Cinta Masa Lalu

Assalammualaikum semua. Dekat sini aku nak mintak pendapat pembaca semua tentang kisah aku ni. Aku dah buntu untuk buat pilihan.

Kisah aku mula macam ni. Dua tahun lepas aku pernah berjumpa dengan seorang lelaki ni nama die aku gelar kat sini sebagai Z. Kali pertama kiteorang jumpa pun dekat tempat kerja dan dia bekerja satu company dengan aku.

Beberapa bulan selepas tu aku dapat kenaikan pangkat. Tanpa aku tahu bila aku galas pangkat baru ku itu, rupanya aku menjadi leader Z. Then bermakna aku akan lebih kerap jumpa Z. Z memang menunjukkan sikap yang mudah untuk beri kerjasama dalam semua benda. Aku senang bekerja denagn dia.

Beberapa bulan selepas tu, rupanya Z memang memendam rasa terhadap aku. Aku ingat aku sebagai leader, dia tidak akan berani untuk menyatakan hasrat dia pada aku sebab aku tahu itu semua akan effect kerjaya die sekiranya aku tolak dia. Tapi Z lain, dia approach aku dengan cara dia sendiri.

Kesungguhan dia aku rasa kalau mana mana perempuan hadap pun mesti akan terbuka hati untuk terima. Then aku decide untuk terima Z dalam hidup aku tapi dengan syarat kiteorang akan rahsiakan sahaja hubungan cinta kami tanpa pengetahuan rakan kerja yang lain.

Tiga bulan lepas kami bercinta, Z mintak untuk datang berjumpa dengan mak ayah aku sebab dia betul betul bersungguh nak menjadikan aku isteri dia. Aku memang tak sangka dia sebegitu serius dan dia berani untuk terus jumpa parents aku.

Tapi sebelum dia berjumpa parents aku Z tiba2 bagitahu aku dia nak ceritakan sesuatu tentang masa lalu dia dekat aku time tu sebab dia cakap dia tak nak dah kehilangan orang yang dia sayang disebabkan masa lalu dia.

Cuba bayangkan perasaan aku time tu. Aku jadi serba serbi tak kena. Aku dah mula sayangkan dia dan aku sangat takut dengan situasi tu. Then Z berterus terang dengan aku dia kata sebelum ni dia pernah bercinta dengan seorang perempuan aku namakan dia kat sini K.

Z dengan K pernah bercinta dalam tempoh masa yang aku pun tak tahu berapa lama tapi apa yang sangat menghancurkan hati aku adalah, mereka pernah terlanjur. Ye hati aku hancur sangat time tu. Segala kepercayaan aku kat Z hilang lenyap macam tu je. Dan paling menyakitkan hati ku adalah K pun rupanya bekerja satu company dengan aku.

Aku sedih sangat dan aku rasa ini lah kali pertama aku rasa down sangat2 dalam hidup aku. Waktu ni Z merayu pada aku jangan tinggalkan dia sebab dia jujur dengan aku sebab dia betul sayang dan ikhlas dengan aku. Aku sangat kecewa. Then aku decide untuk diamkan diri sahaja dan aku nak tenangkan fikiran aku.

Z memang seorang yang baik ketika aku kenal dia. Kesungguhan dia sebenarnya yang buat aku sayang dia. Aku penah jatuh sakit teruk dan time tu aku outstation. Parents aku jauh, then Z yang sanggup datang pada aku ketika tu. Aku terpaksa warded time tu dan selama aku warded Z datang setiap hari menjenguk aku. Then time tu juga aku dah kenalkan Z pada parents aku ketika aku warded tu.

Berbalik pada cerita selepas Z jujur dengan aku. Aku banyak diamkan diri. Bila aku nilai semula, Z sememangnya dah banyak berubah kearah positif ketika bercinta dengan aku jika dibandingkan dengan kisah silam dia.

Jadi selepas beberapa tempoh aku mendiam, Z masih menunggu jawapan ku dan dia juga redha jika aku tidak dapat terima dia lagi.

Aku pun tak tahu kenapa hati aku terdetik untuk menerima Z semula. Ya aku terima Z semula sebab bagi aku dia sudah jujur dan dia sanggup menceritakan keburukan diri dia yang dulu sebab dia betul betul sayangkan aku. Jika difikir logik mana mungkin seseorang itu sanggup buka aib sendiri untuk jujur.

Dan aku juga memberi syarat pada Z, aku terima dia dengan syarat dia perlu perbaiki lagi dirinya dan berusaha menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Z bersetuju dan dia juga katakan pada aku yang dia sudah bertaubat sebelum ini. Hal berkaitan taubat adalah urusan dia dengan Allah dan aku tiada hak untuk menghakimi dia.

Hubungan kami berjalan semula selepas itu seperti biasa. Z pun sudah datang bertemu dengan parents ku. Dan parents Z juga sudah datang kerumah ku untuk merisik.

Ye langit memang tak selalu cerah. Memang banyak sungguh dugaan untuk aku dan Z. Selepas merisik Aku baru tahu rupanya K kekasih lama Z masih mengganggu Z dan berharap pada Z. Hati aku hancur sekali lagi.

K rupanya setiap malam akan ganggu call dan mesej Z . Dan sememangnya Z tidak hiraukan lagi K. Aku ada juga stalk kehidupan K. K bukan lah gadis yang baik. Sebelum dia pernah terlanjur dengan Z, rupanya sudah banyak lagi lelaki lain yang pernah bersama dia.

K kini datang mengganggu aku juga. Aku sangat tertekan. Keluarga aku dan keluarga Z dah decide untuk adakan majlis tunang kami dalam beberapa bulan lagi. Dan sekarang K sememangnya sangat2 mengila. K buat macam2 untuk hancurkan hubungan aku dengan Z. Dan kini aku dalam dilema.

Perlu ke aku teruskan hubungan yang mencabar ni. Jika betul pun aku bertunang dengan Z apa jaminan yang K tidak akan mengganggu kami lagi. Aku buntu gaiss, tolonglah bagi pendapat korang tentang kisah aku ini.

– Calla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *