IQ aku rendah, tapi aku juga ada maruah dan harga diri.

Nak orang beradab dengan kita, kita hormat dan beradab la dulu dengan org tu. Ni tak kau cakap kasar dengan orang tua aku, lepas tu bila aku cakap kasar kau nak marah2 aku.

Sekian dari aku, terima kasih bagi yang sudi baca luahan hati aku yang agak tak seberapa ni. Tapi aku sedih, aku tak minta nak ada dalam keadaan yang macam ni.

– Owlie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *