Cerita Kedai Kopi

CERITA KEDAI KOPI

Assalamualaikum. Tiada isu penting pun just nak buat luahan fikiran di dalam otak. Saya taktau lah tajuk ini sesuai atau tidak tapi hanya ingin membuat luahan.saya perkenalkan diri saya di sini dengan nama zacky. Saya seorang pensyarah berumur 29 tahun. Ada master dan bakal berkahwin pada tahun hadapan.sedang bersiap sedia untuk membuat PhD insyallah. Saya sama juga seperti pemuda pemudi yang berkerja mencari nafkah dan melalui zaman ekonomi yang penuh mencabar. Saya tinggal di Rawang,Selangor dan berkerja di Kuala Lumpur. Dahulunya saya pergi kerja mengunakan kereta tetapi di sebabkan faktor-faktor ekonomi yang semakin teruk saya tak mampu nak naiki kereta ke tempat kerja kerana harga minyak dan tol yang semakin meningkat belum lagi parking. Walaupun saya mempunyai pengalaman kerja 5 tahun dan berkerja sebagai pensyarah tapi gaji saya hanya rm2500 sahaja. Sekarang ni nak cari gaji yang atas rm3000 sangat susah pada tahun ini. Banyak interview saya dah pegi tapi semuanya tak boleh bagi gaji above rm2800. Sebagai rakyat yang patuh kepada pemerintah supaya hidup berjimat cermat saya menunggang motor pergi kerja. Saya lihat makin ramai rakyat malaysia yang menunggang motor ke tempat kerja dan setiap minggu saya lihat rakyat mati dalam kemalangan di jalan kuching terutamanya penunggang motor. Jalan di highway bagi saya tidak bahaya berbanding jalan di KL terutama di Jalan Kuching.saya pergi kerja ikut highway selepas itu akan lalu Jalan Kuching. Setiap minggu kalau lalu Jalan Kuching mesti ada penunggang motor yang kemalangan samada mati atau pun cedera parah. Baru2 ini saya melihat sendiri kawan baik saya semasa di sekolah rendah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dia menunggang motor di jalan kuching semasa otw pergi kerja. Kami berjanji untuk berjumpa tapi sampai ke sudah hajat tak kesampaian kerana masing-masing busy. sudah 17 tahun saya tidak jumpa arwah akhirnya saya jumpa dia buat kali terakhir ketikanya dia sudah tak bernyawa di tengah jalan. Setiap kali terfikir pasal kejadian tu saya terbayang adakah ini nasib saya suatu hari nanti. Baru saya faham pengorbanan penunggang motor yang mempertaruhkan nyawa untuk mencari rezeki berkerja di ibu kota ketika melalui jalan kuching ini. Adakah mereka juga risau seperti saya setiap kali melihat kematian di depan mata mereka? Bila-bila saja nyawa kita boleh di ambil. Tapi disebabkan kesesakan hidup di negara kita ini terpaksa lah kita hidup berjimat cermat. Saya tak makan lunch hanya makan di rumah ataupun saya bawa bekalan dari rumah. Saya ada kereta myvi tapi saya tak mampu memandu kereta pergi ke tempat kerja sebab gaji saya tak cukup untuk bayar minyak,tol and parking. Kereta saya hanya mampu simpan di rumah dan digunakan waktu terdesak je. Kalau saya pegi kerja naik kereta gaji saya hanya habis untuk pergi kerja je tak boleh nak buat simpanan. Itu realiti kehidupan zaman sekarang. Saya tertarik dengan hujah Dr.Muhammed Abdul Khalid, Pakar Ekonomi Malaysia.dia berkata kerajaan suruh kita ubah cara hidup kita, nak ubah macamana lagi? rakyat dah terdesak ubah gaya hidup sehingga sanggup pertaruhkan nyawa menunggang motor melihat sendiri kemalangan berlaku di depan mata setiap kali pegi balik kerja. Nak ubah gaya hidup macamana lagi kerajaan mahukan? Makan pun ambil nasi lauk sayur saja dan air rm5. Hanya mampu makan tu je kalau saya tak bawak bekal dari rumah. Kereta hanya mampu milik tapi tak mampu diguna sepenuhnya. Public transport lagi mahal cost ulang alik contohnya ktm untuk pergi kerja lagi mahal dari saya pergi kerja naik motor. Nak sewa bilik pun mahal ape tah lagi sewa rumah. Saya boleh dapat kerja di mana2 saja tapi company akan offer gaji di tahap paling rendah kerana lambakan mereka yang terdesak perlukan kerja.

Sebelum saya akhiri sembang di kedai kopi saya nak bagi tips dan nasihat untuk penunggang motor di jalan kuching. Saya memohon abang kakak penunggang motor semasa hujan jalan licin bawak motor slow-slow sebab akan ada manusia tak reti bagi signal main masuk je lane kiri kanan tanpa pedulikan orang keliling.kalau bagi signal pun dia bagi signal terus masuk lane kiri atau kanan tanpa lihat cermin belakang or cermin sisi yang kadang-kadang ada penunggang motor sedang lalu di tengah2 tu antara punya kemalangan dan kematian. Mintak abang-abang motor bawak motor slow2 time traffic jam dan kurangkan menyelit sana sini dan bawa laju.anda juga punca kemalangan di jalan kuching. Pasti abang dan kakak motor ikut lane kanan skali kalau naik motor sebab kereta takkan berani buat hal lane kanan ada banyak motor lalu, kalau tak motor2 babu(geng2 motor) akan hon berjemaah memberi amaran jangan buat perangai. Lagi selamat tunggang motor berkumpulan.jika kita di lane kiri sorang2 akan nampak lah kereta tak reti bagi signal masuk kiri kanan sesuka hati mereka. Hanya itu caranya untuk kita bertahan di zaman ekonomi mencabar ini supaya kita dapat elak dari kemalangan yang menyebabkan kematian ataupun cacat anggota badan. Sorry kalau saya banyak melalut biasa lah sembang kedai kopi dia bercakap ikut suka hati je.nama pun sembang kedai kopi. Moga sedara sedari pening baca luahan hati saya. Sekian terima kasih rakyat Malaysia. 

– Zacky

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit