Ciri-Ciri Penyondol

Memandangkan sedang viral kisah sikat tepi ni, aku terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman, pengamatan dan kaji selidik dari sudut pengalaman aku dan rakan rakan senasib.

CIRI CIRI PENYONDOL

Penyondol tidak akan menyondol sang buaya atau lelaki hidung belang.

Kalau pun buaya tersebut memakai prada, penyondol tahu penyondol tak kan menang sebab sifat sifat buaya ni memang tak cukup satu.

Penyondol sukakan kemenangan, dapat memiliki hati serta hidup lelaki yang dia sasarkan. Mereka ni bersifat kompetetif.

Sebab itulah kenapa, encik2 jenis sikat tepi ni boleh melakukan perbuatan diluar kawalan fikiran.

Dan kalau anda perasan, penyondol jenis sikat tepi ni mereka bukan cantik mana pun dibandingkan dengan isteri lelaki tersebut.

Baiklah, begini… penyondol biasanya sebelum menyondol, mereka dah ada target, lelaki yang tak berduit atau tak stabil dan buaya bukan sasaran penyondol.

(Kadang penyondol tertipu menyangka lelaki tersebut berduit padahal isteri lelaki tersebut yang berduit)

Penyondol akan melakukan aktiviti penyelidikan, pencarian dalam facebook, mana mana social media berkenaan sang isteri. (Maklumlah jarang lelaki post hal terperinci mengenai aktiviti2 yang dilakukan bukan?)

Penyondol akan menggunakan sumber sebegini memcari sebanyak maklumat yang mungkin, pekerjaan, latar belakang, kesibukan, tahap hubungan, lagi kau nampak penyayang, lagi dia suka.

Penyondol biasanya dalam kalangan rakan sekerja. Kerana ini lebih mudah untuk penyondol melakukan aktiviti mencucuk jarum.

Dari bertegur sapa, kemudian bercerita mengenai topik2 peribadi, yang mana kaum lelaki sejenis ini tak menyedari diri dah masuk perangkap sedikit demi sedikit.

Contohnya jika penyondol tahu sang isteri bekerja dihari sabtu, maka dihari sabtu itulah menyondol melakukan aktivitinya. Contohnya bertanya soalan2 berkaitan pekerjaa n awal ya. Padahal penyondol boleh saja buat.

Dari pengalaman aku sendiri penyondol dari budak IT, bertanya kepada suami aku bagaimana nak save gambar masuk pendrive . Ehhh.

Nampak tak? Ini satu contoh. Ikutkan banyak lagi cubaan demi cubaan penyondol memancing.

Lepas tu aktiviti ajak makan beramai ramai, dari lima tinggal 3, dan tinggal berdua krik krik krik.

Sang isteri harus alert tentang aktiviti sang suami, siapa rakan sekerja, siapa client2 suami,

Kerana biasanya pada peringkat awal sang suami memang tak tergoda lagi dengan penyondol dan tak akan memadam apa apa mesej dari penyondol.

Dalam kes dini begini, jika anda berjaya menepis penyondol dari masuk ke dalam circle rumahtangga anda,

Risikonya anda mungkin akan dituduh seorang cemburu buta, tapi tak apa, jangan lakukan serangan dengan begitu emosi jika anda dapat menangkap cubaan cubaan sondolan terhadap suami anda.

Bertenang sahaja. Anda bagi hints pula kepada si penyondol tersebut.

Biasanya jika anda mengamuk, penyondol akan menang. Kerana ini yang penyondol mahu.. supaya hubungan anda panas dan bergaduh.

Dalam pada masa yang sama, saling mengingatkan untuk menjaga ikhtilat, walau dimana kita berada.

Berdoa agar dijauhkan dari golongan penyondol ini.

Sekian.

– Nilofa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *