Chicken Manggo

“Abang, tengok ni. Saya nampak ada orang jual chicken manggo (CM). Esok dia COD waktu lunch. Boleh ke saya order?” Boleh, jawab suami. Tapi malam ni nak makan apa? Saya jawab rasa tak mampu nak tunggu esok. Saya tak sabar. Malam ni ada ke orang jual CM? Tak pasti jawab suami. Nanti kita cuba cari.

Malam tu carilah kami guna fb. Ada 2 kedai hasil carian kami. Tapi malang. Kedai pertama kami pergi dengan penuh harapan, tiada menu tersebut. Struggle kami cari makanan ni bukan perkara baru. Suami dah biasa. Tapi kalini lain sikit kisahnya.

Lepas pelayan maklum kedai tu tiada CM, suami pesan menu lain. Aku tolak cara baik. Aku dah kenyang, cuma aku nak makan CM. Ya, aku okey dan tak kisah. Tapi tiba-tiba, air mata mengalir laju. Suami panik. Aku belum pernah begitu. Aku tak buat-buat tau. Air mata tu jatuh sendiri *sigh*.

Nota kaki: Aku bukan mengidam tau!

Maka suami janji akan usaha carikan kat tempat lain. 7 kedai kami berhenti, suami pergi tanya, aku menanti dalam kereta. Tapi semuanya hampa. Apa ke hal payah sangat nak cari CM. Bukan aku nak makan landak bakar pon. *sigh lagi*.

Segigih apa pun usaha kami, kalau Allah tak izin, memang tak kan ada juga. Aku positif, namun kagum dengan suami. Dia sungguh-sungguh mintak maaf. Terdetik dalam hati, suami kiriman tuhan tu benar-benar wujud ke? Huh.

Insaf dan syukur silih berganti.

Begitulah gambaran seorang suami yang berusaha sehabis daya untuk beri yang terbaik pada isteri. Tanpa syarat.

Ha, lupa nak maklum. Kami pasangan yang tiada anak. Pasangan TTC. Macam mana suami usahakan untuk cari CM tu macam tu lah juga kami terus usaha untuk ada anak. Tapi macam aku cakap tadi, semuanya hanya akan berlaku dengan izin Allah.

Kami hidup untuk satu sama lain. Saling melengkapi. Saling menyayangi. Cuma kadang terfikir juga dihati sampai bila suami sanggup bersusah payah hanya untuk seorang isteri. Pernah, bila ada yang tak kena dihati, aku bicara dengan tenang dan baik.

“Kita masih belum terlambat walaupun hampir lima tahun bersama. Saya terbuka jika kita memilih haluan masing-masing. Mungkin hidup sendiri lebih mudah bagi kita. Mungkim juga, untuk ada anak kita tidak direzekikan bersama” Aku pernah share pada suami sharing seseorang disini yang cerita mereka miliki anak setelah masing-masing kahwin lain.

Hakikatnya, ayat begini hanya kata-kata semata. Aku sebenarnya selalu terfikir, sampai bila suami mampu sabar hanya semata untuk seorang isteri yang tiada harta apa lagi rupa. Takut juga sebenarnya. Suami bukan milik kita selamanya melainkan pinjaman boleh jadi sementara.

Sejak akhir-akhir ini aku cukup sensitif dengan berita penceraian. Tambah-tambah lagi melibatkan pasangan yang ada anak. Tambah-tambah darab lagi pasangan yang struggle untuk dapatkan anak namun tewas dan memilih untuk berpisah setelah anak itu terzahir jasadnya dalam tubuh yang masih kecil.

Aku berusia awal 30-an. Belum pernah dalam fasa hidup ini aku ambil pusing berita penceraian. Tapi aku dibelenggu rasa sedih sepanjang hari masa kes mawar dan fizo bercerai baru-baru ini. Dalam minggu itu aku menerima 3 berita penceraian. Semuanya memiliki anak kecil.

Aku ketengahkan isu ini dalam rumahtangga kami. Aku tahu kami pasangan yang tak sempurna. Aku tahu aku banyak kurangnya. Aku ragu juga sampai bila suami mampu menyayangi, bekorban tanpa syarat.

Tapi, kata suami. Lihat. Orang ada anak juga bercerai. Jadi bukan kerana tiada anak penceraian jadi pilihan. Ingat tu! Mari kita pilih untuk bahagia apa adanya. Walaupun kita tiada anak, moga kasih sayang kita makin kuat dan terus kuat.

Aku harap kata-kata suami ini bukan sekadar kata-kata untuk hari ini. Aku syukur nikmat hidupku harini walaupun tanpa anak. Walaupun aku pernah juga meroyan kecewa tahap dewa. Itu biasa.

Dan aku juga cuba insafi kejadian yang menimpa sahabat2 dan kenalan yang diuji dengan jodohnya terputus ditengah jalan. Aku juga baca banyak cerita disini, penceraian dan tekanan yang berlaku bila suami tiada toleransi saat isteri usaha membesarkan si kecil. Aku cuba insafi semua ini.

Bila orang bicara punca penceraian begitu dan begini. Anak, keewangan, harta, rupa, mentua dan sebagainaya. Aku cuma sebut pada hati. Pada aku, tiada yang lebih utama dalam hubungan melainkan HATI.

Binalah hati yang sarat dengan kasih sayang. Bukan anak yang jadi tali pengikat, bukan harta yang jadi penguat, tapi hati lah penentu kepada baik buruk jalan kehidupan rumahtangga. Dan aku percaya, kunci pada hati yang bahagia adalah sentiasa kembalikan hati ini kepada penciptanya. Mari kita sama-sama bina hati yang membesarkan Ilahi.

Semoga rumahtangga kita bahagia sentiasa walau tanpa anak, lebih-lebih lagi perlu diusahakan untuk bahagia dengan adanya anak-anak amanah kita menuju syurga. InsyaaAllah.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *