Cita-cita Mak

Hai Assalamualaikum semua. Aku jas usia dua puluhan. Aku sekarang menuntut di universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan. So straight to the point, aku nak cerita pasal cita cita mak aku yang nak sangat aku jadi doktor. Cerita aku might be relevant untuk students lepasan SPM yang tengah mencari arah tuju hidup masa depan.

Dari aku kecik, mak aku sentiasa berharap aku jadi doktor. Mak cakap aku bijak budaknya. Sebab pekerjaan tu je yang aku selalu dengar dari kecik maka tertanam la dalam diri aku untuk jadi doktor. Kalau jiran tetangga, saudara mara tanya nak jadi apa bila besar aku akan jawab doktor. Mak kata nak ada sorang doktor dalam family. Senang kalau sakit ke apa.

Tak dinafikan, biology was one of my strongest subjects time form 5. So aku cam confident future aku untuk buat medic ada. Alhamdulillah time result spm diumumkan, result aku cemerlang dan boleh dikatakan aku layak untuk isi semua scholarships yang ada kat malaysia ni tapi aku tak layak jadi national scholar hehe. During that time, hanya mara yang offer medic overseas. Aku apply je kebanyakan scholarships sebab nak dapat pengalaman interview. And mostly scholarships ni adalah untuk engineering.

Mara adalah interview terakhir yang aku attend. Sebelum tu aku dah attend beberapa interview company besar. Time interview mara, aku sangat kecewa and marah sikit la. Struktur interview teruk pastu tak tersusun. Ramai sangat students dalam satu kumpulan time interview. Interviewer pulak tanya satu soalan je kat setiap pelajar. Aku pening macam mana dorang nak assessed students. Tapi takpela kan janji aku dah buat elok elok so redho je la.

Tapi bukan rezeki aku, mara tolak permohonan aku. By that time, Alhamdulillah aku dah ada dua tawaran biasiswa untuk ke luar negara dari pihak lain tapiiiii dalam bidang engineering. Aku pening. Aku buat Istikharah. Aku mintak pendapat seniors. Pilihan aku sekarang ni universiti tempatan. Bukan aku nak memperlekehkan universiti tempatan, tapi time umur 18 tahun of course aku lagi excited nak study overseas. Scholarships pulak tu bukan pinjaman. Ayah aku pun rasa rugi kalau tak accept offer scholarships. Tapi mak…still tak putus asa untuk aku jadi doktor. Waktu tu mak selalu cakap, ‘kalau boleh, mak nak ada sorang doktor dalam family kita’. Huhu dilemma sangat.

Hati aku berbelah-bagi. Aku mula confuse apa cita cita aku yang sebenarnya haha. And aku start sedar yang selama ni aku takde cita cita. Aku nak jadi doktor sebab mak and sebab memang kerja doktor famous kat malaysia. Beberapa hari lepas aku buat istikharah, Allah tunjukkan kat aku yang doktor bukan kerjaya untuk aku. Aku cerita mimpi aku kat mak. Mak terima tapi aku still boleh nampak mak kecewa. Tapi aku fikir jugak, kalau ada tajaan parents dah tak perlu susah susah support aku and aku dapat experience duduk negara orang lagi.

Sekarang, aku dah nak habis belajar, tapi setiap kali balik cuti mak still cakap,

‘Tu la mak harap ada doktor sorang tapi tak dapat jugak’.

Kalau mak sakit and aku bebel bebel suruh jumpa doktor mak akan cakap,

‘kalau la jas jadi doktor kan senang’.

Mak jugak asyik cakap,

‘Nanti dah kerja jas nak kerja mana? Perempuan jadi engineer ni susah tau. Dah la lelaki ramai’

Kalau aku complain engineering susah kat mak, mak akan cakap,

‘kalau buat medic mesti tak susah. Jas kan terer bio’.

Bila borak pasal jodoh mak akan cakap,

‘Dah anak tak jadi doktor harap harap dapat la bakal menantu doktor’.

Adeh aku pening. Aku confuse mak ni restu ke tak aku pilih untuk jadi jurutera. Soalan-soalan tu memang nampak normal tapi kalau ungkit berpuluh kali, hati aku jadi tak senang. Yes aku pernah cakap dengan mak, ‘mak jas dah nak habis pun belajar engineering. Jas dah tak boleh jadi doktor. Mak doakan la jas dapat buat yang terbaik untuk bidang ni. Mak tak payah la sebut sebut pasal doktor ni lagi’. Then okay la mak tak sebut dah for a few months tapi pastu diungkitnya lagi soalan yang sama haha. Aku pun redho je la layankan je.

Aku pun sebenarnya tak tahu kenapa aku tulis cerita ni. Tapi just nak share cerita and pesan kat adik-adik, pilih la course yang korang memang minat. Jangan ikut cakap orang and jangan ikut majority (kawan). Know your strength. Universiti tempatan pun bagus sekarang so tak salah kalau stay local. Yang penting, choose something that would make you happy and feel satisfied. Honestly engineering ni pun separuh hati aku buat. Terpengaruh nak ke overseas sebenarnya hihi. Susah kot sponsor demand result gempak setiap semester. Aku nak jadi archeologists sebab aku minat sejarah tapi kalau mak aku tahu ni lagi padu aki kena perli hahaha.

To mak (mana tahu mak baca kan and happens to know that it’s her daughter who wrote this) jas minta maaf. I cant be a doctor. Even if jas jadi doktor, i dont think i could be a good one. Tapi jas boleh la usahakan cari doktor as bakal menantu mak. Kalau ada bakal doktor kat luar sana yang still single boleh la pm tepi okay. Mana tahu ada jodoh kita bersama cewah. To all readers, doakanlah agar jas berjaya dalam bidang engineering yang mencabar ni. And to adik adik lepas spm, good luck and all the best!

– Jasmine

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *