Coretan Rasa Naluri Ini

Baru-baru ni aku banyak baca confession yang berkaitan suka sejenis. Aku seorang perempuan yang dulunya pernah confess di sini dengan cerita yang sama. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/naluri-yang-tak-diminta/)

Jujur aku cakap yang aku masih berperang dengan perasaan ni, dan aku tak tahu sampai bila. Bezanya aku kini kurang tertarik dengan perempuan lain melainkan crush aku yang sudah sedekad aku simpan perasaan ni.

Disebabkan pelbagai cara aku cuba untuk lupakan dia tapi tak berhasil, aku cuba letak satu mindset yang bantu aku untuk tak jatuh hati dengan perempuan lain. At least, ni akan bantu aku untuk tidak terjebak dengan hubungan songsang.

Caranya adalah dengan set kan minda aku yang dia adalah perempuan terakhir yang aku cinta, dan kalau ada perempuan lain yang cuba goda aku, aku takkan boleh jatuh hati sebab aku akan dianggap curang.

Kalau lelaki tak mengapa untuk jatuh hati. Ni mindset aku saja la. Sejak aku setkan minda macam ni, aku perasan yang bila aku tengok movie ada perempuan cantik aku dah tak jatuh hati macam dulu.

Maklumlah zaman covid ni takda jumpa orang, jadi aku dapat nilai melalui ni saja lah. Sebab kalau dahulu, mata aku memang terbeliak dan berbunga-bunga bila tengok artis yang cantik-cantik ni. Haha. Sekarang dah heartless.

Cara ni berjaya halang aku dari tertarik pada perempuan lain sebab aku sayang sangat pada crush aku ni dan tak mungkin aku nak curang dengan dia (dalam mindset).

Of course, crush aku tak tahu aku gunakan dia dalam mindset pelik aku ni. Dia tak tahu aku suka dia lebih dari seorang kawan, tapi dia tahu aku admirer pada dia.

Memang sakit sangat sudah hampir sedekad aku simpan perasaan ni. Walaupun dia dah single sekarang, aku takkan cuba untuk approach dia balik.

Sebabnya? Biarlah aku seorang rasa macam ni, sebab aku sayang dia sangat, aku tak mahu dia terjebak. Aku sangat beruntung, dalam ujian cinta sejenis yang Allah beri pada aku ni, aku jatuh hati pada perempuan straight (insha’Allah).

Cuba bayangkan kalau dia tak straight, kami akan terjebak dengan keadaan yang lebih buruk. Nauzubillah.

Aku juga setkan minda aku yang ujian ini sementara sahaja. Ini stage yang telah ditetapkan untuk aku. Sebuah stage di mana aku ada perasaan sejenis dan aku juga seorang gadis Islam.

Jadi aku perlu jalani stage ini mengikut kehendakNya. Dia lah penulis jalan hidup aku tapi dalam ujian ini ianya bergantung pada pilihan aku juga. Sama ada mahu terus hanyut atau cuba mengejar keredhaanNya. Sabar dan redha.

Bila-bila saja seorang manusia boleh pergi menghadap illahi. Aku tak mahu aku pergi dalam keadaan hina.

Biar aku simpan aib perasaan sejenis ini dalam diri aku seorang saja. Walau perlu berperang dengan rindu yang tak berpenghujung pada dia, aku takkan pernah beritahu perasaan ini secara nyata padanya melainkan melalui doa.

Dan sekarang, ada seorang lelaki baik yang cuba memikat hati aku, tapi aku belum ada perasaan pada lelaki. Aku harap sangat aku dapat buka hati untuk lelaki suatu hari nanti.

Aku tak mahu hubungan aku gagal dengan lelaki seperti sebelum ini disebabkan aku tak cintakannya. Aku pun ingin berkahwin dan mengikut fitrah. Doakan aku ya.

Buat perempuan yang saya cinta, saya tahu awak selalu baca page ni, saya harap awak sentiasa dalam lindunganNya.

Banyak persoalan yang ada dalam minda saya sebenarnya. Bolehkah saya minta untuk bersama awak dalam kehidupan setelah mati? Atau nanti Allah akan lenyapkan perasaan ini?

Saya minta maaf kerana terlalu mencintai awak dan menjauhkan diri mungkin tanpa awak sedar. Saya bukan nak putuskan silaturrahim tapi saya cuma takut saya gagal mengawal perasaan sendiri.

Buat pembaca yang punya rasa yang sama, maaf kalau coretan aku ni macam merepek. Aku cuma nak jelaskan yang tiada cara untuk seseorang homos3xual kembali normal melainkan dengan azam dan kehendak dari dirinya sendiri untuk menghalang godaan ini.

Aku percaya tiada yang mustahil dengan mindset yang betul. Ketertarikan ini memang lain daripada orang lain, tapi ianya tidak berdosa selagimana tiada perbuatan kearah itu.

Tetaplah kuat menghadapi ujian ini untuk mencapai redhaNya. Tuhan beri kita ujian ini sebab kita mampu hadapinya, percayalah.

– Ns (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *