Come On Student U, Ayuh Bijakkan Diri Anda

Assalamualaikum. Berkenaan dengan tajuk, akak nak bercerita tentang attitude/ perangai/ sifat student2 universiti dalam Malaysia. Selama 2 tahun akak bekerja dalam bidang fotostat plus printing, ini lah perangai2 student universiti yang bagi akak tersangat manja, melampau, mengada, malas.

Sedikit sebanyak akak nak buat perbandingan dengan student dari luar negara. Bukan nak mengagungkan orang luar dan mengaibkan masyarakat sendiri. Tapi ini yang akak nampak depan mata, my own experience. Harap2 dapat membuka mata dan berubah la demi kebaikan bersama. Bukan semua berperangai begitu tapi mostly memang macamni.

1) Baca, baca, baca dan alert

Adik2 marilah gunakan bola mata yang dikurniakan tuhan sebaik2nya. Seperti jalan2 raya, mall2 kedai akak juga ada menggantung, menampal petunjuk. Setiap hari akak terima soalan yang sama selama 2 tahun ni. “Akak print keluar kat mana ye?” “Akak printer 5 yang mana satu?” “Akak kenapa saya print tak keluar pun?”

Yang paling sedih, soalan tu kerap keluar dari STUDENT yang SAMA DATANG SETIAP HARI. Wow adik lupa ingatan ke ape ni dik. Untuk pengetahuan, kedai akak, di setiap printer dah pun tampal printer nombor berapa. Bukan kecik pun, satu kertas a4 bertulis nombor. Cukup la untuk jarak penglihatan di dalam kedai. Kedai akak bukan besar padang bola sepak sampai tak nampak. Dari pintu pun dah boleh nampak jelas nombor tu.

Dan disetiap pc juga dah tampal nota, pc ni boleh guna printer nombor apa. Dan dalam pc tu juga, sebelum print ada list2 printer yang ada. Masih lagi yang akan berjawab “Entah la kak, tak tahu la saya guna printer yang mana. Saya tekan je.” Please adik2 jangan la malas membaca. Nota2 yang kami tampal untuk info bukan hiasan kedai.

Dan please alert kalau printer yang rosak, kami ada tampal nota di printer tu sendiri “printer not available” siap background warna merah lagi. Masih lagi guna printer tu untuk print. Paling kelakar bila ada yang print, tunggu depan printer tu terjenguk2, tunggu kertas keluar. Padahal nota merah tu depan mata jugak. Dan melucukan juga, dah siap baca nota tu tapi masih juga print di situ. “Akak printer ni tulis not available, kalau print tak keluar ke?”

Tulis bahasa melayu tak faham, tulis english pun tak faham. Mau bahasa apa ya adik sekalian. Kalau dibandingkan dengan student2 luar pandai pula mereka baca nota2 tu, check betul ke printer yang dorang guna. Dah print datang kat printer yang dorang guna. Please student Malaysia jangan buat malu di negara sendiri.

2) Common sense please

i) Makan – untuk pengetahuan yang bukan bekerja line bawahan macamni dan lebih2 lagi di kawasan universiti, time makan kami memang lari habis. Kadang2 sehari tak dapat makan kot, dah petang nak ke malam baru dapat makan. Lunch hour tak payah cakap la time tu la student2 datang nak print bagai.

Akak cuma nak adik2 bagi kami masa. Kalau nampak kami tengah makan, tengah minum air. Bagi kami masa untuk itu. Bukan lama pun. Dah la waktu makan lari, tengah makan nak minum pun kau kejan kami dik. Bayangkan akak tengah makan, tangan penuh dengan nasi kau boleh suruh kami kerja. “Akak saya nak print kad macam semalam”. Akak dengan jawab baiknya suruh kau tunggu kejap nak habiskan nasi.

Memang betul, lagi satu suap je akak nak habiskan (bukan time lunch hour tau). Kau boleh jeling. Pastu kau hulur pula kat partimer “saya nak print macam yang akak tu print semalam”. Kau ingat partimer tu tau ke akak print macam mana. Alahai mintak tunggu kejap je pun. Kawan akak pernah kena, tengah makan juga tangan penuh nasi, boleh student hulur kertas depan muka. Adik kalau korang sedap tengah makan, orang lain ganggu kau marah tak? Apa salahnya tunggu kejap, dah memang dah nak habis makan pun.

Kadang2 baru nak minum seteguk kau boleh panggil. Nasib tak tersembur je air dari mulut. Harap sabar la adik, kami pun tau dahaga juga. Bukan minum makan sampai 3 jam. Tolong la hormat orang yang tengah isi perut, penat kot layan korang tak dapat makan dari pagi. Selamat tak pengsan kot

ii) Rehat/balik – time nak tutup kedai time tu la baru nak datang. “Alah kak kejap je kak” “Akak saya urgent sangat ni nak print” “Tolong la akak penting sangat”

Adik, bukan akak2 tak kesian tapi siapa pula nak kesian kat kami ni. Baru nak keluar rehat nak makan. Contoh kedai kat kolej tutup rehat nanti malam pukul 8 buka balik. Minta datang balik pukul 8, kau nak jugak print pukul 7 tu. Habis akak tak payah rehat ke macam mana ni. Kami pun perlukan rehat. Sedangkan mesin pun boleh rosak tak berhenti fotostat print, kami yang manusia ni sakit juga, penat juga.

Kalau waktu balik pula, terang2an tutup pukul 6petang, pukul 10 malam (ada dua kedai tau, satu kat kolej satu kat fakulti), ada juga datang 6.30petang, 10.30 malam. Time tu mesin2 dah tutup. Dah rekod semua segala bagai. Buat drama pula mintak buka. Kadang2 dah kunci mangga pintu baru datang nak print. Adik kalau semua dah rekod2 takkan nak bukak balik. Benda semua dah rekod.

Ni akak nak buat perbandingan, ada satu group student mat salleh dah pukul 6 lebih time tu, dok lepak2 lagi. Nasib akak memang ada kerja nak kena buat. Nak halau kang kesian pula (tak bias ye ada je kitaorang tutup lambat sebab student malaysia dok print, tak halau pun). Sorang drpd group tu terbaca operation hours then dia pun bagitau kawan2 yang lain. Lepastu, dorang tanya tutup pukul 6 ke, akak jawab la ye tutup pukul 6. “Owh we are sorry. We didnt know”. Lepas minta maaf terus kemas2 barang dorang terus keluar kedai. Betapa sangat dorang menghormati. Tak macam segelintir student malasysia, kedai dah kunci pun suruh bukak balik. Hilang respect.

iii) Kaunter bayaran – kat situ la student tu print/fotostat kat situ la juga korang nak bayar. Bukan tak boleh adik2, boleh je tapi kalau bagi duit cukup2 ok la. Ni duit besar, nak tak nak kena melangkah ken kaunter ambik duit baki. Bukan apa, belakang dorang ada lagi yang beratur nak fotostat. Kan bazir masa di situ. Sama juga la konsep shopping kat mall, bayar kat kaunter juga, pandai korang pegi bayar kat sana.

Lagi satu jangan la lupa nak beratur ye adik2. Dah besar panjang kan. Kadang2 konfius siapa datang dulu. Kadang serabut tengoknya. Cuba beratur, cantik je nampak. Terurus. Contohi student dari jepun, ambil kertas dorang terus pergi kaunter bayar. Dorang macam lagi faham sebab time tu ada kaunter je, tak de tulis nota ‘kaunter disini’, ‘bayar disini’. Pandai dorang terus pergi kat seketul kaunter hitam tu. Student Malaysia, dah tulis nota bayar disini pun tak faham2 juga.

iv) Sampah – Aiiyoo adik kedai ni bukan lori sampah, rumah sampah nak buang macam tu je. Maaf ye, ni bukan dorang tertinggal, ni memang jenis pengotor suka buang sampah merata. Keronyok, gumpal2 kertas jadi bola pastu buang je kat atas meja. Selit celah2 komputer. Bukan kertas je, kadang2 botol air, plastik gula2, resit. Adoi adik kat rumah pun buat lagu tu juga ke. Tong sampah kat luar ade kot depan mata. Ada sekali tu, kitaorang kadang2 kira harga print tulis atas kertas selit kat assingment, so nanti nak bayar senang. Tau tak kertas tulis harga selit kat kaca dalam lif. Alahai adik ape punya perangai la.

Untuk perbandingan, kan kat atas ada cerita sekumpulan mat salleh yang hormat waktu balik tu, lepas dorang mintak maaf, masa kemas2 barang dorang, dorang kumpulkan semua botol air dorang dan buang dalam tong sampah. Betapa dorang pentingkan kebersihan dan kutip2 sampah dorang. Orang kita? Lagi seronok membuang sampah.

3) Tolong faham

Kat sini akak nak buat penerangan kat student2 U, printer akan PRINT IKUT SETTING kita. Jangan salahkan printer kalau keluar lain. Printer hanya ikut arahan setting yang kita nak. Tak de nya dia nak keluar lain dari ape yang korang semua setting. Ada student ni dah print keluar semua pages tapi dia cakap dia nak certain pages je. “Saya tak nak pages belakang , saya nak yang depan je. Printer yang salah kenapa dia print semua.” Ehei dia ingat printer tau ke apa yang dia nak, printer cuma ikut arahan setting je. Sebelum print pastikan dulu setting yang kita nak ye adik2.

Akak study dulu pun berkali2 check betul ke setting yang akak nak. Sampai sekarang akak kerja pun, akak check betul2 setting sebelum print.

KECUALI, file yang berat atau printer tak boleh baca, dia akan keluar yang depan2 file je lepastu yang lain error.

Ataupun dalam microsoft words, assignment student ade yang letak nombor pages ade yang certain page tak letak, lepastu nak print pula certain pages, so mesin akan keliru. Cara paling selamat sila la convert to pdf dulu. Dalam pdf font ape semua tak lari. Dan nak print certain pages lagi senang.

Dan mintak tolong faham la adik2, nak fotostat buku paling ambil masa. Jangan hantar pagi, tengah hari petang nak collect dah. Lagi2 kedai yang tengah beroperasi, lagi makan masa. Nak fotostat buku perlukan tempat yang tenang tak de orang ganggu. Itu pun kadang2 berjam2 nak siapkan walaupun tak de orang ganggu. Kalau ada orang ganggu bila pula nak siap. Jangan ingat fotostat buku ni macam poket doraemon, seluk2 dah dapat barang, letak buku atas mesin je dh keluar seketul yang fotostat. Bukan ye.

Harap2 apa yang akak luah ni, tersemat di fikiran. Ubah la perangai, kita perlu majukan diri. Jangan sekecil2 benda pandang remeh, nak orang lain suapkan. Jadikan student2 luar yang perangai baik sebagai contoh. Perangai tak senonoh jangan la ikut pula.

Majukan diri majulah negara. Common sense perbaiki sikit.

– Akak printing fotostat

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *