Cinta Budak Darjah 6

Pertama sekali, saya mohon maaf andai tajuk ini agak kontroversi. Saya mohon andai pihak editor tak membenarkan guna tajuk saya, mohon dapat ditukar tajuk lain tapi saya berharap sangat kisah saya dapat dipublishkan.

Baca tajuk pun dah boleh agak kisarkan apa, kan? Kisah saya ini berlaku pada tahun 2017 dan masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang.

Saya merupakan pelajar lepasan SEKOLAH AGAMA & antara pelajar “Top Scorer” sejak di bangku sekolah rendah. Tamat SPM, saya tak masuk U / Kolej dengan niat nak belajar menggunakan kewangan sendiri.

Saya juga dah rancang untuk sambung belajar secara jarak jauh sahaja. Saya minat mengajar, jadi saya cuba mohon sebagai guru sekolah agama beberapa sekolah rendah agama di sekitar kawasan tempat tinggal.

Alhamdulillah, saya ditawarkan kerja seawal usia 18 tahun. Saya diamanahkan mengajar kelas pertama tahun 6 (12 tahun). Saya berasa sangat gementar dan dalam masa yang juga berasa seronok kerana saya lebih sukar mengajar budak besar berbanding anak-anak kecil.

Sejak hari pertama saya masuk kelas itu, saya agak garang. Namun, lama-kelamaan saya mengubah strategi pengajaran saya atas nasihat guru-guru lama jadi saya menjadi lebih friendly dengan mereka.

Makan semeja, berborak santai dan kadang-kadang saya yang mula bertegur sapa apabila berjumpa sampaikan saya yang rajin bertanya khabar mereka dalam WhatsApp. Tapi, saya amat menjaga batas kerana semua perbuatan itu saya hanya lakukan kepada lelaki sahaja.

Perempuan sekadar bersahaja kerana saya merupakan seorang pemalu dan tidak gemar bercampur dengan perempuan sejak sekolah rendah.

Seingat saya setelah lebih kurang setelah 6 bulan saya mengajar, saya mula menerima surat-surat yang bukan-bukan seperti I Love You & seumpamanya. Mula-mula saya terima 2 – 3 surat, lama-kelamaan saya mula terima mesej dari satu nombor yang tidak dikenali.

Cuma, bagaimana boleh saya pastikan itu perbuatan anak-anak murid saya, kerana saya selidik dan saya syak seorang anak murid perempuan kelas saya yang lakukan.

Lebih saya kesal kerana dia merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah yang sangat bijak dan skor dalam peperiksaan. Apapun, saya ignorekan sebab, iyalah budak-budak lagi kan.

Pernah sekali, saya menyemak bacaan hafazan Surah. Anak murid perempuan yang saya syak itu dipanggil pada giliran terakhir mengikut senarai nama dan waktu itu anak-anak sedang bersiap kemas untuk pulang.

Saya amat terkejut kerana sewaktu saya sedang menyemak bacaan, tiba-tiba dia datang menghampiri saya (sangat dekat) dan mula menyentuh buku Hafazan.

Sentuhannya amat pelik kerana lebih terkena pada tangan dan badan saya berbanding pada buku. Saya mengucap dan suruh dia jauhkan diri. Saya terkejut.

Anak murid yang sama juga, dia suka mengikuti saya dan suka bergambar dekat-dekat dengan saya. Bila saya tegur, barulah dia akan elak.

Pernah sekali saya cuba tak menegur, dia pun buat tak endah. Saya amat risau kerana saya tak mahu menimbulkan fitnah ke atas sesiapa lebih-lebih lagi diri saya.

Setelah saya selidik dan lihat sendiri, barulah saya dapat ketahui bahawa perbuatan seperti itu bukan dilakukan ke atas saya sahaja, bahkan ustaz² lain sekitar 30-an juga dia lakukan sama.

Lebih menyedihkan ada ustaz yang melayan (sentuhan) tapi saya bersangka baik sahaja. Saya juga tegur ustaz2 tersebut secara sindiran dalam bilik guru.

Beberapa hari kemudian, saya berjumpa dan bertegur secara peribadi berkenaan cara dan sikap anak murid tadi. Setelah saya tanya secara mendalam, barulah saya dapat tahu rupanya ayah anak murid tersebut sibuk dengan kerja. Beliau jarang berjumpa dengan anaknya.

Ibunya pula asyik sibuk melayan adik-adiknya dan handphonenya sahaja. Dari sini saya dapat simpulkan bahawa perbuatan anak murid saya tadi adalah kerana dia ingin menagih kasih sayang dari seseorang yang dia boleh rapat, luang dan luahkan sesuatu.

Dia sendiri mengaku yang dia sedar perbuatan dia salah cuma dia ingin dibelai ibu ayahnya. Dibelai seseorang yang dia yakin.

Disebabkan tak dapat ibu ayah, maka dia cari orang lain. Dalam banyak2 cerita yang dia luahkan, satu lagi dia mengadu dia teringin nak pakai tudung labuh.

Tapi, setiap kali dia memakai tudung labuh, dia akan diejek dan diperli kerana dia kata keluarganya bukan dari latar belakang agama yang kuat. Lebih menyedihkan, dia tiada dorongan hatta dalam solat 5 waktu pun masih ada kelopongan yang kerap. Allahu. Sedihnya…

Akhir kata, saya ingin nasihat kepada semua pembaca, jagalah anak-anak anda (tak semestinya anak sendiri – mungkin anak saudara, anak buah, anak angkat, anak jiran dsb) khususnya anak perempuan.

Anak perempuan sangat sensitif dan sentiasa ingin diberikan perhatian dan belaian kasih sayang. Hai ibu bapa di luar sana! Ajarlah anakmu rasa malu & adab sebagai seorang wanita.

Litupilah aurat mu selengkapnya. Hayati semula sejarah Serikandi Islam seperti Saidatina Aisyah R.Anha & Sayyidah Nafisah R.Anha.

Contohi mereka agar maruahmu terlindung. Labuhkanlah khimarmu bukan kerana kecantikan mukamu sahaja, bahkan dapat menundukkan wajah muka² lelaki yang ingin mengusikmu.

Jagalah amanah anak ini sebaik mungkin. Merekalah aset agama & negara yang paling berharga.

Satu lagi, anak² perempuan ni kalau dah menjangkau usia 10 tahun belikanlah mereka tudung besar² dan labuh. Ada di antara mereka yang dah baligh pun masih tidak pandai menguruskan diri.

Saya faham, mungkin ibu-ibu sedang berhijrah tapi ingat, kalau kita ni dah rosak, takkan kita nak rosakkan anak² kita ikut style kita yang tak patuh syarak?

Kita mungkin terbiasa pakai pendek² ketat². Mungkin kita pun sedang berhijrah perlahan-perlahan. Anak² ni acuan mak ayah. Macam mana mereka diacu begitulah hasilnya. Aculah yang baik².

Aculah sebaik-baik dari kecil kerana itulah yang akan mereka bawa sehingga ke besar. Didik mereka berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Insya-Allah selamat dunia akhirat.

Tolong pantau anak² anda lagi² dari sekolah rendah. Ajar mereka rasa malu & segan dengan berlawanan jantina. Jangan harap guru 100% lagi² yang muda tu. Kasih-sayanglah anak² syurga ini secukupnya.

Bayangkan andai saya layan anak murid perempuan tadi dengan lebih mendalam. Apakah yang bakal terjadi? (Nauzubillahi Min Zaalik)

Insya-Allah dalam coretan akan datang saya akan kongsikan pengalaman saya sepanjang 4 tahun menjadi guru muda dalam dunia pendidikan.

Kalau ada apa2 komen dan cadangan juga saya alu-alukan. Moga-moga penulisan saya ini bermanfaat buat ummah. Aamiin.

– amhi1999 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *