Cinta Bukan ‘I Love U’ Saga

Cinta Bukan ‘I Love U’ Saga

Salam IIUM. Nampak ni di page KRT. Confirm pembaca IIUM tak baca page puaka tu kan. Tapi penulisan ni dari lawyer. Haaa bila lawyer berbicara. Agak panjang tapi worth reading. Moga kita dapat manfaat. Moga Admin dapat siarkan. TQ min. Izinkan saya meluah rasa harini. Ni khas untuk adik2, kakak2 dan abang2 yang masih belum kahwin.

Sepanjang saya bekerja di firma guaman byk sangat kisah saya tengok depan mata kegagalan perkahwinan. Kenapa marriage fail? Punca utama dia apa? Jawapan : Orang Ketiga. Kawan saya pegawai suluh pun agree. Terlampau banyak kes cerai di mahkamah sbb suami ada orang baru. Datang suluh utk kes hadanah pun dengan inai kat jari. Kes tak bagi nafkah, kes pukul tu ada tapi lagi banyak kes yang korang panggil sondol menyondol ni. Dik, kita bila nak kawin, harini suami sayang gila kat kita, kita janganlah expect dia akan sayang kita forever and ever. Bukan nak takutkan, mmglah takdir jodoh tak panjang dan segalanya. But be real. Dunia sekarang menakutkan. Perempuan ramai yang takde rasa malu dan tak kisah, apa-apalah lah asal dapat duit asal orang boleh tanggung. Asal bergaya, asal duit banyak. Sampai sanggup rampas suami orang tunang orang, diorang tak kisah pun asal boleh sapu. Ada tu bangga pulak jadi perampas. Pensyarah saya, pakar perunding keluarga islam juga mengakui kes orang ketiga ni mmg serious sekarang. Apa jadi dgn janji2 manis, kisah romantic, sweet2 sepanjang bercinta? Jawapannya ke laut dik.

So ni paling penting, kita kena selalu doa, supaya suami tak berubah hati dan setia. Igt solat hajat dan istikharah untuk dapat jodoh tu perlulah diteruskan lepas kahwin. Cannot stop ya. Dan kena usaha jaga rumah tangga all in. Saya nak sebut jugak, kalau dah kawin nak tak nak jaga kecantikan luar dan dalam, usaha la utk cantik dan kemas. Tak tau masak, belajar. Jaga suami jangan biar org lain jaga. Rumah make sure kemas. Kita akan cakap, no no no, isteri dah penat buat semua kerja kat rumah, jaga anak lagi, senang2 je suami pergi cari lain kat luar. Terima la isteri seadanya. Mmg betul tapi saya dah biasa dengar dalam bicara mahkamah, suami duk mengutuk isteri pemalas, masak tak sedapla, gelakkan gulai isteri masak, gemuk, busuk, longgar dll, dah jadi benda biasa ni, dah lali. So jangan beri peluang suami cari lain dan kutuk2 you lepas kahwin. Penat buat kerja rumah? Mmg ada lelaki yang langsung tak usik pinggan kat dapur, kecuali nak makan. Baju dia sepah2 kan suruh isteri buat. So time manis2 mula2 kawin dik, jangan manjakan suami macam tu. Mmg tgh sayang, sanggup buat apa saja tapi, kerja rumah no, kita bagi2. Kalau tak nak mintak cari maid. Penat kau nati jadi hamba.

Isteri tanggung suami. Damn. Kes ni ni pun banyak. Sampai sya terfikir logic ke joke hantaram 20k yang kita selalu dengar tu. Sbb depan sya terlalu ramai perempuan yang tak memilih. Isteri degree law, engineer, cikgu, pensyarah tapi suami bawa lori, keje guard, mekanik, jaga lembu tak kerja pun ramai, sudahlah tu muka pulak bukan mcm tom cruise ke Fattah Amin ke, mmg muka pecah pintu. Tapi perempuan terima je, asal sayang dia. Hantaran jangan cakap 20k, 5 ribu, 8 ribu, up sikit 10 ribu. Alahai berlembut sgt perempuan ni. Kalau dah macam ni, walau suami kerja low sikit nafkah tetapi kena bagi. Apatah lagi kalau suami sama kerja sama level dgn isteri. Nafkah wajib ye, buka sunnat atau harus dan juga bukan ihsan suami. Ada juga suami berhujah dekat mahkamah nafkah tu ihsan dari suami. Mmg kena basuh dgn hakim syariah kaw kaw. Padan muka! Jangan nak tegakkan benang basah.

So, mula2 kawin dik cuba set up, barang dapur jangan beli. Minta suami yang pergi beli. Baru dia tahu bagi RM300 sebulan nak beli barang dapur tu mana cukup. Kawan sya peguam suami dia kerani government, sewa rumah je suami dia bayar. Bil2, duit perbelanjaan anak2 sekolah, barang dapur semua dia bayar. Pernah sekali dah sampai Tesco dia buat2 lupa wallet tertinggal, terus kena maki dengan suami. Dia mengadu kat saya, menangis dia. Nak bercerai sayang, tapi sakit hati sbb dia kena bayar semua. Ada juga kawan saya peguam juga, suami engineer, masing2 ada kereta, wife tak cukup duit, nak bayar road tax kereta suami tak bagi, suami kata takde. Abih tu takkan dia nak gi kerja naik teksi, grab, lagi tambah kos, lrt kawasan dia takde. Terpaksalah pinjam dgn kawan2 dia, termasuk sya lah. Suami dia tu beli sportrim kereta RM4ribu ada pulak duit. Tak sangka lepas kahwin suami berubah macam tu kan. That’s why, kita perempuan kena jaga diri kita sendiri, jangan harapkan suami 100%.

Kalau suami tak kerja macam mana? Aduh ni mmg no comment. Kalau datang mengadu mmg tak tau nak cakap apa. Mertua pun dah tau anak tak kerja bagi je kawin. Nak elak maksiat (Alasan paling popular). Well suruh la anak tu kerja tau susah cari duit, tau tanggungjawab. Perempuan pun sama, asal orang nak ok je. Tak kisah terima seadanya la konon. Lepas kawin, seminggu dua seronok2 la,lepas tu? Cinta bukan cuma I love you, baby miss you je. Nak duduk kat mana, nak makan apa, barang dapur mcm mana? Perempuan kena fikir ni, jgn ikut syok je nak kawin. Suami mmg kena kerja. Tapi ada yang tak nak. Nak duduk saja. Bangun pagi, masuk dapur nak ada makanan, baju takpa isteri basuh. Duit rokok, duit top up, wife bagi, duit makan kedai wife bagi. Anak, isteri mandikan, bagi makan semua lah. Sewa rumah tak payah, duduk dgn mak senang. So isteri duk berperang dgn ipar duai, berperang dgn mak mertua hari2. Ngadu kat suami, buat bodoh je. Pening la nak pikir benda2 macam ni. Layak kawin ke kalau mcm ni? Be practical dik. Perempuan kena fikir semua ni sebelum kahwin. Jangan duk main redha , pasrah dan menyerah je.

One more thing, jangan tgk orang kahwin kita pun nak kahwin jugak cepat2. Ada pasangan muda yang bercerai lepas 3 bulan kahwin sbb suami tak sanggup pikul tanggungjawab, dia kata saya masih belum bersedia. Boleh? Ada tu adik remaja umur 16 tahun mintak kebenaran mahkamah nak kahwin (bawah umur), sampai berguling-guling menangis nak kahwin, lelaki yang dia nak tu ada AIDS. Aduh dik. Ni pulak terjadi kat kawan saya sendiri, bercinta zaman university, bersemut mcm dah boleh join geng semut original. Hari2 dating. Lepas university, kawin and not bad, pernah la jumpa diorang keluar masih pegang tangan. Tapi masuk tahun ke-2 kahwin bukan lepas 10 tahun ye, suami ceraikan isteri dia sbb ada gf baru. Kawan isteri tu juga. Cerai time isteri dia pregnant. Main cerai macam tu jer. Macam cerita cinta mereka tu tak pernah wujud, cuma mimpi saja. Meh. Ada juga kes suami yang duk main2 talak. Takde background agama la ni. Dia datang kata nak rujuk, kita tanya semula bila last dia lafaz talak, dia kata minggu lepas, tapi sebelum tu ada lagi lafaz talak, bulan lepas pun ada, tahun lepas pun ada, bila kita kira2 dah lebih tiga kali dia lafaz talak. Means dia sebenarnya dah tak boleh rujuk. Dalam pada itu wife dia mengandung. Saya istighfar, kes ni mmg kena rujuk dgn pegawai agama dan hakim betul. Mmg kasihan dgn isteri dan anak2.

Apa yang saya nak cakap kat sini, kita nak kahwin biar betul2 bersedia, kena tackle dulu isu kewangan, rumah, hal2 agama, karenah mertua mcm mana, dan kalau pasangan kita tu anak mak macam mana nanti, jenis kedekut mcm mana, dan kalau jenis yang kaki pukul tu macam mana. Lepas kahwin dia akan berhenti pukul atau kita akan terus jadi mangsa. Remember lelaki yang kaki pukul ni biasanya romantic, sweet talker. So be real. Jangan tuggu lelaki berubah selepas kahwin, biar dia berubah dulu baru kahwin. Make sure kita betul2 matang dulu sebelum kahwin ya. Takpa lambat sikit asal selamat.

Banyak lagi sya nak cakap kat sini tapi perempuan paling penting, kita jangan jadi punching bag, kena ada pride, jangan biar diri di buli suami dan jangan depends 100% dgn suami. Kalau rasa diri tak diperlukan lagi, move on. Pengalaman saya, sebenarnya perempuan dia tahu penyelesaian bagi tiap2 masalah dia, cuma dia tak nak face the reality sahaja. Takde keberanian takde courage. Dan selalu cari alasan untuk sedapkan hati.

Tapi adik2, remember tak semua lelaki jahat. Ramai je yang nice. So we pick that one la. Like my husband ok je, takdelah baik macam malaikat, tapi nice la, gaduh tu normal tapi he is not toxic man. For guys, bukan semua perempuan baik juga, pick yang baik2, be like a real man kalau isteri you tak betul you kena betulkan, dgr cakap isteri boleh tapi berpada, defend your marriage, understand your wife difficulties. Setia dgn yang satu tu lebih mudah. If you nak menggatal, when you start lure yourself to other woman, you cannot stop. Then life never be easy for you. But after all, balik pada agama insya Allah, semua yang baik2 akan datang.

– Aini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit