Colleague Yang “Baik”

Seperti yang tertulis di atas, itulah confession saya pada hari ini. Tujuan saya menulis benda ini hanyalah untuk meluahkan dan berharap janganlah jadikan ianya contoh atau tauladan.

Saya bekerja di sebuah kilang di selatan tanah air, dan ianya syarikat yang besar. Macam biasalah, bila syarikat besar bermaksud ramailah rakan-rakan kerja dan banyaklah ragam yang kita perlu lihat dan hadap.

Apa yang perlu saya hadap, ialah perangai yang pelbagai itu. Dan saya terpaksa berhadapan dengan orang orang yang, pada saya, agak keterlaluan dan menyakitkan hati.

1. Dia usik/buat kita, boleh. Tapi jika kita buat perkara yang sama, dia akan marah/melenting.

2. Dia suka sebarkan cerita orang lain, tapi bila kita sebar cerita dia, dia tuduh kita jahat.

3. Suka ambil tahu hal orang lain sampai tahap sanggup buat akaun palsu hanya kerana sikap ingin tahu yang sukar dibendung. (For me, that’s psycho and pathetic.)

4. Talam dua muka. Yang ini, saya yakin ramai yang boleh relate. Sebab orang begini ada di mana mana dan sampai sekarang saya tak faham kenapa mesti begitu? Untuk apa?

Jika alasan dia ialah ingin memudahkan urusan pekerjaan bukankah lebih mudah jika kita bersikap professional dan diamkan diri kita jika kita tidak sukakan dengan mana-mana perangai?

Tak perlu pun untuk berbaik di depan tapi dibelakang bercerita. Menambah dosa dan akan lukakan hati pihak tersebut jika pihak itu dapat tahu mengenai itu. Mana nak letak muka jika orang tahu kita bercerita pasal dia dibelakang?

5. Sikap seniority yang buat saya rasa mual. (saya salah seorang staff senior tapi susah nak faham sikap staff senior yang lain yang rasa diri mereka entitle untuk jadi superior.

Contoh:-

“Aku staff lama, so akulah yang paling layak ambik cuti lama pada hari raya nanti. dia staff baru, biarlah dia kerja raya.”

(dan orang ini, setiap tahun hari raya cuti lama. maaf, pada saya agak tidak adil pada staff baru tersebut kerana dia juga bekerja makan gaji sama macam senior yang lain. takkan hanya kerana dia masih baru maka dia perlu berkorban?)

Saya pasti ramai yang boleh related dengan apa yang saya perlu hadapi. Dan saya betul-betul perlukan komen dari semua yang membaca artikel ini kerana saya orangnya agak “transparent”, jadi agak sukar untuk saya hadap orang orang yang begini.

Saya amalkan prinsip “my behaviour depends on your attitude”. Tapi itulah, bila saya jadi diri saya yang sebenar, saya dijadikan bahan perbualan mereka dan of course akan ada saja mulut yang menyampai.

Suami saya ada beri cadangan supaya saya berhenti saja kerja supaya saya tidak lagi perlu berhadapan dengan orang orang yang begini.

Tapi, pada saya berhenti kerja bukan satu tindakan yang tepat kerana sampai bila-bila pun kita akan jumpa orang begini. Saya perlukan cadangan dan pendapat untuk berhadapan dengan orang orang macam ini. What is your action plans?

Paling menghiburkan hati saya ialah, dia sebenarnya yang toxic, tapi dia keep pointing other people toxic. Mulut berzikir sana sini toxic tapi dia tak sedar diri sendiri itu segala bapak jin toxic ada dalam badan dia.

Oh! Dengan orang begini, jika kita toxic semula, dia akan canang sekampung apa yang kita buat pada dia. Well. Ianya berbalik ke point no 1 tadi. Dia buat orang boleh, kita buat dia semula? dia akan pointing out kita yang salah. BACK TO SQUARE ONE!

Jujur cakap, makin hari makin penat untuk saya berdepan dengan orang begini. Orang orang begini, makin kita tak nak layan makin cepat mereka tarik tenaga kita. Buat hal sendiri juga tak melepaskan kita dari toxic itu.

Tak boleh ke semua orang bersikap baik? Kita islam kan? Jangan sibuk hal orang, jangan mengumpat orang, tak boleh ke? Bukan ke Islam dah ajar?

Jika kita ikut cara yang Islam dah ajar, pastinya hidup semua orang bahagia dan aman. Well, itu hanyalah harapan kerana saya sedar, kita manusia biasa. But in the same time, tak boleh ke tak usik orang lain?

Why is it so hard to be kind? Is it difficult to be a good person?

– Sunflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *