Child Grooming

Child Grooming

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi pandangan sedikit mengenali child grooming. Semoga menjadi panduan kepada semua.

Child grooming itulah tajuk aku ingin kupaskan. Dalam ayat mudah. Pemangsa akan bina hubungan emosi, buatkan mangsa selesa dan rapat kemudian jadikan mangsa alat pemuas nafsu binatang. Mangsa selalunya terdiri daripada Kanak Kanak. Dan pemangsa terdiri daripada orang yang rapat, terdekat, mesra dan sangat mengenali keluarga mangsa.

Mangsa : orang yang dicabul, dirogol, diliwat, menjadi objek pemuas nafsu serakah. Boleh jadi Kanak Kanak lelaki atau perempuan.

Pemangsa : orang yang rapat dengan mangsa, dikenali oleh keluarga mangsa, dipercayai oleh keluarga mangsa.Biasanya pemangsa memiliki watak yang baik, penyayang, suka Kanak kanak. Dan suka bersama mangsa. Pemangsa boleh jadi dalam kalangan ahli keluarga, ipar, adik beradik, kawan rapat ibu bapa,jiran terdekat, anak pengasuh.

Child grooming berlaku apabila pemangsa menyentuh@ memegang bahagian tertentu mangsa si Kanak kanak naif ini. Bukan sentuhan sebagai orang yang sepatutnya melindungi mangsa. Tapi sentuhan nafsu seks. Berbeza pula tanggapan Kanak kanak itu yang mana mereka bersangka itulah sentuhan kasih sayang atau sifat ingin melindungi mangsa. Jadi mangsa cuma akan diamkan diri dan menganggap hal biasa sehinggalah mereka meningkat usia baligh @ remaja baru mereka sedar perkara sebenar.

Mangsa pula seorang Kanak Kanak. Apalah yang Kanak Kanak tahu ketika usia kecil? Tambah tambah jika Kanak Kanak itu mangsa perceraian parents,kurang kasih sayang parents, parents selalu bergaduh atau mangsa kesibukan parents sibuk kerja. Disamping itu, jika ibubapa terlalu percayakan seseorang yang baik dengan mereka lalu meminta anak dijaga. Jadi high possiblity mereka mudah jadi mangsa.

Cara pemangsa @ pelaku yang menyentuh bahagian tubuh badan mangsa bukanlah sentuhan kasih sayang. Tapi sentuhan nafsu.

Contohnya musim perayaan semua pulang ke kampung. Ada sepupu, ipar duai, adik beradik, cucu dan cicit. Dan apabila anak anak dibiar mandi bogel, tidur sekali ramai2 sebab alasan anak masih kecil. Jadi risiko besar hal tak senonoh berlaku. Mak ayah tahu ke apa yang berlaku time anak tidur? Tak sebab parents tidur dalam bilik jauh dari anak. Parents anggap tidur ramai2 campur lelaki perempuan selamat. Alah sepupu je.

Ada kes dimana seorang budak perempuan dicabul bergilir2 oleh sepupu lelaki. Hal ini buatkan budak itu takut hendak pulang ke kampung. Lebih parah apabila budak itu sudah pandai melakukan onani akibat perbuatan terkutuk sepupu lelaki.

Ada pula kes budak lelaki diliwat oleh adik ayahnya. Adik ayah pula merupakan ahli keluarga yang sangat dipercayai ayah.  Jadi setiap kali diliwat dan mangsa mengadu seolah tiada apa. Sehingga apabila dewasa mangsa menjadi seorang gay.

Ada kes dimana setiap kali pulang ke kampung mangsa seorang budak perempuan sering diraba ketika tidur, dihendap ketika mandi atau pemangsa mengambil tugas memakaikan baju kepada mangsa. Kononnya sayang anak buah dan si parents cuma biarkan.

Tetapi ada juga kisah dimana si isteri tahu perbuatan jijik suaminya terhadap anak perempuan mereka. Tetapi ambil langkah tutup mulut butakan Mata. Sebab? Takut diceraikan kerana si suami tulang belakang keluarga. Atau kerana si suami saja tempat bergantung harap. Tambahan pula jika si isteri hanya berpendidikan rendah dan tidak tahu kelakuan suami Salah atau memang pasangan ini lahir dari keluarga yang tidak tahu apa.

Salah satu kesan child grooming ini lah dimana punca ketagihan onani, pornografi dan seks bebas berlaku.Ditambah pula sikap kurang percayakan anak. Jadinya anak memberontak dan memilih dark side tersendiri.

Ketagihan onani susah hendak berhenti dan kemungkinan besar menyebabkan mati pucuk. Ketagihan pornografi merosakkan akal fikiran, berdosa besar. Seks bebas mengundang pelbagai penyakit kelamin.
Kurang percayakan anak menyebabkan anak mudah memberontak, Lebih rapat dengan kawan, sering melawan.

Jadi apabila Kanak Kanak sudah biasa digosok, diraba, dibelai, diusap dilakukan bermacam lagi ditubuh badan mereka mengakibatkan mereka terangsang. Tambahan pula jika pelaku memberi hadiah setiap kali selepas melakukan perbuatan terkutuk.

Pada Kanak Kanak itu luahan kasih sayang atau tanda diri mereka disayangi. Jadi setiap kali pemangsa lakukan hal terkutuk mereka layan dan diamkan diri. Ada juga yang tak layan tak endah atau melawan pemangsa tapi akhirnya relakan sebab tiada siapa percaya atau dengar cerita mereka. Sebab bagi setengah parents, kata kata orang dewasa lagi dipercayai dan munasabah.

Child grooming seolah merangsang Kanak Kanak naif. Jadi bermula lah episod mangsa sama ada takut untuk bertemu pelaku atau ada saja jalan untuk bertemu pelaku. Takut jika bertemu terpaksa diperlakukan sebegitu. Atau nak sangat jumpa sebab ketagih belaian. Takut kerana telah diugut oleh pemangsa. Mahukan belaian mungkin kerana dijanjikan hadiah atau nak Kan sentuhan itu.

Child grooming ni bahaya tak? Ya puan ya tuan sangat bahaya. Anak dirangsang berkali2 lalu ketagihan belaian mengakibatkan mereka terjebak dalam perkara tak elok contohnya mengandung luar nikah diawal usia, ketagih onani, seks rambang atau rogol orang lain (melakukan perbuatan yang Sama terhadap mangsa lain).

Just imagine your child get pregnant in early age. How she know that s wrong? How to take care her baby? How about her life? Her education? Next what going on? Just imagine.

Child grooming ini sangatlah bahaya tuan tuan dan puan puan. Hari ini mungkin anak masih kecil dan tidak mengerti. Tapi suatu masa apabila mereka sedar perbuatan salah ini. Tak mustahil mereka tertekan, malu, fobia, takut dan rendah diri.. Tak mustahil diorang menghidap depression juga.

Parents now days need to exra care for their children. Don’t trust everyone. Check anak rapat dengan siapa. Check bahagian tubuh anak. Check anak jika perlakuan pelik seperti takut, asyik menangis setiap kali berhadapan orang tertentu.

Ok yang tu je. Ada yang lain? Sila tambah.

– G (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit